Showing posts with label Bajet. Show all posts
Showing posts with label Bajet. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Kedah peruntukan RM8.5juta untuk 'Projek Sawah Gemilang'

Projek Sawah Gemilang


Usaha memajukan sawah padi diluar kawasan MADA telah giat dijalankan. Pada tahun 2012, Kerajaan melancarkan Projek Sawah Gemilang di kawasan seluas 203 hektar yang melibatkan 196 peserta. Jabatan Pertanian dan JPS telah berganding bahu menjayakan projek ini. Projek ini akan diperluaskan lagi pada tahun 2013.

Melalui peruntukkan sebanyak 8.5juta tahun hadapan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran akan digembeling bersama pesawah-pesawah yang terlibat bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi melebihi 5 tan sehektar. Antara projek yang akan dijalankan ialah:

i. Meningkatkan kemudahan pengairan dan saliran di kawasan sawah terbabit.
ii. Memberi input pertanian kepada pesawah.
iii. Mempelawa usahawan tani melaksanakan projek secara perladangan.

Kerajaan menyeru pemilik sawah agar bekerjasama dengan Jabatan dan Usahawan Tani yang berkenaan untuk menjalankan penanaman secara perladangan.

Ucapan Bajet 2013 Kerajaan Negeri Kedah oleh MB Kedah


UCAPAN BAJET TAHUN 2013


OLEH
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI DIRAJA MENTERI BESAR
KEDAH DARUL AMAN

PADA 20 NOVEMBER, 2012 / 2.30 PETANG

BERTEMPAT Di DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum Warohmatullahhi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillahirobbil alamin Wassolatuwassalamu ala asyrabil anbiyaiwalmurssalin Waala alihi Wasohbihi ajmain.


Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah rahmatnya dapatlah saya dan semua ahli-ahli Yang Berhormat menghadiri persidangan dewan pada petang ini.

Kita juga bersyukur di atas nikmat keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini.

Sesungguhnya nikmat yang kita kecapi adalah terlalu luas dan tidak mampu untuk dihitung.

Firman Allah SWT

Maksudnya:

“Dan dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu berhajat kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat tuhannya.” (Surah Ibrahim Ayat 34)

Semoga dengan nikmat yang kita miliki ini, kita gunakan untuk jalan kebaikan sepertimana perintah Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah al-Hajj ayat 41 seperti berikut:

Maksudnya:

“Iaitu mereka (umat islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan ingatlah Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Pada petang yang berbahagia ini, InsyaAllah saya akan membentangkan Bajet Negeri Kedah tahun 2013. Bajet ini digubal melalui proses perbincangan terperinci dengan semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri. Bajet ini meliputi semua aspek bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Setelah mengkaji agenda dan program-program yang dianjurkan selama ini kerajaan negeri telah mengenalpasti beberapa kelemahan masa lalu sama ada dalam bidang sosial atau ekonomi dan lain-lain yang perlu diberi perhatian. Berdasarkan kepada fakta inilah kerajaan menyediakan bajet untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Kerajaan sedar bahawa sejak tahun 2008 ketika mengambilalih pentadbiran negeri Kedah, kita telah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan objektif kerajaan untuk menjadikan Kedah sebagai negeri Sejahtera.

Dalam melaksanakan matlamat ini, kita dapati bahawa ada perkara yang dapat dilaksanakan sepenuhnya dan ada juga yang masih dalam proses perlaksanaan.

Ini memerlukan kepada satu penambahbaikkan dan digarapkan melalui bajet serta susunan kerja yang komited dari kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

Sesungguhnya, kerajaan meletakkan kesejahteraan rakyat pada tahap yang paling utama. Kita bekerja dengan bersungguh bagi memenuhi apa yang diperlukan oleh rakyat.

Kerajaan telah berusaha dengan sedaya upaya yang termampu untuk memberi kebaikan kepada rakyat.

Kita mengharapkan bahawa sepanjang lima tahun mentadbir, rakyat berpuashati dengan dasar dan perancangan kerajaan, diharapkan bajet ini akan memberi keselesaan kepada rakyat dan ianya dapat dilaksanakan dengan baik.

Rakyat akan menilai apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada mereka.

Lima tahun pentadbiran tentu tidak akan sama dengan 50 tahun pentadbiran sebelumnya, walaupun baru lima tahun memerintah kita dapati banyak program dan perancangan kerajaan yang diperkenalkan dan dilaksanakan.

Kebaikan lima tahun mentadbir dalam perkara tertentu mungkin dapat mengatasi pentadbiran 50 tahun kerajaan terdahulu, jadi biarlah rakyat menilaikannya.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sepanjang lima tahun ini, adalah begitu sedikit bantahan dari rakyat terhadap polisi dan dasar kerajaan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang memahami apa yang telah dirancang untuk kebaikan semua lapisan rakyat.



Ada dasar yang baru diperkenalkan dan ada dasar sedia ada yang telah diberi penambahbaikkan bagi memacu negeri Kedah dalam acuan mensejahterakan rakyat.



Saya juga berterima kasih kepada kakitangan kerajaan Negeri di semua peringkat yang selama ini bekerja dalam ketaqwaan dan iltizam yang tinggi bagi memastikan perpaduan dan keharmonian terus terpelihara jika dibandingkan dengan beberapa negeri lain yang dapat kita ikuti terdapat kacau ganggu di kalangan masyarakat di negeri tersebut.



Kerajaan Negeri tetap meneruskan agenda pembangunan di bawah tema ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ yang dimulakan pada tahun 2008. InsyaAllah, pada tahun hadapan Kerajaan akan terus melaksanakan semua program yang telah dirancangkan di samping memperkenalkan beberapa projek baru bagi memantapkan lagi program-program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ketua Jabatan, pihak GLC, Badan-badan Berkanun, dan NGO  yang telah bertungkus lumus melaksanakan projek atau aktiviti yang ditetapkan oleh kerajan negeri. Kerajaan berpuashati dengan komitmen semua pihak di dalam menjayakan perancangan yang di susun. Semangat kerjasama yang dijalinkan di antara pelbagai pihak telah memudahkan pelaksanaan apa yang dirancang. Semangat ini menepati Firman Allah SWT







Maksudnya :

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah amat berat azab siksaannya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)”. (Surah Al-Maidah Ayat 2)



Dasar ini akan terus digalakkan untuk menjamin kesejahteraan rakyat negeri Kedah.



Saya berdoa jasa baik dan keikhlasan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanahu Wata’ala.



Saya berharap setiap pegawai berasa selesa dalam menjalankan tugas masing-masing, kerajaan memberi hak sepenuhnya kepada penjawat awam seperti yang dijamin oleh perlembagaan.



​Sejak hari pertama mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri saya telah menegaskan kita akan bekerja dengan menghormati amalan demokrasi, justeru saya berharap semua pihak dapat meneruskan komitmen mereka dan meningkatkan mutu kerja masing-masing demi menghormati karier dan jawatan yang disandang.



Kerajaan begitu berharap agar setiap pihak dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang ditetapkan kerana setiap amanah itu akan disoal oleh Allah Subhanahu Wata’ala.



Sabda Rasulullah SAW





maksudnya :

“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap mereka yang bertanggungjawab samada ia menjalankan tugasnya dengan baik atau mengabaikannya”.



Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab Ayat 72





Maksudnya :

“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.



Juga Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 27







maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)”.



Sudah menjadi lumrah dan amalan di negara-negara di dunia , kerajaan datang dan kerajaan pergi, akan tetapi pegawai dan kakitangan kerajaan akan kekal, jadi jika kita gagal menghayati prinsip tugas sebagai seorang penjawat awam, ia sesuatu yang malang kerana kita telah dilatih untuk menghormati perkara tersebut.



