TEMERLOH: Pekebun kecil getah kecewa nasib mereka tidak dibela malah tidak disebut langsung dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam.
Seorang pekebun, Ahmad Mat Yaman (gambar) berkata, nasib golongan mereka pada masa ini perlu diambil perhatian kerana harga komoditi itu dalam keadaan rendah antara RM2 ke RM3 sekilogram dan sudah berlarutan beberapa bulan.
Katanya, hasil itu pula lazimnya dibahagi dua antara pemilik kebun dan penoreh menyebabkan pendapatan harian semakin kecil tidak berpadanan dengan kos kehidupan pada masa ini.
Tambahnya, kerajaan perlu membela nasib mereka yang pendapatan mereka bergantung kepada hasil getah kerana kenaikan harga barang keperluan serta kedatangan musim hujan atau tengkujuh yang mana pada musim tersebut mereka tidak boleh menoreh.
“Malangnya dalam bajet semalam tidak disebutkan langsung usaha kerajaan untuk membantu nasib pekebun getah seperti subsidi atau berusaha mengawal harga getah bagi pekebun kecil seperti kami, yang bergantung sumber pendapatan dengannya”.
“Jika keadaan berterusan begini dan kerajaan tidak berbuat sesuatu, pendapatan akan terus merosot dan kami akan mengalami kesulitan terutama menjelang waktu penggal persekolahan baru tahun depan,” katanya.
Semalam Najib membentangkan Bajet 2013 yang dianggap ramai pihak sebagai ‘bajet pilihan raya’. Dalam belanjawan tersebut kerajaan telah mengumumkan insentif kepada nelayan, penanam padi dan penanam sawit tetapi tidak langsung disebutkan tentang nasib dan kebajikan pekebun kecil getah.
Ahmad yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, meminta kerajaan melakukan sesuatu demi untuk menyelamatkan mereka yang terbabit dengan industri getah.
Katanya, pemimpin kerajaan selalu berkata rakyat sepatutnya sama-sama senang dan sama-sama susah dengan kerajaan terutama apabila menaikkan harga minyak.
“Justeru itu apabila harga getah pada tahap rendah pada masa ini dan pekebun kecil mengalami kesulitan, kerajaan juga sepatutnya sama-sama susah dengan rakyat. Saya percaya kerajaan mempunyai beberapa alternatif seperti membeli getah sebagai stok pengimbal bagi mengawal harga”.
“Kerajaan juga boleh mewujudkan subsidi harga kepada pekebun atau membuat tambatan harga getah RM5 sekilo. Ini pernah dilakukan kerajaan dulu iaitu menambat harga dolar Amerika ketika gawat tahun 1997 dulu.
“Sebab jika tidak, kebanyakan pekebun akan terjerumus ke lembah kemiskinan kerana harga barang keperluan telah melambung sejak sekian lama dan tidak pernah turun”, katanya.
Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya melihat permasalahan ini dengan serius kerana jika terus dibiarkan kadar pengangguran akan meningkat semula di tanah-tanah rancangan Felda dan di kampung-kampung.
“Bila pengangguran meningkat sudah pasti gejala sosial seperti kecurian akan terus menjadi-jadi. Sebab itu saya katakan perkara ini serius tetapi kerajaan BN terlepas pandang sehingga terus membiarkan nasib kami,” katanya.
Beberapa bulan dahulu, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang agak tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah melebihi RM5 sekilo.
Ketika itu orang kampung yang mana harta dan mata pencarian mereka hanya bergantung kepada pertanian itu, bolehlah dikatakan menarik nafas lega. Sehinggakan penoreh getah tidak lagi dianggap ‘pekerja kelas dua’ kerana sedikit demi sedikit mereka boleh mengumpul harta termasuk mencantikkan rumah dan bermotokar.
Pernah satu ketika, anak-anak muda yang bekerja kilang di bandar-bandar besar rela pulang ke kampung untuk mengusahakan kebun-kebun getah orang tua masing-masing kerana pendapatannya tinggi dan kerjanya senang.
Bagaimana pun sejak beberapa bulan kebelakangan ini fenomena mulai berubah dengan penurunan harga komoditi itu dan berlanjutan dengan lama. Keadaan ini memberi kesan besar kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut.
Lebih mencemaskan, harga komoditi itu dikatakan akan terus menjunam sehingga bakal menyulitkan mereka jika tidak ditangani kerajaan.[HD]

No comments:
Post a Comment