Bil diterima lewat
BANDAR DARULAMAN - Kelewatan bil elektrik yang diterima menyebabkan berlakunya tunggakan yang terpaksa ditanggung pengguna sendiri.
Sinar Harian dimaklumkan tarikh akhir seorang pengguna di sebuah taman perumahan di sini menerima bil semasa, ialah pada 19 Julai lalu dan sehingga tarikh itu tiada sebarang bil diterima sehinggalah menerima bil semasa bertarikh 15 September lalu.
Pengguna yang ingin dikenali sebagai sebagai Zainariah, 50, berkata, dia terkejut apabila menerima bil berkenaan beberapa hari lalu berserta jumlah tunggakan.
Menurutnya, bagaimanapun dalam bil berkenaan turut tertera tarikh bil akhir iaitu 22 Ogos dengan caj sebanyak RM63.10 walaupun bil bagi tarikh berkenaan tidak pernah diterima.
“Ia mengambil masa hampir dua bulan baru saya menerima bil ini dan di dalamnya terdapat jumlah tunggakan bagi bulan lalu.
“Bayangkan kita menunggu lama untuk menjelaskan bayaran tarif elektrik itu namun bil tidak diterima dan apabila diterima ia terus dimasukkan dalam tunggakan sehingga membebankan pengguna terutamanya bagi yang kurang berkemampuan,” katanya.
Zainariah berkata, jika sebelum ini masalah itu tidak timbul namun ia timbul menjelang Ramadan.
“Biasanya saya akan menjelaskan bil mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan tetapi kali ini disebabkan kelewatan bil, pengguna sendiri yang terpaksa menanggung bayaran yang lebih tinggi.
“Ia amat membebankan bagi kami golongan yang kurang berkemampuan.
“Bil berkenaan wajar dihantar setiap bulan bagi mengelak berlakunya kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pengguna,” katanya.
Bagaimanapun sebagai pengguna, dia terpaksa menjelaskan bayaran semasa termasuk tunggakan bagi mengelakkan sebarang pemotongan bekalan elektrik pada masa akan datang.
“Saya harap masalah seperti ini tidak berulang kerana ia akan menyusahkan ramai pengguna dan berharap pihak berkenaan mencari jalan penyelesaiannya,” katanya.

No comments:
Post a Comment