Dalam masa yang sama, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama penuh dengan semua pihak bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.



Kerajaan negeri sama sekali tidak mengamalkan sikap pilih kasih atau diskriminasi ketika menghulurkan bakti kepada rakyat dan amalan ini hendaklah diteruskan pada masa-masa yang akan datang.



Di samping itu juga, saya amat berpuashati tentang kerjasama yang telah diberikan oleh jabatan dan agensi kerajaan, namun kita dapati masih terdapat rungutan di sana sini tentang kurangnya kerjasama dari pihak tertentu, akan tetapi perkara itu masih dapat di atasi dan ditingkatkan lagi mutu perkhidmatannya di masa yang akan datang.



Saya turut mengambil kesempatan mengucapkan syabas serta tahniah kepada pihak GLC yang dapat membantu kerajaan selama ini. Dalam masa lima tahun, kesungguhan meraka telah dapat merubah wajah GLC dari negatif kepada positif, walaupun begitu, kita tetap akur dan mengakui ada beberapa GLC yang tidak mencapai apa yang kita sasarkan.



Kita sentiasa memastikan bahawa GLC tidak akan menemui kegagalan. Sungguhpun demikian, kita masih dapati GLC yang gagal dan mengalami kerugian. Kepada GLC yang telah berjaya dan berkembang maju, mereka telah memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dan pembangunan di negeri ini. GLC-GLC berkenaan selayaknya mendapat pujian sewajarnya dari kita semua.



Dalam memastikan rakyat turut mendapat faedah dari pembangunan ekonomi dan nikmat yang ada, adalah menjadi dasar kerajaan negeri menggalakkan setiap pihak berlumba-lumba untuk membuat kebajikan kepada rakyat termasuk GLC.



Prestasi Tahun 2013.



Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,





Alhamdulillah, sepanjang tahun 2012 kerajaan negeri telah berjaya mengekalkan iklim pelaburan dan suasana perniagaan yang memberangsangkan.



Kerajaan sentiasa memantau keadaan ini bagi memastikan semua pihak dapat menjalankan urusan harian dengan aman dan selamat.



Para pelabur dari dalam dan luar negeri semakin meningkat berminat untuk melabur di negeri ini. Namun selain daripada mereka akan berdepan dengan prosedur tertentu dari sudut pentadbiran yang terlibat, kerajaan begitu cermat dalam menerima pelaburan ini demi untuk kepentingan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pelabur. Kerajaan juga mengambil langkah lebih berhati-hati untuk mengelakkan kerugian dan kegagalan yang pernah berlaku sebelum ini. Kerajaan juga telah mengambil langkah perlu untuk memudahkan semua urusan-urusan tertentu dari sudut pentadbiran sehingga tidak menyulitkan pihak pelabur yang ingin melabur di Kedah.



Di samping itu, kerajaan juga memastikan setiap pelaburan yang masuk dapat memanfaatkan setiap lapisan masyarakat di negeri ini. Kita tidak mahu limpahan nikmat dari pelaburan itu hanya berlegar di kelompok masyarakat tertentu sahaja, biarlah ia dapat dirasai bersama oleh rakyat terbanyak demi untuk memastikan kestabilan sosial dan keharmonian rakyat.



Firman Allah SWT











yang bermaksud :

“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasulnya dari harta musuh penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasul) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa juga suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhi larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”. (Surah Al-Hash Ayat 7)



Kerajaan sama sekali tidak membenarkan apa-apa perkara negatif berlaku di negeri ini yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.



Keamanan dan keharmonian penduduk yang berbilang kaum terus dipelihara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan dan ia juga adalah dasar yang dipegang oleh kerajaan Pakatan Rakyat.



Walaupun pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia berada di paras sederhana, Kerajaan Negeri terus berusaha menarik masuk pelaburan swasta sama ada pelaburan asing ataupun pelaburan tempatan. Kemasukan pelaburan di bidang perkilangan sehingga bulan Julai berjumlah 300juta ringgit.



Daripada jumlah ini sebanyak 180juta adalah pelaburan asing. Kesemua pelaburan ini bakal menghasilkan 1500 peluang pekerjaan baru kepada penduduk negeri ini. Kerajaan yakin jumlah pelaburan akan meningkat apabila beberapa syarikat yang berminat memuktamadkan keputusan mereka pada akhir tahun ini.



Bagi menggalakkan kemasukan pelaburan tempatan, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal bagi memproses dan menilai cadangan pelaburan yang melibatkan tanah milik Kerajaan Negeri. Sehingga kini sebanyak 35 projek telah diberi pertimbangan.



Kerajaan menjangkakan senario pertumbuhan ekonomi yang sederhana akan berterusan pada tahun 2013. Keluaran dalam Negeri Kasar diunjurkan berkembang pada paras 5 peratus. Sektor perkhidmatan dijangka memberi sumbangan utama kepada ekonomi negeri ini.



Untuk memastikan arus kemasukan pelabur sentiasa berterusan dan berkembang serta tidak tertangguh, kerajaan akan terus melaksanakan dasar mesra pelabur dalam pentadbiran serta agenda pembangunan ekonominya.



Dalam pada itu kerajaan turut memberi ingatan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan agenda ini, agar tidak mengamalkan amalan yang tidak sihat seperti rasuah dan lain-lain tindakan negatif.



Peruntukan Bajet tahun 2013



Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,



Bajet tahun 2013, akan menyediakan peruntukan berjumlah 1.1bilion ringgit bagi melaksanakan semua program dan projek yang disusun rapi bagi memajukan Negeri Kedah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Jumlah peruntukkan yang dirancangkan ini adalah berasaskan tahap kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.



Daripada jumlah tersebut, 657juta ringgit untuk perbelanjaan mengurus, 369juta  ringgit untuk perbelanjaan pembangunan dan 57.5juta ringgit untuk bekalan air.



Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah 231.5juta ringgit adalah untuk bayaran emolumen, 121.2juta ringgit untuk perkhidmatan dan bekalan, 230.4juta pemberian dan kenaikan tetap, 13.8juta pembekalan aset, dan 6.8juta ringgit untuk lain-lain perbelanjaan.



Bagi peruntukkan pembangunan pula, sebanyak 61.17% atau 225.24juta ringgit untuk sektor infra, 11.65% atau 43juta ringgit untuk pentadbiran, 19.78% atau 73juta ringgit untuk sosial, 6.84% atau 25.24 juta ringgit untuk sektor pertanian, 0.34% atau 1.26juta ringgit untuk sektor pelancongan dan 0.22% atau 0.8juta untuk pembangunan sukan.



Kerajaan menjangkakan kutipan hasil Negeri pada tahun 2013 akan meningkat daripada 550juta ringgit pada tahun 2012 kepada 640juta ringgit pada tahun 2013. Jumlah peningkatan sebanyak 105.6juta ringgit bakal disumbangkan oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu, serta bayaran jualan air mentah kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang.



Kerajaan yakin kutipan hasil yang dianggarkan akan dapat dicapai berdasarkan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan dan kesungguhan bekerja dikalangan semua kakitangan Kerajaan.



STRATEGI BAJET TAHUN 2013



Yang Berhormat Dato’ Speaker dan ahli-ahli yang berhormat,



Bagi menjayakan hasrat meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus berusaha menggembeling sumber yang ada, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus pentadbiran negeri dan semua GLC. Rakyat di semua peringkat akan diberikan perkhidmatan terbaik melalui strategi-strategi Bajet tahun 2013 seperti berikut:



Strategi Pertama: Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi.

Menjadi Hub Pengeluaran Makanan



Pada bajet yang lalu, Kerajaan merancang untuk melaksanakan pertanian berskala besar demi mencapai hasrat menjadi Jelapang Makanan. Anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kedah Agro Sdn. Bhd telah diberi amanah untuk meneraju perkara ini.



