Monday, December 31, 2012

Amanat Haji Hadi: beri TGHA satu jam secara langsung di TV1, TV3 dan Astro

oleh Aspan Alias


Isu Amanat Haji Hadi yang dibising-bisingkan oleh UMNO sekarang sepatutnya boleh diselesaikan jika ada sikap bertanggungjawab pihak yang berkuasa dan berlaku adil dan demokratik menghadapi isu yang diperbesarkan oleh UMNO itu.. Amanat yang sudah berusia 31 tahun itu kini menjadi isu mainan pihak UMNO sekarang kerana pilihanraya semata-mata. UMNO sedang mencari isu walau sekecil mana pun untuk merentap PAS dari mendapat sokongan rakyat. UMNO masih mempunyai keyakinan yang orang Melayu dan rakyat kita masih bodoh dan tolol.

Isu terhadap PAS sedang dicari oleh UMNO ibarat mencari kutu di dalam rambut. Walaupun sekecil mana sekali pun ia akan tetap diraut untuk memperlekehkan PAS. Tok Guru Haji Hadi telah menyahut cabaran itu dan meminta semua orang mendengarnya dan meminta semua orang membuat penilaian terhadap apa yang beliau akan perkatakan. TGHA meminta supaya beliau di berikan liputan melalui TV1 dan TV3 secara langsung dan selepas beliau memberikan penerangan nanti biarlah rakyat membuat penilaian terhadap isu itu.

Tetapi yang tidak eloknya, pihak berkuasa tidak mahu memberikan peluang itu kerana takutkan pemimpin PAS itu dapat mendekati rakyat melalui saluran-saluran TV perdana itu. Jika benar UMNO jujur dan ikhlas permintaan TGHA itu tidak sepatutnya ditolak tetapi sebaliknya pihak kerajaan tidak mahu melayan permintaan TGHA itu. Maklum sajalah, negara kita ini demokrasinya ada acuan tersendiri seperti yang lazim disebut oleh pimpinan UMNO seperti Dr Mahathir Mohammad dahulu.

Inilah dia acuannya. Pembangkang disekat untuk bercakap dan mendekati rakyat melalui saluran media perdana kerana UMNO tahu jika pembangkang dibenarkan bercakap melalui saluran TV perdana nescaya rakyat akan mempunyai persepsi yang lain terhadap UMNO dan BN itu.

Kepada Mufti politik khususnya Mufti Perak elok menjaga tugas dan tanggungjawab tugas yang diamanahkan kepada beliau. Jika beliau berminat untuk berpolitik, letak sahaja jawatan itu dan terjun dalam politik sepenuh masa. Jangan pula hendaknya mana-mana Mufti yang mempunyai kecenderungan politik masuk campur sebelum TGHA memberikan ucapan penerangan secara ‘live’ kepada rakyat jelata. Apa yang diperlukan oleh TGHA hanyalah satu jam masa untuk bercakap kepada umum secara langsung kerana BN tidak habis-habis membangkitkan isu ini setiap kali pilihanraya berlaku.

Jika UMNO menjadikan isu ini secara terbuka maka berwajib bagi TGHA untuk memberikan penerangan secara terbuka. Pihak kerajaan pula berwajib untuk memberikan masa selama yang di pinta oleh TGHA dan beliau bercakap secara langsung untuk mengelakkan berita ini diputarbelitkan oleh UMNO. UMNO bergitu mahir melakukan putar belit media ini kerana mereka telah melakukannya selama berdekad-dekad terhadap mana-mana parti pembangkang. UMNO tidak merasa bersalah mendapat sokongan dengan tipu helah dari kuasa yang ada dan tidak merasa bersalah mendapat kuasa secara yang tidak ‘legitimate’.

Pihak kerajaan mesti ‘gentleman’ kerana sifat itulah yang boleh meningkatkan kembali kewibawaan UMNO sedikit sebanyak yang telah lumat selama ini. Biar kita selesaikan isu ini ‘once and for all’. Jika tidak diberikan masa satu jam secara langsung, elok TGHA dan PAS tidak melayan terus isu yang diperbesarkan oleh UMNO ini.

