Saturday, September 3, 2011

Hang nie laku lagi ka wahai Gobala..???

Tekad pertahan kerusi parlimen



KULIM- Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menyatakan hasratnya untuk mengekalkan kerusi Parlimen Padang Serai dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.



Menurutnya, sehingga kini khidmatnya sebagai Ahli Parlimen masih diperlukan walaupun sudah meninggalkan PKR.



“Saya tidak pernah gentar dengan calon yang akan bertanding memandangkan pengundi yang menyokong saya masih ramai dan kuat.



“Saya juga tidak bimbang apa orang nak kata tentang masa depan politik saya kerana sehingga hari ini pengundi masih meminta bantuan saya sekiranya berlaku sebarang kejadian atau permasalahan,” katanya.



Gobalakrishnan berkata, sebagai Ahli Parlimen beliau perlu sentiasa berada dalam kawasannya.



Selain sering turun padang berjumpa pengundi, Ahli Parlimen ini juga mendapat sokongan dari kebanyakan masyarakat India kerana berjaya membantu beberapa keluarga dengan memberikan rumah percuma yang dibina di atas tapak rumah lama mereka.



“Saya tinggal di Hi-Tech dan ini membolehkan saya senang bergerak dan sampai ke tempat kejadian tepat pada masanya.



“Seperti mana kita ketahui sejak kebelakangan ini terlalu banyak berlakunya kejadian bencana alam. Ribut dan banjir kilat merupakan dua kejadian yang sukar untuk ditangani,” katanya.



Menurutnya lagi, perkara ini adalah kerana untuk membina tambatan banjir di kawasan terlibat melibatkan kos yang mahal.



“Padang Serai merupakan kawasan yang sering ditimpa bencana alam. Ini berlaku kerana permukaan buminya yang dipenuhi bukit. Apabila angin ribut datang, ia akan melalui beberapa kawasan antaranya Bukit Sedim, Kampung Siam, Naga Lilit, Permatang Tok Dik.



“Bulan September sehingga pengunjung tahun, angin kencang bersama hujan akan berlaku. Ini mengakibatkan bilangan mangsa terlibat sering dilaporkan tinggi.



"Bagaimanapun usaha untuk memperbaiki keadaan akan dibuat,” katanya.

No comments:

Post a Comment