Alhamdulillah, Kedah Agro Sdn. Bhd telah mengusahakan penanaman secara komersial di Bukit Tangga dengan tanaman Nanas seluas 200 ekar, telah menghasilkan 263ribu biji Nanas, tanaman Betik seluas 600 ekar dengan hasil pengeluaran 630ribu kilogram dan Kelapa Pandan seluas 700 ekar.



Usaha-usaha sedang dibuat untuk menanam Pisang Berangan di kawasan seluas 100 ekar di Bukit Perangin. Sebuah GLC iaitu Kedah BioCorporation telah di amanahkan untuk menghasilkan benih tanaman khasnya pisang berangan secara tisu kultur bagi memastikan hasil pengeluaran yang tinggi.



Inisiatif ini telah dimulakan dan Kerajaan yakin peladang dapat manfaat dari segi kualiti benih, tempoh penanaman dan hasil pengeluaran yang lebih singkat.



Kerajaan memberi galakan  kepada usahawan tani untuk mengusahakan tanaman Nanas secara besar-besaran. Sehingga kini, terdapat usahawan tani yang menanam Nanas dengan kaedah kepadatan tinggi yang memberi hasil yang lumayan.



Hasil pengeluaran nanas yang tinggi diperlukan untuk menampung permintaan pasaran tempatan, eksport dan kilang mengetin Nanas di Sungai Petani.



Bagi memajukan pengeluaran seperti Nanas, Jagung, Sayuran dan Buah-buahan, Kerajaan memperuntukkan 12.6 juta untuk projek-projek pembangunan pertanian.



Suka saya nyatakan di sini bahawa pihak PKNK melalui anak syarikatnya Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd., sedang membangunkan tanah seluas 1000 ekar di Genting Bunga bagi tujuan estet buah-buahan.



Semua jenis buah-buahan akan ditanam di situ termasuk buah-buahan tempatan yang hampir pupus. Projek ini adalah merupakan projek Agro Tourism. Adalah diharapkan projek ini akan menarik lebih ramai pelancong ke Kedah apabila ia siap kelak. Di samping itu ia dapat memenuhi pasaran buah-buahan tempatan dan luar negara.



Projek Sawah Gemilang



Usaha memajukan sawah padi diluar kawasan MADA telah giat dijalankan. Pada tahun 2012, Kerajaan melancarkan Projek Sawah Gemilang di kawasan seluas 203 hektar yang melibatkan 196 peserta. Jabatan Pertanian dan JPS telah berganding bahu menjayakan projek ini. Projek ini akan diperluaskan lagi pada tahun 2013.



Melalui peruntukkan sebanyak 8.5juta tahun hadapan, Jabatan Pertanian dan  Jabatan Pengairan dan Saliran akan digembeling bersama pesawah-pesawah yang terlibat bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi melebihi 5 tan sehektar. Antara projek yang akan dijalankan ialah:



i. Meningkatkan kemudahan pengairan dan saliran di kawasan sawah terbabit.

ii. Memberi input pertanian kepada pesawah.

iii. Mempelawa usahawan tani melaksanakan projek secara perladangan.



Kerajaan menyeru pemilik sawah agar bekerjasama dengan Jabatan dan Usahawan Tani yang berkenaan untuk menjalankan penanaman secara perladangan.



Ternakan Ayam Daging



Di bidang ternakan, Kedah telah berjaya menjadi pengeluar utama ayam daging di Utara tanah air. Bilangan penternak semakin bertambah. Kemasukan pelaburan swasta semakin meningkat khasnya dalam perladangan ayam secara tertutup.



Baru-baru ini Kerajaan meluluskan projek  perladangan ayam baka oleh sebuah syarikat swasta dengan nilai pelaburan sebanyak 50juta ringgit di kawasan seluas 47 hektar di Kuala Ketil.



Syarikat ini akan mengeluarkan 100,000 ekor anak ayam sehari. Kerajaan yakin projek seperti ini sangat berpotensi mengembangkan industri ayam daging. Sehubungan itu, Kerajaan memperuntukkan 4.7juta kepada Jabatan Veterinar untuk pembangunan industri ternakan.



Akuakultur



Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perikanan memajukan ternakan ikan dalam sangkar. Kawasan yang sedang dimajukan ialah di Zon Industri Akuakultur di Langkawi yang melibatkan GLC dan beberapa syarikat swasta.



Pada tahun hadapan Kerajaan Negeri akan memperkemaskan industri ini dengan mengambil tindakan seperti berikut:



Memperkemaskan garis panduan ternakan ikan dalam Zon Industri Akuakultur di Langkawi dan kerajaan juga akan kemukakan garis panduan dari segi proses-proses permohonan, kadar bayaran lesen menumpang sementara dan aspek kawalan.

Menarik masuk syarikat-syarikat swasta untuk menjalankan ternakan ikan dalam sangkar.



Memajukan Industri Pelancongan



​Hutan semulajadi telah memberikan sumber hasil kepada hasil Negeri. Untuk itu, Kerajaan memberi penekanan kepada pengurusan hutan yang baik, sejumlah 7.3juta disediakan kepada Jabatan Perhutanan pada tahun 2013. Selain itu, Kerajaan memutuskan beberapa kawasan hutan dimajukan sebagai kawasan tarikan pelancongan.



InsyaAllah, Negeri Kedah akan mempunyai Taman Negeri yang pertama di Ulu Muda seluas 30ribu hektar bakal digazetkan bagi tujuan pemuliharaan, pelancongan, pendidikan dan penyelidikan flora dan fauna yang sedia ada.



Strategi Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat



a. Kerajaan Negeri akan melaksanakan  Projek Tebatan Banjir di beberapa kawasan sebagai usaha pencegahan. Peruntukkan sebanyak 3.0juta ringgit disediakan untuk projek seperti berikut:



i. Menaiktaraf peralatan mekanikal di pintu air dan rumah pam.

ii. Projek tebatan banjir di Sungai Air Mendidih, Sungai Petani, Sungai Iboi, Baling dan Alor Merah, Alor Setar.

iii. Program pemuliharaan Sungai dan pengindahan sungai di Sungai Anak Bukit dan sungai-sungai disekitar Alor Setar dengan peruntukkan sebanyak 1.7juta ringgit.



b. Kerajaan menyediakan 2.0juta ringgit bagi membantu keluarga miskin yang berdaftar di bawah e-sinar. Antara projek yang dimaksudkan ialah:



i. Bantuan membina dan membaiki rumah.

ii. Skim latihan kemahiran kepada ahli keluarga miskin iaitu isteri atau anak dalam bidang jahitan, masakan dan pendawaian elektrik.

iii. Bantuan peralatan untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan

iv. Bantuan Skim Kafalah dengan peruntukkan sebanyak 4juta bagi membantu meringankan kos pengurusan jenazah ahli dan ahli keluarga miskin.



c. Kerajaan juga memperuntukkan 2.0juta ringgit iaitu tambahan sebanyak 1.0 juta kepada bayaran rawatan hospital kepada pesara-pesara kakitangan Kerajaan.



d. Kesejahteraan sesebuah keluarga berkaitrapat dengan tahap ilmu, akhlak dan kedudukan pendapatan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan terus berusaha membangunkan keluarga melalui pelbagai program iaitu:



i. Peningkatan ilmu dan kefahaman mengenai undang-undang kekeluargaan.

ii. Keusahawanan.



Pada tahun 2012, Kerajaan telah melaksanakan 17 program yang melibatkan 3000 kaum wanita yang terdiri daripada golongan miskin dan ibu tunggal. Program latihan di bidang jahitan dan masakan bakal membantu mereka menambah pendapatan keluarga. Pada tahun hadapan, program seperti ini akan diteruskan bagi membolehkan mereka yang telah berkursus memasuki sektor perniagaan .