Jika kerajaan bersetuju ia adalah kesempatan yang baik untuk PAS dan TGHA untuk membetulkan sesiapa yang telah terserong oleh dakyah UMNO itu. Baru sekarang UMNO memainkan isu yang sudah berusia 32 tahun itu. Kita tahulah UMNO terdesak tetapi tidak pula saya menjangka yang perasaan terdesak itu sampai ke tahap ini. Rupa-rupanya ketakutan UMNO kehilangan kuasa ini ibarat hendak memisahkan kulit dengan daging.

Selepas itu biar rakyat yang menilainya.

Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga

Oleh A Kadir Jasin

KALAU kita dengar dan percaya kepada perangkaan, sama ada awam atau swasta, ekonomi kita tidaklah seteruk Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP) kita tahun ini dianggarkan 5% berbanding AS sebanyak 1.5% dan Zon Euro dalam 0.3%. Tapi pertumbuhan ekonomi kita lebih rendah daripada China, India, Indonesia dan banyak lagi negara di rantau ini.

Bukan sahaja pertumbuhan ekonomi kita tidak lagi sepesat sebelum Krisis Kewangan Asia 1997/98, malah telah mengalami beberapa krisis kecil selepas itu. Sejak krisis 1997/98, KDNK kita berkembang di bawah paras 5% sedangkan kita memerlukan pertumbuhan purata 7% setahun dari awal 1990-an hingga tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju.
  
Jurang Ekonomi Melebar Semula
Seperti saya nyatakan dalam ruangan Kunta Kinte Original, Berita Harian 28 Disember bahawa perangkaan menunjukkan pada 2009, jurang pendapatan antara kaum sudah berbalik kepada yang asal yakni pada permulaan Dasar Ekonomi Baru atau lebih teruk. Jurang pendapatan bandar dan luar bandar sudah kembali kepada waktu kita mencapai kemerdekaan pada 1957.
Walaupun jurang pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera dan Cina misalnya, telah menguncup pada1990, tapi ia melebar semula pada 2009.
Pada 1990, bagi setiap RM1 pendapatan Bumiputera, Cina memperoleh RM1.70. Menjelang 2009, jurang ini meluas menjadi dua kali ganda.
Ambil contoh simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) pula. Orang Cina menyimpan 2.4 kali lebih banyak daripada Bumiputera. Orang Cina miliki 5.6 kali lebih banyak bangunan. Pada 2005, hanya 7.4 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia milik Bumiputera berbanding 58.6 peratus oleh orang Cina. Jumlah ekuiti Bumiputera hanya 18 peratus berbanding 35.8 peratus oleh orang Cina.
Dalam pasaran buruh pula, pekerja Cina peroleh gaji purata 1.77 kali lebih tinggi daripada Bumiputera. Ini tidak menghairankan kerana majoriti Bumiputera bekerja dengan Kerajaan yang lebih rendah gajinya manakala majoriti Cina bekerja dalam sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Bumiputera.
Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga
Kalau diukur mengikut pekali Gini (Gini coefficient), orang Cina dan India secara purata makin jauh meninggalkan Bumiputera dari segi pendapatan.
Saya tidak menolak ada orang Cina dan India miskin, tetapi bilangan mereka jauh lebih kecil daripada Bumiputera. Dalam konteks ekonomi, Bumiputera sudah menjadi rakyat kelas ketiga selepas orang Cina dan India.
Kerana ekonomi negara kini tidak berkembang sepesat tempoh DEB Baru dan dasar pembahagian kekayaan melalui pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tidak lagi diamalkan dengan serius malah sudah diganti dengan keterangkuman dan meritokrasi, maka kesan lelehan (trickle-down effect) semakin perlahan.
Manifestasi kemunduran ekonomi Bumiputera ini boleh dilihat di mana-mana saja. Beberapa hari lalu, ketika bersarapan di sebuah kedai India bukan Islam, saya ternampak sekeluarga India (yang tentunya kaya) masuk dengan diiringi seorang pengawal keselamatan Melayu berpakaian seragam biru.
Kasihan pula melihat dia berdiri terpacak di belakang majikannya sepanjang mereka bersarapan. Tetapi apa nak buat, itu cara dia mencari rezeki halal dan itulah agaknya yang diperintahkan oleh majikannya.
Boleh kata semua orang India dan Cina kaya yang ada pesaing perniagaan dan takut diculik, apatah lagi yang ada musuh akan mengambil orang Melayu, khususnya bekas anggota Unit Tindakan Khas polis sebagai pengawal peribadi.
Ada sesetengahnya sampai berbelas-belas orang. Apabila mereka ke mana-mana, mereka akan bergerak dalam konvoi tiga atau empat buah kereta. Cermin kereta mereka tentulah gelap gelemat. Kadang-kadang mereka tidak pun ada di dalam kenderaan. Sekadar helah mengelak daripada ancaman.
Kerana Melayu Taat
Alhamdulillah, kerana ramai orang Cina dan India kaya di negara kita ini dan kerap berlaku keganasan yang melibatkan mereka maka ramailah bekas anggota polis dan tentera Melayu dapat kerja jadi pengawal keselamatan.
Lagi-lagilah sekarang apabila jenayah bunuh, culik, peras ugut dan rompakan makin menjadi-jadi. Bukan tauke saja yang ketakutan, sengkeh pun ketakutan juga. 
Saya perhatikan tauke Cina dan India yang saya kenali jarang sekali mengambil orang Cina atau orang India jadi pengawal peribadi mereka. Ramai orang India jadi pemandu. Lagipun tidak ramai orang Cina yang mahu jadi pengawal keselamatan – berbahaya dan gaji tidaklah besar mana. Lebih baik buat kerja lain.
Tetapi orang Melayu dan India yang rendah pelajaran dan tidak pandai berniaga terpaksalah buat apa saja yang mereka layak untuk mencari rezeki halal. Itu pun sudah ramai orang Melayu dan India yang menjadi penjenayah, khasnya bekas tahanan Ordinan Darurat yang dimansuhkan. Dalam hal ini, saya salahkan Kerajaan dan Parlimen yang memansuhkannya. 
Tapi dalam jenayah pun, Melayu kalah kepada kaum-kaum lain. Ramai Melayu diambil menjadi pegawai keselamatan dan pengawal peribadi tauke Cina dan India kerana orang Melayu taat serta setia hasil pembabitan mereka dalam pasukan bersenjata. Lagipun, jarang sekali Melayu terbabit dengan jenayah seperti culik dan peras ugut. Kalau terbabit pun cepat kena tangkap.
Wallahualam, saya pun tidak tahu sama ada orang Melayu dan Bumiputera seronok atau tidak menjadi warga ekonomi kelas tiga serta mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melindungi nyawa dan kekayaan orang lain

