Friday, February 17, 2012

Teknik Peniaga MELAYU & CINA menjahanamlan biz pesaing..!!?!!

Akibat Pancung Harga, Nyawa Berakhir di Muncung Pistol!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Dunia bisnes seronok. Banyak untung. Tapi kalau tak kena gaya boleh lingkup jadinya. Persaingan pun tinggi. Kawan keliling pinggang. Musuh pun tak kurang juga. Ada jer orang tak puas hati kalau perniagaan kita maju. Lambat laun, kalau dipedajalnya kita, boleh bungkus periuk nasi kita.

Sebut tentang bisnes, selalu orang buat bandingan antara orang China dan Melayu. Orang China dikatakan pandai berniaga, rajin, sangat berdisiplin, cekap mengira dan sangat bekerjasama sesama komuniti mereka. Sebaliknya pelbagai imej negatif dilemparkan kepada orang Melayu. Apa kata-kata "sinis" yang kita tidak pernah dengar. Orang Melayu tidak cekap la, kurang amanah, "hangat-hangat tahi ayam" dan paling banyak kita dengar orang Melayu asyik dengki jer kerjanya. Betul ker macam tu.

Tak semestinya betul dan tak semestinya tak betul. Yang salah bukan bangsa tapi individu itu sendiri. Dia yang tak pandai menari di "lantai licin" disalahkan orang pulak. Bolehkah gitu!

Kerana dunia bisnes melibatkan untung rugi, saban masa pesaing akan sentiasa mengelilingi kita. Dalam masa mereka "menjeling" kita, ada yang kepala sedikit pening sanggup "menabur pasir" ke periuk nasi pesaing. Cara "tabur pasir" pula berbeza-beza. Orang China cara orang China. Orang Melayu pula dengan cara Melayu.

Macam mana?

Cerita seorang kawan, bertempat di Petaling Street, Pudu - yang semua orang tahu tempat "gangster" China berniaga - ada seorang China baru berniaga di tempat tersebut. Dia jual jam tangan. Di sebelahnya - yang tentu juga berbangsa china - turut menjual jam. Orang lama kat situ. Berkebetulan datang seorang pelanggan. Dia singgah sambil membelek-belek jam yang ada di kedai peniaga otai tersebut. Mungkin kerana dirasakan mahal, pelanggan tersebut tak jadi beli. Dia singgah pula di kedai sebelah. Kedai peniaga baru. Dia jual lagi murah daripada kawan sebelah. Oleh kerana murah, pelanggan itu sambar satu.

Peniaga otai tu tak puas hati. Dinasihatnya kawan tu jangan jual harga murah. Itu "harga pancung". Sepatutnya kena ikut harga sama macam orang lain jual. Tapi peniaga baru tu buat dek jer. "Ini saya punya balang. Ikut punya saya suka la". Itu barangkali yang ditempelaknya balik.

Esoknya peniaga baru tu buat hal lagi. Dia jual lagi murah. Dia tak peduli. Sama juga hari seterusnya. Beberapa hari kemudian, tahu-tahu hayatnya berakhir di muncung pistol! Rupanya gangster yang diupah peniaga otai tersebut telah kepong kereta peniaga baru itu dan tamatkan riwayatnya. Habis cerita.

Cerita sadis peniaga Melayu pula senang diagak.

"Kau tak niaga ke semalam? Aku tengok tutup jer kedai kau," cerita seorang lagi member kisah kedai roti canai kenalannya yang dibomohkan pesaing.

"Bukak macam biasa la. Kau tak nampak ke aku depan kedai semalam," sambung kawan saya lagi, mengajuk kata-kata kenalan malangnya itu.

Tuan punya kedai - seorang perempuan - dalam masa yang sama dari sehari ke sehari makin tak berapa sihat. Demam memanjang. Orang pula makin kurang singgah di kedainya.

Bila dah jadi macam tu, dia syak ada orang dengki dengan dia. Buat benda tak elok untuk lingkupkan bisnes dia. Tandatanya terjawab bila bomoh yang dia pergi jumpa sahkan ada orang ingin pedajalkan bisnes dia. Ada orang tanam benda tak elok di kemah tempat dia berniaga. Bila dia gali, dia jumpa botol berisikan minyak ntah apa-apa. Barulah dia tahu kenapa bisnes goreng pisang dia makin hari makin tak laku, tambah pula badan dia sakit-sakit tak fasal-fasal dua tiga menjak ni.

Itulah kisah sadis dalam bisnes. China, Melayu sama saja. Yang jujur tetap jujur. Yang jenis hati kering tetap hati kering. Kalau China, tak main lah mistik-mistik ni. Terasa bisnes tergugat, face to face jadi jalan selesai masalah. Selalu jugalah nyawa yang jadi taruhan. Orang Melayu pula, entah kenapa sejak zaman berzaman bomohlah tempat mengadu nasib. Mungkin juga sebab tak berani bersingsing lengan tunjuk handal kot.

Macam-macam dalam dunia bisnes.

http://shafizums.blogspot.com/2011/12/akibat-pancung-harga-nyawa-berakhir-di.html

No comments:

Post a Comment