Naiktaraf Rumah Awam Kos Rendah



Kehidupan penghuni di beberapa buah rumah awam kos rendah khususnya rumah pangsa adalah tidak begitu selesa dan menyenangkan kerana kerosakan bangunan dan prasarana seperti sistem bekalan air, sistem kumbahan, kebocoran bumbung dan persekitaran yang tidak bersih. Kerajaan mengambil langkah untuk menaiktaraf rumah pangsa Tongkang Yatt dan Paya Nahu Satu bagi meningkatkan kualiti kehidupan para penghuni. Adalah diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi mengatasi perkara ini.



Menaiktaraf Jalan Raya Negeri



Jalan raya yang berkualiti adalah diperlukan untuk pengangkutan barangan dan pergerakan penduduk. Kerajaan memberi keutamaan kepada aspek ini bagi memastikan jalan-jalan negeri diselenggara secara berkala untuk menyediakan kemudahan awam yang berkualiti kepada rakyat. Pada tahun 2013, Kerajaan menyediakan 128juta ringgit bagi kerja-kerja menaiktaraf dan membaikpulih jalan dan jambatan di seluruh negeri. Manakala 14juta ringgit diperuntukkan kepada JKR bagi membina beberapa batang jalan dan jambatan.



Kerja-kerja membina jalanraya ini akan diberi keutamaan kepada GLC Kedah yang berpengalaman dan berkeupayaan untuk mengendalikan pembinaan jalan ini.



Di samping itu kerajaan juga akan mempertimbangkan permohonan dari syarikat-syarikat swasta yang layak dan berpengalaman untuk mengendalikan pembinaan jalan ini.



Strategi Ketiga: Meningkatkan Modal Insan



a. Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil

Kerja-kerja pembinaan Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil telah hampir siap dan bakal dirasmikan pada awal tahun 2013.



Sejak 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, inilah kali pertama kerajaan negeri memiliki sebuah universiti yang tersendiri.



Semestinya ia akan menjadi kebanggaan rakyat, sekalipun KUIN terpaksa menghadapi pelbagai kekangan termasuk kewangan, tetapi akhirnya berjaya biar pun tidak mendapat sebarang bentuk bantuan dari kerajaan Pusat.



Kejayaan ini adalah pertolongan dari Allah SWT kerana KUIN dibina di atas ketaqwaan.







Firman Allah SWT







yang bermaksud :

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan menjauhi segala larangannya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya). Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukupilah baginya (untuk) menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara-perkara yang dikehendakinya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu)”. (Surah Al-Thalaq Ayat 2 dan 3)



Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi -tinggi terima kasih kepada pihak Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Bank Berhad yang tampil memberikan kemudahan pinjaman kewangan atas prinsip untuk sama-sama melihat kejayaan dalam dunia pendidikan yang seterusnya mampu merangsang perkembangan sosial dan ekonomi negeri Kedah ini.



KUIN lahir di tengah-tengah segitiga strategik di antara bandar Sungai Petani, Baling dan Kulim. Kita bakal melahirkan sebuah pusat pertumbuhan yang baru di Kuala Ketil. Kita menjangkakan, dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang Kuala Ketil akan berubah wajah sepertimana yang berlaku di Bangi, Selangor.



Sebelum wujudnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hanyalah sebuah kampung yang kecil, tetapi sekarang Bangi adalah sebuah bandar ilmu dan bandar industri sederhana yang semakin pesat membangun selain ia terletak berdekatan dengan Putrajaya.



Tempiasan ilmu yang berkembang di KUIN ini insyaAllah akan memanfaatkan rakyat di negeri ini yang selama ini agak tidak diberi perhatian dalam perkembangan dunia pendidikan.



Seperkara yang harus difikir secara lebih jauh adalah, lahirnya kampus KUIN ini, kita telah dapat mengelakkan berlakunya pengaliran wang rakyat Kedah ke negeri-negeri luar.



Selepas ini akan berlaku pengaliran tunai dari luar yang mencurah dan ia secara tidak langsung mewujudkan pelbagai peluang pendapatan bagi rakyat terbanyak.



Turut membanggakan kita adalah kejayaan KUIN memberi kursus Perbankkan Islam kepada hampir 3,000 kakitangan kaunter Islam daripada bank-bank di negara Thailand.



Lebih dari itu, Timbalan Gabenor Bank Negera Nigeria adalah antara individu yang datang belajar di KUIN setelah KUIN memberi khidmatnya kepada Bank Negara Nigeria dalam bidang Perbankkan Islam. Telah ada dua kumpulan lain dari Nigeria yang mengikuti langkah Timbalan Gabenor Bank Negara tersebut.



Suka juga saya maklumkan di sini bahawa Kampus Induk KUIN pada peringkat ini belum didirikan lagi bangunan asrama. Bangunan asrama untuk para pelajar akan dibina pada perancangan fasa ke dua.



Ini tidak bermakna KUIN tidak memikirkan akan keperluan asas kepada pelajar tersebut.



Bagi mengatasinya, kita telah berbincang dengan pihak GLC untuk menggunakan bangunan yang mereka bangunkan sekitar KUIN bagi dijadikan asrama.



Tidak keterlaluan jika saya katakan, Kampus KUIN di Kuala Ketil ini adalah bertaraf lima bintang atau “Five Star University”, .



InsyaAllah, KUIN akan dirasmikan pada awal 2013 yang bakal disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.



KUIN akan berpindah ke kampus ini pada bulan Mac, manakala pelajar akan menggunakan kampus baru untuk sesi pengajian pada Jun 2013. Mulai tahun 2013, Kerajaan perlu membuat bayaran tertangguh kepada kontraktor sebanyak 46juta ringgit setahun.



Dengan berlakunya perpindahan ke kampus baru serta peningkatan mendadak jumlah pelajar, Kerajaan akan menambah pemberian kepada KUIN mengikut keperluan bagi memartabatkan pendidikan kepada anak bangsa ini.



b. Maktab Mahmud.



Kemudahan di Maktab Mahmud yang sedia ada akan ditambahbaik.  Kerajaan Negeri sedang membina bangunan kelas dan Makmal Sains di Maktab Mahmud Kulim. Manakala bangunan asrama pelajar lelaki di Maktab Mahmud Langgar akan dimulakan awal tahun hadapan. Bagi memperkasakan institutsi ini, Kerajaan menyediakan 37 juta ringgit kepada pengurusan Maktab Mahmud.



c. Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba, Langkawi



Pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba, Langkawi bakal dimulakan pada awal tahun hadapan. Pada masa ini, para pelajar sedang mengikuti pengajian di bangunan sementara di Kulim. Kerajaan memperuntukkan sebanyak 20juta ringgit bagi tujuan pembinaan kampus tetap di Pulau Tuba. Kerajaan berharap projek ini bakal mencetus pelbagai projek lain bagi memajukan Pulau Tuba.



Bagi melengkapkan program pendidikan kepada generasi muda, Kerajaan turut memberi sumbangan sebanyak 3.0juta kepada Maahad Tahfiz yang diuruskan oleh Yayasan Islam.



d. Lain-lain projek

i. Sejumlah 1.8juta pula disalurkan kepada Jabatan Agama bagi membiayai pengurusan kelas Taska dan Tadika untuk memajukan pendidikan pra sekolah.



ii. Manakala 1.0juta bakal disalurkan kepada sekolah-sekolah persendirian, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil mengikut keperluan.



iii. Peruntukkan sebanyak 4.0juta ringgit disalurkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti di semua perpustakaan sedia ada. Sejumlah 2.5juta ringgit diperuntukkan kepada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah bagi membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.



