Kenyataan Akhbar AMK Selangor: Penggambaran Video Krisis Air, Umno BN Semakin Memalukan
Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini ingin menyelar usaha buruk, yang dipercayai didalangi Umno Barisan Nasional apabila secara terdesak dan memalukan menjalani penggambaran video bagi menggambarkan krisis air di Selangor. Tindakan tidak matang dan berniat jahat itu dilakukan di sekitar Petaling Jaya dan berusaha membina persepsi negatif terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.
AMK Selangor hairan melihat bagaimana jahat dan begitu buruknya strategi politik Umno Barisan Nasional, serta memperalatkan orag awam yang dipercayai diupah bagi "menjayakan" video tersebut. Sebagai sebuah parti antik yang mempunyai pelan politik, AMK Selangor merasa Umno Barisan Nasional sedang benar- benar goyah dan hanya menunggu masa untuk dikuburkan.
Secara tegas AMK Selangor berpendapat, rakyat Selangor sendiri memahami isu air yang melanda Selangor ini adalah kesan daripada kegagalan Syabas menyediakan air terawat yang mencukupi , dan mengambil pelbagai langkah bodoh bagi mengelakkan konsesi mereka dibatalkan oleh Kerajaan Negeri. Sikap mereka ini dilihat betul-betul seperti mengabaikan tanggungjawab utama mereka tetapi dengan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang bukan tugas mereka.
Terimalah Kemerosotan Dengan Lapang Dada
AMK Selangor ingin menasihatkan Umno Barisan Nasional terutama pimpinan Selangor agar menerima hakikat bahawa hari-hari terakhir mereka sedang menjelang. Justeru, sikap melampau mereka dalam menjalankan propaganda politik usang mereka hanya akan menambah kebencian rakyat , yang jelas sudah bersedia menolak mereka di peringkat nasional juga.
AMK Selangor yakin, bahawa Umno Barisan Nasional ini, akan dihukum dengan cara paling aib dan hina jika mereka sendiri yang berkehendakkan begitu , maka hendaklah sering beringat tentang apa yang mereka lakukan, dengan niat untuk memfitnah dan berpolitik secara bodoh ini akan mengakibatkan masa depan politik mereka menjadi amat buruk. AMK Selangor sedia menyambut sebarang bentuk kempen politik yang matang, tetapi menolak jika Umno Barisan Nasional bersikap bacul dan menggunakan orang awam.
Hakikat sebenar adalah Umno Barisan Nasional berada pada tahap kemerosotan paling buruk dalam sejarah penubuhannya, namun AMK Selangor mempelawa mereka untuk terus mengamalkan sikap politik yang berani dan penuh profesional bagi memberi lebih manfaat kepada rakyat. Sebagai pembangkang di Selangor, banyak lagi ruang positif yang boleh dimainkan oleh Umno Barisan Nasional sekiranya mereka mahu menyumbang sesuatu kepada negeri dan rakyat.
Hentikanlah niat dan pelan propaganda lemah yang mereka rancangkan. Ini kerana rakyat telah bijak menilai dan memperincikan setiap penipuan yang mereka lakukan. Umno Barisan Nasional hanya sekadar menambah cela pada maruah sendiri jika segala yang mereka rancang dan propagandakan itu menemui kegagalan dan dibongkarkan oleh pesaing sendiri.
Justeru AMK Selangor hari ini menyelar tindakan bodoh sombong Umno Barisan Nasional itu dan menghulurkan nasihat supaya mereka segera bertindak matang kerana pilihanraya akan datang, kuasa rakyat akan terusi memainkan peranan. AMK Selangor ingin mengajak Umno Barisan Nasional berpolitik secara berani, dan sekiranya mereka lupa, tsunami 2008 akan berulang, dan menenggelamkan mereka sepertimana Firaun tenggelam dengan bala tenteranya, akibat sikap zalim, sombong dan bodoh.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
No comments:
Post a Comment