Tuesday, September 18, 2012

Lagi Tanah Milik Kerajan Bernilai Berbillion Ringgit Dijual?

Oleh Mohd Sayuti Omar

SUSUPAN PAGI 

 
Yang Dipertua, soalan saya no 454 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?

Kalau saya menjadi ahli parlimen saya akan lontarkan soal berbunyi di atas tadi kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani berhubung penjualan tanah berkenaan. Saya ingin tahu kenapa tanah yang bernilai tinggi itu dijula dan mengapa mengorbankan kuaters kakitangan kerajaan.

Apa yang saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa. Ini kerana ada desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kemeterina berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walid dan sebagainya.
Sehubungan itu saya juga ingin mengetahui apakah kedudukan janda menteri berkenaan di sebuah perumahan elit di Sungai Buluh apakah masih dipedikan atau dibiarkan begitu saja.Saya pernah melalui di hadapan rumah janda menteri berkenaan, yang tinggal bersama dua orang anaknya bersama menteri itu. Melencung sikit tu, tapi menyeronokkan...

Saya juga ingin menteri berkenaan jelas apakan resionalnya penjualan tanah itu. Atau pun ia dibuat sebelum beliau memegang jawatan itu. Sebenarnya selain dari tanah bermutu tinggi itu ada lagi tanah-tanah lain milik atau di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan dalam proses penjualan.

Saya akan cuba mencari lokasi tanah itu dan pukul gambar dan masukkan dalam blog bila ada masa senggang sikit. Atau kalau rakan-rakan bloger lain ada masa boleh berbuat demikian, kita sama-sama tengok kedudukan tanah berkenaan.

Hendaknya ada ahli parlimen pick-up soalan ini untuk dihulurkan kepada menteri berkenaan kita mahu tengok macam mana dia bersilat menjawabnya.  [wm.kl.11:38 am 19/09/12]

No comments:

Post a Comment