Strategi Keempat: Memperkasa Tadbir Urus Kerajaan Negeri



Jentera pentadbiran yang cekap dan amanah sangat penting di dalam menjayakan semua dasar dan program pembangunan yang dirancangkan.



Kakitangan kerajaan perlu memastikan mereka memberikan khidmat bakti dengan ikhlas dan penuh ketaqwaan. Prestasi terbaik dan taat setia yang diberikan selama ini amat-amat dihargai. Mereka hendaklah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan memahami konsep Islam iaitu memberikan ketaatan kepada Gorverment of the day bagi tujuan keselesaan rakyat.



Kerajaan Negeri berpuashati dengan komitmen dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua kakitangan Kerajaan Negeri. Seperti yang di umumkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri turut menerima pakai dasar pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. Harapan Kerajaan ialah agar semua kakitangan akan meningkatkan prestasi perkhidmatan masing-masing.



Di samping itu juga, kerajaan terus memberi penghargaan kepada kakitangan kerajaan untuk membuat lawatan ke luar negara, sebagai menghargai keringat yang telah mereka curahkan kepada negeri ini.



Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif untuk menyediakan kemudahan yang selesa kepada semua kakitangan jabatan Negeri di dalam menjalankan tugas .



Pada tahun hadapan beberapa projek membina dan menaiktaraf Pejabat seperti Pejabat Tanah Langkawi, Pejabat Tanah Pokok Sena, Pejabat Agama Daerah Pendang dan Padang Terap, Mahkamah Syariah Pendang dan Padang Terap serta beberapa buah Pejabat JKR Daerah akan di laksanakan.



Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak 20juta ringgit bagi tujuan tersebut.



Majlis Ketua Kampung atau MKK merupakan jentera pentadbiran negeri di peringkat akar umbi. Mereka telah memainkan peranan yang penting di dalam memelihara keharmonian dan menerajui aktiviti kemasyarakatan kawasan masing-masing. Untuk itu Kerajaan menyediakan 12.7 juta ringgit sebagai pemberian elaun bulanan kepada semua MKK terlibat.



Kerajaan berharap MKK akan lebih aktif dan cekap dalam melaksanakan dasar dan agenda kerajaan di peringkat akar umbi.



Di dalam mencapai tadbir urus yang baik, Kerajaan menggalakkan setiap Jabatan untuk meningkatkan tahap prestasi agar mencapai standard yang ditetapkan.



Program latihan kepada seluruh kakitangan bagi memastikan semua kakitangan mematuhi peraturan sediada dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.



Tadbir urus yang baik juga dilaksanakan di semua GLC bagi memastikan mereka dapat menerajui bidang-bidang yang ditetapkan di samping mengelakkan daripada terlibat dengan urusniaga yang merugikan di masa hadapan.

Sehingga kini, semua GLC telah menunjukkan kemajuan dan bakal memberi sumbangan kewangan kepada Kerajaan sebanyak 16 juta ringgit pada tahun 2013.

Saya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’alla memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini agar sentiasa mengutamakan amanah dan tanggungjawab yang perlu di laksanakan dengan jujur dan ikhlas.

Semoga Allah Subhanahu Wata’alla membantu kita semua mengatasi segala masalah yang bakal kita tempuhi.

Firman Allah SWT

maksudnya :

”Wahai Tuhan kami janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan mengampunkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah Ayat 286)



Yang Berhormat Dato' Speaker

Saya mohon mencadangkan.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Tuesday, November 20, 2012

Tahniah, usaha jadikan Kedah Jelapang Makanan tampakkan hasil

Tahniah, usaha jadikan Kedah Jelapang Makanan tampakkan hasil

ALOR SETAR – Tunku Bendahara Kedah yang juga selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah begitu yakin dengan usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Kedah sebagai Jelapang Makanan yang utama bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bekerja keras merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memajukan negeri Kedah khasnya dalam bidang pertanian, pendidikan dan kesejahteraan rakyat, usaha-usaha yang dijalankan telah pun menampakkan kejayaannya.

“Di dalam bidang pertanian, hasil pengeluaran nanas, ikan dan ayam daging telah meningkat dan menjadikan negeri Kedah sebagai pengeluar utama di Utara Malaysia.

“Sebagai contoh, penanaman nanas dan betik secara perladangan oleh anak syarikat milik kerajaan negeri telah menghasilkan pengeluaran yang tinggi, kedua tanaman ini telah mendapat sambutan di dalam pasaran tempatan, malah telah memasuki pasaran eksport ke Timur Tengah, China dan Thailand,” ujar beliau dalam Titah Ucapan Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Mesyuarat Bajet 2013.


Selain itu, beliau juga sukacita dengan usaha kerajaan negeri membuka kilang mengetin produk nanas yang beroperasi di Sungai Petani.

“Saya juga berasa sukacita kilang mengetin produk nanas telah pun beroperasi di Sungai Petani seperti yang dirancangkan.

“Saya yakin usaha kerajaan yang berterusan secara konsisten serta kerjasama erat semua pihak bakal melonjakkan negeri Kedah sebagai Jelapang Makanan yang utama bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa,” ujar beliau.

Beliau turut menyeru kepada rakyat di negeri ini yang memiliki tanah mengambil bahagian bagi menjayakan rancangan memajukan bidang pertanian yang disusun oleh kerajaan.

“Pada tahun hadapan kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembangunan industri buah-buahan melalui program pemulihan dusun dan pengeluaran buah rambutan dan secara besar-besaran.

“Kempen dan galakan program ini telah dijalankan oleh kerajaan mulai tahun ini, justeru saya berdoa agar rakyat negeri ini yang memiliki tanah yang sesuai mengmbil bahagian bagi menjayakan rancangan memajukan bidang pertanian yang disusun oleh kerajaan,” jelas beliau.

Belanjawan Kedah 2013 RM1.1b....


Kerajaan Kedah hari ini membentangkan belanjawan 2013 defisit berjumlah RM1.1 bilion berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata daripada jumlah itu, RM657 juta ialah bagi perbelanjaan mengurus, RM369 juta perbelanjaan pembangunan dan RM57.5 juta untuk bekalan air.

Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah RM231.5 juta ialah untuk bayaran emolumen; RM121.2 juta bagi perkhidmatan dan bekalan; RM230.4 juta pemberian dan kenaikan tetap; RM13.8 juta pembekalan aset dan RM6.8 juta untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak 61.17 peratus atau RM225.24 juta ialah untuk sektor infra; 11.65 peratus atau RM43 juta bagi pentadbiran; 19.78 peratus atau RM73 juta untuk sosial; 6.84 peratus atau RM25.24 juta sektor pertanian, 0.34 peratus atau RM1.26 juta untuk sektor pelancongan dan 0.22 peratus atau 0.8 juta bagi pembangunan sukan.

Azizan berkata kerajaan negeri menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 meningkat daripada RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta, dengan jumlah peningkatan sebanyak RM105.6 juta akan disumbang oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (Sada) dan kerajaan Pulau Pinang.
Beliau juga berkata empat strategi akan dilaksana iaitu mempertingkat pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan modal insan serta memperkasa tadbir urus kerajaan negeri.

Menerusi strategi mempertingkat pertumbuhan ekonomi, kerajaan negeri masih bergantung kepada sektor pertanian apabila Menteri Besar mengumumkan perancangan untuk menjadi hab pengeluaran makanan, membangun projek sawah gemilang, menjadi pengeluar utama ayam daging di kawasan utara serta memajukan ternakan ikan dalam sangkar selain industi pelancongan.

