Saturday, September 22, 2012

Satu dunia kutuk Amerika, tapi Umno kutuk Ngeh !

Apalah punya bangang, pencacai Umno tersangat marahkan Tweet Ngeh Koo Ham yang kata "banyak buang masa dan tenaga sahaja." - Yang dia tujukan kepada Khairy.

Satu dunia kutuk Amerika pasal filem yang hina Nabi SAW (lihat entri saya sebelum ini) , tapi sebab bangang yang tersangat, Umno gi kutuk Ngeh Koo Ham pula!

Ini betul-betul buang masa dan tenaga namanya! Maka amat betullah sebagaimana yang Ngeh katakan itu! Ha! ha! ha! Lepas ni, suruh Nazri siasat pula alHusseyn selepas selesai siasat Ngeh!
Berbeza sekali dengan pihak PAS. Mereka tidaklah marah menggila macam Umno bila mereka mulai faham maksud sebenar tweet Ngeh itu. PAS turut menghantar Ketua Pemudanya Nasarudin Tantawi danTimbalannya, Nik Abduh, Ketua Penerangan Pemuda, Ust Ridhuan Md Nor, Khairil Faizi dan lain-lain pimpinan pemuda.

Selain itu lain-lain pemimpin pusat terdiri dari Dr Zulkifli Ahmad, Salehudin Ayub dan Tuan Man Tuan Ibrahim juga turut serta.


Ketua Pemuda PAS turut ditemani pemimpin kanan PAS Pusat

Tetapi nampaknya, kesemua pemimpin tertinggi Umno yang taraf ‘lima bintang' akur dengan saranan Ngeh "banyak buang masa dan tenaga sahaja." Maka sebab itu mereka tidak menghadirkan diri. Mereka hanya menghantar pemimpin gerombolan tahap ‘kaki lima’ parti tersebut sahaja untuk buat demo. Lihat gambar berikut :

Ketua Pemuda Umno, Khairy hanya ditemani mereka yang 
berada di kaki lima Umno sahaja. Mana pi yang lain?
Maka pemimpin tahap ‘kaki lima’ umno ini pun buatlah perhimpunan aman kat masjid Kampung Baru dengan kehadiran tak sampai pun 1000 peserta!

Dimana-mana negeri di seluruh dunia, ummat Islam marah dan mengutuk Amerika di depan kedutaan Amerika; tapi Khairy , Asang Jati , Ibrahim Katak dan pemuda Umno buat demo di masjid Kampung Baru? Nampak tak ? Kamera lebih banyak dari peserta .....
Nak tunjuk Khairy berdemo satu dunia?

Nak tahu bagaimana hebatnya depa hentam filem Amerika itu....kliklah kat U-Tube berikut .Ha! ha! ha! Memang tahap ‘kaki lima!’ Satu dunia marahkan Amerika, di Malaysia, Umno punya bangang dia gi tibai Ngeh Koo Ham!



http://alhusseyn51.blogspot.com/2012/09/satu-dunia-kutuk-amerika-tapi-umno.html

No comments:

Post a Comment