Thursday, May 5, 2011

Sapa kata orang KEDAH MISKIN... duit 2,3ribu main lempaq atas jalanraya macam tuu jaa....

Lembu ganggu lalu lintas

BUKIT JENUN – Orang ramai yang sering melalui jalan utama Bukit Jenun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik lembu yang sering membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran sekitar jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Nasir Ahmad , 50, berkata, lembu yang sering berkeliaran di jalan utama itu mengganggu lalu lintas dan mengundang bahaya kerana kebanyakan kenderaan dipandu laju.

Menurutnya, masalah lembu berkeliaran ini sudah lama berlaku tetapi pemilik haiwan itu tidak pernah menghiraukannya walaupun beberapa kemalangan sering berlaku disebabkan terlanggar lembu sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

“Jalan ini sering dilalui orang ramai yang hendak ke Pekan Pendang, Pekan Bukit Jenun, Guar Cempedak, Gurun, Jeniang dan beberapa tempat lain.

“Sepanjang jalan itu memang banyak terdapat lembu di bahu jalan dan kadang-kala berada di tengah lalu lintas,” katanya.

Nasir berkata, kemalangan sering berlaku di jalan itu khasnya membabitkan penduduk luar yang tidak mengetahui terdapat banyak lembu liar di kawasan itu.

“Penunggang tidak dapat mengawal kenderaan masing-masing ketika dalam keadaan laju ditambah dengan keadaan jalan itu yang banyak berselekoh.

“Papan tanda pemberitahuan kawasan lembu tidak ada dan sepatutnya pihak berkenaan harus memasang papan tanda itu supaya orang ramai sentiasa beringat kawasan itu,” katanya.

Penduduk, Zakaria Arshad, 30, berkata, masalah itu amat membimbangkan terutamanya pada waktu malam kerana tidak terdapat lampu jalan sepanjang laluan berkenaan.

admin - cuba bayangkan sekoq lembu harga RM2ribu...depa biarkan dok melilau atas jalan camtuuu jaaa..jika duit sekotol tuuu rasa dah lama hilang dah....

No comments:

Post a Comment