Dalam mempertingkat kesejahteraan rakyat, Azizan berkata kerajaan negeri akan melaksanakan projek tebatan banjir di beberapa kawasan melibatkan peruntukan RM3 juta, manakala RM2 juta lagi untuk membantu keluarga miskin.

Menerusi usaha mempertingkat modal insan pula, beliau berkata kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil hampir siap dan akan dirasmikan awal tahun depan.

Menyentuh pentadbiran, katanya, kerajaan negeri menerima pakai dasar kerajaan Persekutuan dalam soal pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada petugas kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun.

Sementara itu, Azizan mengaku ada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal mencapai sasaran dalam tempoh lima tahun kerajaan Kedah diterajui pakatan pembangkang.

"Kita sentiasa memastikan GLC tidak akan menemui kegagalan. Sungguhpun demikian, kita masih dapati GLC yang gagal dan mengalami kerugian," katanya.

Dalam soal pelaburan dari dalam dan luar negeri, Menteri Besar berkata kerajaan negeri mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kerugian dan kegagalan yang pernah berlaku sebelum ini.

Azizan juga berkata kerajaan negeri telah mengkaji agenda dan program anjurannya selama ini dan mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian.

- Bernama

NOTE : KERAJAAN NEGERI TAK ADA SALINANKAH BELANJAWAN 2013 UNTUK TATAPAN RAKYAT JELATA SEMUA. TAKKAN NAK AMBIK COPY PASTE DARI SURAT KHABAR PEMERINTAH PULA.

Sunday, September 30, 2012

Rosmah jugak yang untung dalam bajet laki dia nie..!!


Bajet BN - Membela Tokey Gula dan Tokey Arak..!!!


Kalau cukai arak naik...toke arak anak madey rugi la sebab tak de orang nak beli....
Rakyat rugi dan sengsara takpe..jgn anak Madey rugi..

Bajet 2013 tidak mesra pekebun getah

TEMERLOH: Pekebun kecil getah kecewa nasib mereka tidak dibela malah tidak disebut langsung dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam.
Seorang pekebun, Ahmad Mat Yaman (gambar) berkata, nasib golongan mereka pada masa ini perlu diambil perhatian kerana harga komoditi itu dalam keadaan rendah antara RM2 ke RM3 sekilogram dan sudah berlarutan beberapa bulan.

Katanya, hasil itu pula lazimnya dibahagi dua antara pemilik kebun dan penoreh menyebabkan pendapatan harian semakin kecil tidak berpadanan dengan kos kehidupan pada masa ini.

Tambahnya, kerajaan perlu membela nasib mereka yang pendapatan mereka bergantung kepada hasil getah kerana kenaikan harga barang keperluan serta kedatangan musim hujan atau tengkujuh yang mana pada musim tersebut mereka tidak boleh menoreh.

“Malangnya dalam bajet semalam tidak disebutkan langsung usaha kerajaan untuk membantu nasib pekebun getah seperti subsidi atau berusaha mengawal harga getah bagi pekebun kecil seperti kami, yang bergantung sumber pendapatan dengannya”.

“Jika keadaan berterusan begini dan kerajaan tidak berbuat sesuatu, pendapatan akan terus merosot dan kami akan mengalami kesulitan terutama menjelang waktu penggal persekolahan baru tahun depan,” katanya.


Semalam Najib membentangkan Bajet 2013 yang dianggap ramai pihak sebagai ‘bajet pilihan raya’. Dalam belanjawan tersebut kerajaan telah mengumumkan insentif kepada nelayan, penanam padi dan penanam sawit tetapi tidak  langsung disebutkan tentang nasib dan kebajikan pekebun kecil getah.

Ahmad yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, meminta kerajaan melakukan sesuatu demi untuk menyelamatkan mereka yang terbabit dengan industri getah.

Katanya, pemimpin kerajaan selalu  berkata rakyat sepatutnya sama-sama senang dan sama-sama susah dengan kerajaan terutama apabila menaikkan harga minyak.

“Justeru itu apabila harga getah pada tahap rendah pada masa ini dan pekebun kecil mengalami kesulitan, kerajaan juga sepatutnya sama-sama susah dengan rakyat. Saya percaya kerajaan mempunyai beberapa alternatif seperti membeli getah sebagai stok pengimbal bagi mengawal harga”.

“Kerajaan juga boleh mewujudkan subsidi harga kepada pekebun atau membuat tambatan harga getah RM5 sekilo. Ini pernah dilakukan kerajaan dulu iaitu menambat harga dolar Amerika ketika gawat tahun 1997 dulu.

“Sebab jika tidak, kebanyakan pekebun akan terjerumus ke lembah kemiskinan kerana harga barang keperluan telah melambung sejak sekian lama dan tidak pernah turun”, katanya.

Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya melihat permasalahan ini dengan serius kerana jika terus dibiarkan kadar pengangguran akan meningkat semula di tanah-tanah rancangan Felda dan di kampung-kampung.

“Bila pengangguran meningkat sudah pasti gejala sosial seperti kecurian akan terus menjadi-jadi. Sebab itu saya katakan perkara ini serius tetapi kerajaan BN terlepas pandang sehingga terus membiarkan nasib kami,” katanya.

Beberapa bulan dahulu, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang agak tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah melebihi RM5 sekilo.

Ketika itu orang kampung yang mana harta dan mata pencarian mereka hanya bergantung kepada pertanian itu, bolehlah dikatakan menarik nafas lega. Sehinggakan penoreh getah tidak lagi dianggap ‘pekerja kelas dua’ kerana sedikit demi sedikit mereka boleh mengumpul harta termasuk mencantikkan rumah dan bermotokar.

Pernah satu ketika, anak-anak muda yang bekerja kilang di bandar-bandar besar rela pulang ke kampung untuk mengusahakan kebun-kebun getah orang tua masing-masing kerana pendapatannya tinggi dan kerjanya senang.

Bagaimana pun sejak beberapa bulan kebelakangan ini fenomena mulai berubah dengan penurunan harga komoditi itu dan berlanjutan dengan lama. Keadaan ini memberi kesan besar kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut.

Lebih mencemaskan, harga komoditi itu dikatakan akan terus menjunam sehingga bakal menyulitkan mereka jika tidak ditangani kerajaan.[HD]

Saturday, September 29, 2012

Adakah Bajet Najib bisa menjadikan “sokongan melantun ketara kepada BN”.

Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13
September 30, 2012

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.

Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali.

“Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.

Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.

Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000.

Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan.

Di kawasan luar bandar, “kos sara hidup cenderung lebih rendah... wang bertahan agak lama dan mempunyai impak yang lebih besar terutamanya di Sabah dan Sarawak”, kata beliau.

Akan tetapi, pemberian wang tunai tidak pergi terlalu jauh di kawasan bandar, katanya.

Beliau berkata rebat bagi pembelian telefon pintar adalah “pedang bermata dua” bagi BN, dengan mengatakan bahawa orang ramai akan mendapat “akses kepada Internet” dan “tidak ada kawalan tentang jenis berita mereka dapat”.

Di bawah Bajet, mereka yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3, 000 akan mendapat diskaun sebanyak RM200 apabila membeli telefon pintar.

Tetapi dua penganalisis lain tidak bersetuju dengan Ibrahim, mengatakan bahawa Bajet ini berkemungkinan tidak mempunyai banyak kesan kepada keputusan pengundi luar bandar ‘mengenai siapa yang mereka sokong.

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau mempunyai keraguan kuat tentang “sejauh mana pengumuman ini boleh diterjemahkan kepada undi”.

Beliau menolak kira kesan pemberian di bawah Bajet untuk golongan bergaji rendah, menunjukkan bahawa harga gula akan naik sebanyak 20 sen sekilogram dengan pengurangan dalam subsidi kerajaan.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata “pengundi tidak perlu mengundi orang-orang yang memberikan mereka wang”, mengatakan bahawa pengundi mengekalkan hak mereka untuk memilih.

