Oleh: SemutApi 89
Bendera Sang Saka yg menjadi isu sekarang bukan bendera baru dalam peradaban Melayu. Mengikut sejarah, Kerajaan Hindu Majapahit (1293-1520) yg mula memperkenalkan bendera Sang Saka. Ia dinamakan Sang Saka Merah Putih kerana warnanya cuma merah dan putih tanpa logo lain. Bila Indonesia merdeka, mereka juga menggunakan bendera ini (Sang Saka Merah Putih) sebagai bendera nasional republik itu kerana ia melambangkan perjuangan Melayu Raya (Nusantara). Merah sbg lambang perjuangan Melayu/Nusantara, manakala putih sbg lambang kesucian bangsa Melayu/Nusantara.
Bendera Indonesia Sang Saka Merah Putih
Di Malaysia, pihak yg mula menggunakan bendera Sang Saka ,merah putih ini ialah pejuang Melayu anti-British di bawah Kesatuan Melayu Muda (1938-1945) dan kemudiannya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) (1945-1948), iaitu parti politik pertama orang Melayu di negara ini. Apabila PKMM menyertai Umno pada 1946, Umno turut menggunakan bendera Sang Saka merah putih ini hinggalah kini. Cuma dalam bendera Sang Saka versi Umno warna merah putih ditambah dgn gambar keris sebagai simbolik perjuangan Melayu. Bendera Umno ini berbeza sedikit dgn bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan pada malam ambang merdeka di mana bagi bendera Sang Saka Malaya warna merah putih ditambah gambar bulan bintang sbg tanda kedaulatan Islam.
Hingga kini Umno masih menggunakan bendera Sang Saka merah putih dgn gambar keris ditengahnya. Dan hingga kini tidak ada sesiapapun termasuk pemimpin BN yang marah apabila bendera Sang Saka merah putih Umno ini dikibarkan. Agaknya jika malam ambang merdeka itu bendera Sang Saka versi Umno yang ada keris kontot di tengahnya itu dikibarkan dan bukan Sang Saka Malaya, ia tak akan menjadi isu..
Bendera Umno (Sang Saka Bangsa)
Pada tahun 2006, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencadangkan bendera merah putih Umno bersama keris kontotnya dinobatkan secara rasmi sebagai "Sang Saka Bangsa” dan telah dipersetujui oleh perwakilan Umno. Hingga sekarang bendera merah putih Umno masih dikenali sebagai "Sang Saka Bangsa".
Jika ada yg masih tidak suka dgn bendera Sang Saka ini, sila tanya pemuda Umno mengapa mereka mencadangkan nama Sang Saka sebagai bendera Umno tapi sekarang parti mereka sendiri seperti mempertikaikannya. Mengapa marah kepada bendera Sang Saka, bendera rasmi parti mereka sendiri??
Selain dari Umno, semangat Sang Saka ini juga ada pada bendera negara lain, termasuk Indonesia yg menamakan bendera mereka Sang Saka Merah Putih, di mana warna bendera mereka cuma merah putih tanpa logo-logo lain. Singapura juga menggunakan bendera merah putih seperti Umno juga cuma gambar keris diganti dengan gambar bulan dan empat bintang sbg lambang empat bangsa utama di dalamnya. Presiden pertama Singapura ialah Yusof Ishak, seorang pemimpin Melayu yang mahukan lambang merah putih kebanggaan Melayu dijadikan sebagai lambang bendera mereka dan bendera itu masih kekal digunakan hingga sekarang oleh republik itu.
Bendera Singapura
Melaka juga sebagai negeri di mana bermulanya sejarah kegemilangan Melayu menggunakan bendera Sang Saka bagi mengingati simbol perjuangan Melayu. Cuma dlm bendera Melaka selain dari warna merah putih, ia ditambah dgn gambar bulan dan sebutir bintang bersegi empat sebagai lambang empat kaum utama di Melaka (Melayu, Cina, India dan Portugis)
Bendera Melaka..juga ada unsur hitam putih
Kepada rakyat biasa yang meminati sejarah, apabila isu bendera ini di mainkan pemimpin-pemimpin BN, ia dilihat cuma sebagai permainan politik parti itu bagi meraih simpati rakyat menjelang pilihanraya ke-13. Sebenarnya bendera merah putih kebanggaan Melayu, kebanggaan Umno, kebanggaan Indonesia dan Singapura ini tak wajar dijadikan isu oleh mana-mana pihak kerana tak ada apa isu pun utk dipanaskan oleh bendera ini. Cuma mereka yg suka membesarkan isu ini ialah segelintir ahli politik gila nama dan pengikut buta tuli mereka yg buta sejarah. Itu saja..
Jika pemimpin-pemimpin BN/Umno tak tau sejarah belajarlah sejarah, kerana subjek sejarah tidaklah sesukar memahami subjek biologi, fizik, kimia, akaunting atau kejuruteraan. Belajarlah sejarah, jangan suka bercakap berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times sahaja yg mungkin berat sebelah.
Selamat belajar sejarah, semoga esok kita tak membazir masa lagi membincangkan isu bendera Sang Saka Malaya kerana banyak lagi isu negara seperti rasuah dan penyalahgunan kuasa yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin Malaysia....
No comments:
Post a Comment