JITRA – Perbincangan dengan Menteri Besar akan diadakan bagi menyalurkan bantuan dalam membina semula surau di Taman Melur Kristal, Jalan Wang Tepus yang musnah dalam kebakaran pada 27 November 2011.
ngerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, beliau akan menemui Menteri Besar bagi membincangkan perkara itu.
“Kita akan membincangkan bentuk bantuan yang akan disalurkan dalam membina semula surau berkenaan yang terbakar,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan meninjau Surau Al-Hidayah serta menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Angkat Jitra, Haji Abdul Aziz Jusoh, di sini.
Menurutnya, dengan adanya bantuan itu, secara tidak langsung ia akan mempercepatkan pembinaan surau berkenaan untuk kegunaan penduduk di situ.
Kejadian yang berlaku pada pukul 6.40 petang itu, berpunca daripada litar pintas di surau berkenaan yang diperbuat daripada kayu dan api merebak begitu cepat.
Pengerusi Surau Al-Hidayah, Mat Hasan Abu Bakar, 50 tahun berkata, kejadian itu hanya disedari oleh beberapa remaja dan kanak-kanak yang sedang bermain di padang bersebelahan surau berkenaan.
“Ketika sedang bermain, mereka nampak asap berkepul-kepul datang dari arah surau itu dan mereka bergegas mendapatkan air untuk memadamkan api,” ujarnya.
Mat Hasan menjelaskan, bagaimanapun api berkenaan tidak dapat dipadam dan api terus merebak memusnahkan surau berkenaan yang diperbuat daripada kayu.
“Sumbangan sebanyak RM200,000 amat diperlukan dalam usaha membina semula surau di tapak ini,” tambahnya.
Sementara itu, seorang pesara kerajaan, Jamil Ahmad, 58 tahun memberitahu, dia terpaksa mengetuk kotak fius bagi tujuan menghalang api dari merebak.
“Litar pintas di surau ini sudah lama kerana surau ini diperbuat daripada kayu dan api mudah cepat merebak,” katanya.
Jentera Bomba dan Penyelamat dari Jitra serta Bomba Sukarela dari Tunjang bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah menghubungi Haji Mat Hasan Abu Bakar di alamat, no.262, Taman Melur Kristal, Jalan Wang Tepus, 06000 Jitra, Kedah atau di talian 012-5865130 atau melalui akaun Bank Islam (Cawangan Jitra): 02039010043658.

No comments:
Post a Comment