“Melainkan Belanjawan Jumaat lalu mengatakan ini bukanlah bayaran one-off tetapi jika kita terus berkuasa, kita akan terus memberi atau meningkatkan pemberian ... mungkin hasilnya akan berbeza,” kata Dr Agus.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar, berkata “jumlah yang diberikan kepada penduduk luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah adalah sangat kecil.”

Beliau menambah bahawa Bajet ini tidak menyelesaikan masalah gaji rendah, pekerjaan rendah produktiviti dan kekurangan peluang untuk maju, mengatakan bahawa pengundian kumpulan ini berkemungkinan “tidak” dipengaruhi.

Katanya lagi, mereka masih perlu berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Apabila mengulas mengenai pengundi muda, beliau berkata: “Saya akan sangat terkejut jika mereka mengubah fikiran.”

“Mereka akan menyedari ini adalah cubaan untuk membeli undi,” kata Lim menerangkan pemberian dalam Bajet “lebih kepada gimik”.

Beliau juga berkata bahawa dalam percubaan untuk menggembirakan semua orang, kerajaan berhadapan risiko “ menyenangkan sangat sedikit orang”, sekali lagi menunjuk kepada jumlah “kecil” setiap pemberian.

Ibrahim juga menyatakan bahawa “pengundi menjadi semakin mahir memahami pemberian dari ahli-ahli politik”.

Beliau berkata bahawa apa-apa kesan ke atas pengundi dengan Bajet “mungkin terhad” oleh kerana “saya amat mengesyaki orang sudah tahu akan ada wang tunai”.

Beliau juga “teragak-agak” untuk mengatakan bahawa akan ada “sokongan melantun ketara kepada BN”.

Belanjawan Najib - Mai nak habaq hangpa apa itu BONUS & apa itu ELAUN..??

BELANJAWAN 2013 DAN BONUS

 
Saja nak bagi api, mana tahu kut-kut menyala untuk bakar BN pada PRU13 ni !!!

Saya bayar gaji kepada pembantu-pembantu kerja ikut minggu, dalam setahun ada 365 hari dibahagi dengan 7 hari seminggu bermakna ada 52 minggu setahun.

Sementara kakitangan awam dibayar ikut bulan, dalam setahun ada 12 bulan (4 x 12 = 48 minggu), oleh itu jika bonus sebulan gaji sebenarnya hanyalah lebihan 4 minggu yang tidak dibayar gaji jika gaji dibayar ikut minggu.

Kesimpulan: Jika dikatakan memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan yang dibayar gaji ikut bulan, sebenarnya bukan bonus - cuma bayaran lebihan kerja selama 4 minggu setahun yang tidak dibayar. Sepatutnya setiap bulan Disember baki gaji 4 minggu tersebut hendaklah dibayar dahulu, selepas itu barulah tambahan sebulan atau satu setengah bulan bonus. Baru betul !!!

Faham??? Tak faham tanya kepada yang faham.

Bajet Nasi Kangkang....

Oleh Bang Nan

Mat Sabu pernah cakap lebih kurang macam ni. " Ini perangai Umno. Dia bela hantu raya. Tiap-tiap hari dia bagi makan telor. Satu hari nanti bila telor dah habis, telor tuan dia (Umno) dia makan!" Macam ni lah bajet kali ni...Bagi bagi bagi. Nanti bila tak bagi...Ngap!! Hehe...tersungkur di pilihan raya.

Tentang gelagat Najib masa nak tutup pembentangan bajet tadi aku boleh faham. Dia kat rumah kena buli. Jadi orang macam ni dia akan lepaskan geram kat tempat lain. Satu dunia orang perli dia kena control dan macam2. Jadi hari ni dia tunjuk ek sikitlah. Relax relax....
Bagi aku bajet ini tidak banyak ertinya. Gaji aku lebih dari 3k. Umur aku dah lebih 30 tahun. Aku bukan kerja dengan gomen. Anak aku semua umur bawah 21 tahun. Cuma dapatlah bantuan persekolahan RM100 untuk anak aku yang paling kecil. Itupun PIBG SK Taman Bukit Indah ambik balik RM100 tu. Cheh!!
Yang aku dok termenung ni macam mana aku masih masuk dalam golongan 1.7 juta orang yang masih kena bayor income tax dari 12 juta orang tenaga pekerja di negara ini? Lahabau betul...something wrong somewhere...
What a sad day bro... ada sapa2 nak belanja aku nescafe tarik malam ni? Kurang gula bro....

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.
Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.
Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.
Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.
Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:
— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang
— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)
— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal
— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera
— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun
— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik
— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah
— RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM
 

Bajet 2013: Ini Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam AS!

  oleh



Tidak mengapa , jika Syed Mokhtar punya kompeni hutang RM 34 billion. Dia kan Melayu? Apa salah nya orang Melayu kaya jugak. YTL kaya. Ananda Krishnan kaya. Quek Leng Chan kaya. Cina dan India kaya. Ok lah jika orang Melayu pun kaya. 
 
Ye , tidak mengapa. Suatu hari nanti, bila orang masuk rumah kita, meniduri anak dan isteri kita tdak mengapa- sebab orang itu orang Melayu.  Kalau demikian fikiran orang Melayu- tak dapek se nolong nya. Hidup Melayu. 
 
Takpe, itu kita cerita lain kali. 
 
Kali ini kita sebut pasal bajet 2013 dulu. Apabila kawan2 mengajak saya nonton TV tengok PM Najib bentang belanjawan, saya kata sori. Saya mahu dengar radio tanpa melihat wajah nya. Kalau kita nonton, saya khuatir kita tidak objektif. Yang taksub dengan Najib mulut merah akan memuji dan memuja nya. Inilah bajet yang terbaeek sejak zaman Nabi Adam AS( bukan Amerika Syarikat ye). Yang sedia tidak menyukai Najib akan mengecis nya. 
 
Jadi lebih baik mendengar pembentangan tanpa wajah. Mungkin dengan cara yang demikian, kita boleh objektif. Saya talipon kawan saya di MOF- tuan sudah sediakan sapu tangan atau tissue ke untuk boss? Dia ketawa kerana tahu maksud saya kerana jika Najib bercakap terlalu lama, air liur akan meleleh. Kalau tak pakai tissue atau sapu tangan dia akan sapu dengan tangan dan kemudian akan salam orang lain. Kesianlah kat Muhyidin orang Muor tu. 
 
Satu peringatan sebelum kita pergi jauh. Untuk makluman kedua pihak- PR dan BN. bajet bukan suatu anugerah atau gift dari mereka kepada rakyat. Bajet ialah permohonan oleh kerajaan yang memerintah buat masa ini, dari rakyat untuk mengeluarkan sejumlah wang yang disatukan, untuk kegunaan mengurus dan mentadbir ekonomi. Its you who are asking our money and telling us what and how you want to apply the money you asked from us.  Ingat ya. So do mind your language. Ask us nicely. Bukan talk down on us. 
 
Bukan dia beri kita- bukan ehsan, bukan hadiah. Dia orang yang minta kepada kita. Duit rakyat punya dia mohon keluarkan untuk ditadbir dan diurus. 
 
Jadi jangan nak ek dan sombong lah dengan penggayaan bahasa yang menjebik, mengejek dan penggunaan suatu yang diminta dari kami untuk dijadikan alasan untuk ejek2. Just do your bloody job- bentangkan bagaimana kamu mahu perlakukan duit kita. Ini bukan duit bapak awak punya yang di perlakukan kepada gift kepada kita. 
 
Najib thinks what he does is his gift to us.
 
