Terima Kasih kepada wartawan kami di Taiping.
Malam semalam, ake terima berita ini.
Ceritanye begini:
Kem Taming Sari RAJD SP, rupa-rupanya mengamalkan satu teknik yang luar biasa untuk jaga negara kita. Latihan itu ialah karaoke di Kem Tentera. Majlis karaoke dilangsungkan dalam kawasan Kem Taming Sari. Pelik sungguh bunyinye.siap dengan lampu bebola berwarna. Kalau hangpa tengok dari jauh, nampak macam tempat karaoke sungguh. Orang awam tak boleh masuk. Pegawai pun berkaraoke sekali.
Bila wartawan tanya kat orang-orang keluar masuk kem tentera itu, jawapan yang kawan kita dapat ialah “depa release tension”. Aku tau, anggota tentera, termasuk yang dah pencen akan mempertahankan majlis karaoke itu dengan alasan, “hangapa orang luaq, mana tau tentang tension kami?”
WOI, orang tentera yang dah kena tarbiyah dengan umNO, aku nak tanya kat hangpa, “apakah tension kamu jauh lebih hebat daripada tentera HAMAS?” depa lagi teruk. Dengan sumber kewangan dan senjata terhad, depa lawan dengan Israel yang serba lengkap. HAMAS lawan untuk kemerdekaan tanah air mereka, Palestin. La nie hangpa angkat senjata ke? Jangan bikin malulah wei…
Duit PA sytem tentera punye atau sewa dari luar? Kalau tentera punya, maksudnya hangpa salah guna harta rakyat Malaysia. Kalau kata wang hangpa, itu dah kira majlis bukan rasmi. Kalau bukan rasmi kenapa tak buat kat luar kem tentera? Nasib baiklah hangpa nyanyi lagu Mas Idayu, bukan bawa masuk Mas Idayu terus.
Mungkin ada yang nak tanya, “salah ke tentara berhibur?”
Aku nak ambik contoh 3 negara Arab lawan Israel yang juga dikenali sebagai Perang 6 hari @Perang Jun@Perang Arab-Israel 1967. Tiga negara Arab yang terdiri daripada Mesir, Syiria dan Jordan. Dalam perang itu negara-negara Arab terlepas Semenanjung Gaza, Penisula Sinai, Tebing Barat dan Golan Heights ke tangan Israel.
Lebonan pada masa itu bagi ruang kepada Israel untuk serang 3 negara Arab itu. Hangpa tau apa yang dibuat oleh 3 kerajaan Arab itu untuk naikkan semangat tenteranya sebelum pi perang dengan Israel? Depa jemput penari gelek Arab, Samia Gamal untuk buat hiburan.
Bila hiburan sebegini jadi pemangkin semangat, bukan semangat juang yang dinaikkan. Malah, nafsu je yang dinaikkan. Jadi, macam mana nak naikkan semangat juang tentera? Aku lebih gemar dengan cara HAMAS yang selalu laungkan “Khaibar-khaibar Ya Yahud , Jaisyu Muhammad Saufa Ya’ud”. Depa nie jadi saingan sengit kepada tentara Zionis. Sekarang hangpa pilih nak Samia Gamal atau ”Khaibar-khaibar Ya Yahud , Jaisyu Muhammad Saufa Ya’ud”.
Aku nak ambik negara-negara barat sebagai satu lagi contoh. Kat negara depa orang awam tak boleh kenal yang mana satu orang tentera kerana tentera depa tak meroyan dengan seragan tentera. Kalau tanya kat mana Kem Tentera, tak ramai yang tau kerana Kem Tentera depa selalu dibina di luar bandar. Tujuanya, kalau tentera musuh nak bom kem tentera pun, perkara itu tak akan membuatkan orang awam turut terkorban.
Negara kita macam mana? Kem Tentera tepi jalan je. Kalau tentera musuh bom Kem Tentera Malaysia, kita-kita sekali kena. Macam nie tentera dan keselamatan Malaysia? peeeraaahhh!!!
Setakat kawad gempaq bila sambut Merdeka, toksah duk debik dadalah weiii…
Tentera tengah dangdut dan karaoke. Kem tentera tepi jalan. Jet pejuang takde enjin. Kapal selam tak boleh tenggelam, yang tenggelam tak boleh timbul. Menteri beli alatan tentera untuk sapu RM530 juta.
Itu pun duk bangga, “Malaysia negara aman dan terjamin keselamatan”.
Masa balik dari halaman kem tersebut wartawan kita dapat lihat benner nie. Banner lawak bodoh antarabangsa:
Keselamatan negara haprak macam umNO.
Wa caya lu, statement yg bernas lg terbaiksss...undi hantu mat tiarap jd payung Umporno
ReplyDelete