Untuk 2013, kerajaan BN meminta RM251.66 billion dari kita untuk melakukan beberapa perkara. Kita mulakan dengan bertanya, mengapa perbelanjaan mengurus 80% dari bajet 2013?  Ini bukan jumlah yang sikit. Kerajaan BN sudah jadi suatu behemoth yang menyedut duit rakyat untuk menampung jentera mereka. Kamu mahu belanja RM201.9 billion untuk elaun tetap, untuk bayar gaji, untuk beli perbekalan, untuk beli harta dan lain2? Berapa harga printer tu? Berapa harga setin milo? Berapa harga kereta proton untuk jabatan X tu? Rakyat mahu tahu kepada belanja untuk perbekalan sebesar RM33.7 bilion? 
 
Mak ai- ngapo banyak nyo jang? 
 
PER
BELANJA UNTUK
RM BILLION
1
ELAUN TETAP
107.3
2
BAYARAN GAJI /EMOLUMENT
58.6
3
BELIAN BEKALAN/SUPPLIES
33.7
4
ASSETS(BERGERAK N TETAP)
1.1
5
LAIN2 BELANJA PELBAGAI
1.2

JUMLAH
201.9

Kalau lah bajet ini instrument untuk memberi one off payments kepada pelbagai kelompok masyarakat, maka lebih baik tidak perlu bajet. Buat sahaja suatu supplementary bajet dan mintak secara khusus, ini sejumlah wang yang kami minta untuk beri kepada orang miskin, budak sekolah, pensioner, bekas tentera dan sebagai nya. For once, dont tell us the lies, we will stop telling the truth about you. 

Penerima yang menerima pemberian one offs ini tentu bergembira seperti yang sepatutnya. Kerana mereka tertekan oleh kos kehidupan yang kian meningkat akibat dari tidak cekap mengendali ekonomi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Najib. Ingat itu. sekarang harga gula naik lagi. Walaupun monopoli gula di pegang oleh Syed Mokhtar. Harga beras naik lagi. Harga minyak masak naik. Harga daging sebab Shahrizat gagal dengan projek NFC- harga daging pun naik lagi.BN=Barang Naik!

Kita hendak tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit yang mereka mohon itu untuk mengembangkan ekonomi. Nak tahu, bagaimana penggunaan wang yang mereka minta boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran industry dan negara kita? Sebab apa? Sebab nya kalau ekonomi kita makmur, kerajaan boleh bayar hutang yang kini mencecah sudah tahap bahaya- hampir 55% dari GDP kita. 55% dari pendapatan negara kita. 
 
Macam mana kita hendak tahu, apa yang kerajaan lakukan untuk tujuan mengembangkan ekonomi kita? Kita tengok bahagian bajet yang disalurkan kepada belanja untuk pembangunan atau expenditure for development.  Yakni belanja keatas faktor2 yang menggandakan pendapatan.

PER
BELANJA UNTUK
RM BILLION
1
RESEB KECEMASAN
2.0
2
PENTADBIRAN
2.0
3
KESELAMATAN
4.6
4
SOSIAL
11.1
5
EKONOMI
30.6

JUMLAH
49.7

Sebanyak RM 30.6 billion untuk ekonomi- belanja buat jalan dan infratsruktur termasuklah agak nya, river of life yang kontrak membina nya dimenangi oleh syarkat yang berkait dengan Hishamudin Hussein. Takpe- menteri kaya pun, mereka orang Melayu. Apa salah nya orang Melayu kaya. 
 
Ini benar2 bajet tidak masuk akal. Kerajaan BN belanja lebih untuk menampung jentera berkerajaan yang semakin membesar dan belanja hanya 20% untuk membina kapasiti pengembangan ekonomi. 
 
Sikit pun PM Najib tak sentuh mengenai ekonomi luar negara dan bagaimana apa yang dia rancang untuk negara kita berkait dengan apa yang berlaku diluar. Sebab itu bila saya dengar pembentangan bajet tanpa melihat muka PM najib yang hensem itu, saya tak faham apa sebenarnya perancangan Najib. Ye lah mungkin sebab sama seperti Dr Mahathir yang hanya ada weak school certificate, saya pun lulus copot2 bidang ekonomi dari university SA- Sekolah Atap. 
 
Dan saya percaya ¾ dari MP yang ada dalam dewan kelmarin pun tak faham. Meraka hanya mahu sesi parlimen semalam tamat cepat supaya mereka boleh berlumba lumba berkata apabila di iinterview- ini bajet best since Nabi Adam. 
 
Pasaran di luar negara semua dalam keadaan huru hara dan berasa cemas. Ekonomi dunia berada diambang resesi ekonomi dalam masa terdekat. Setakat ini belum kita lihat pembetulan atau koreksi jangka panjang. Maka Najib tidak hiraukan itu semua, dia buat macam apa orang luar negara buat- persetankan penyelesaian jangka masa panjang- kawan nak menang pilihanraya. Itu lagi penting.
 
Disini dia sibuk cakap besar mengenai penyenaraian baru atau IPO. Tengok FGV dia kata. Tengok IHCC. Tengok pula ASTRO nanti. ASTRO bukan awak punya lah wok. IPO2 ini semua akan menyedut wang rakyat dan akan convert simpanan rakyat kepada asset kertas. Tidak ada faedah lansung dari perbuatan tersebut kecuali pembeli jual pada harga yang lebih tinggi dari harga semasa IPO. Banyak kaunter saham jatuh dan jatuh lagi jika ini gaya nya Najib mengurus ekonomi negara kita. 
 
Maka bajet 2013 ini seperti yang Mukhriz Mahathir sebut bila Pak Lah buat ucapan Dasar pada suatu PAU- its old wine in a new bottle. Takde yang baru. Bayar sana dan bayar sini. Beri one off sana dan beri one off sini. Saya rasa tidak ada orang akan bertemasya dengan membakar mercun dan bunga api. Di Bursa Saham sekarang, mungkin 65% hingga 70% syarikat yang tersenarai dalam keadaan tenat akibat pengurusan yang tidak cekap. SC mesti membersihkan Bursa dari syarikat2 yang menghisap darah rakyat. Sepatutnya bersihkan dulu Bursa Saham sebelum membenarkan kemasukan syarikat baru. Ada setengah saham syarikat di Bursa Saham KL tidak diperdagangkan pun. Ini menandakan syarikat2 ini berisiko tinggi dan tidak selamat. Ramai pemain saham tinggal seluar dalam sahaja. 
 
Dunia kat luar sana berkecamuk dan Najib ambil angka dari negeri antah berantah, kata Malaysia akan tumbuh pada kadar 5%? Yang menumbuhkan ekonomi kita ialah pengusaha yang menjual barang dan khidmat mereka. Mereka nak jual kepada ekonomi dunia yang kian menguncup? Bila ekonomi besar seperti china, india dan amerika menguncup, mereka akan jaga kebajikan rakyat mereka dahulu. Mereka akan kurangkan impot barangan seperti komoditi dari Malaysia. Malaysia akan kurang pendapatan. Bila kurang pendapatan, pengusaha akan scale down production dan hasil untuk negera akan menguncup juga. Jadi dari bahagian otak mana Najib datang kadar pertumbuhan ini? 
 
Asset waqaf mahu diconvert kepada asset dalam bentuk share. Apa akan jadi? Jabatan yang jaga harta dan asset waqaf akan convert asset kepada saham. Urusetia yang jaga harta waqaf tidak lagi memiliki asset fisikal tapi asset kertas. Di perjudikan dalam pasaran saham. Naik atau turun ditentukan oleh sindiket. 
 
Nampak nya tamak dan haloba orang UMNO dan pakar runding yang ingin buat duit dengan apa cara pun semakin melampau.