Umno cipta isu kelirukan rakyat

MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), rata-rata parti politik menyatakan kesediaan masing-masing untuk bertempur mematikan kemenangan menjadi milik mereka.

Ikuti temu bual khas bersama Setiasaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali untuk mengetahui persediaan parti itu dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU13

. Beliau juga berkongsi hasil muktamar tahunan Pas yang diadakan di Kelantan baru-baru ini dan masa depan Pakatan Rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk, ada beberapa persepsi yang mengatakan ucapan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kali ini lebih berkarisma dan mantap berbanding tahun-tahun lalu, lebih mencerminkan ucapan politik. Apa pandangan Datuk?

MUSTAFA:
Saya mendapat maklum balas, kita tidak boleh puji diri sendiri kan, maklum balas yang kita terima, bukan sahaja ucapan dasar itu yang dibentangkan, tetapi lingkaran ucapan dasar oleh presiden itu, dianggap oleh pelbagai pihak sebagai luar biasa berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Ucapan yang anda katakan elemen politik ada di sana. Bukan ucapan dari segi dasar semata-mata, perjuangan kita tetapi apa yang kita hendak capai, apa strateginya, dan menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan.


SINAR HARIAN ONLINE: Adakah itu menunjukkan Pas meletakkan presiden di depan supaya dapat bersedia untuk memegang jawatan Pusat atau pun...

MUSTAFA:
Saya rasa tidak berbangkit soal itu. Soal presiden memang presidenlah. Tetapi dalam konteks Pakatan Rakyat, kita ada majlis pimpinan kita. Majlis pimpinan ini dipengerusikan oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tapi kita bersama lah Hadi dan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang itu. Jadi kalau anda letakkan itu, ia sebenarnya tidak berbangkit soal itu.


SINAR HARIAN ONLINE:  Atau Datuk presiden sendiri menunjukkan imej diri beliau dalam ucapan berorentasikan politik daripada dulu lebih bersifat tokoh agama.

MUSTAFA:
Saya rasalah, mungkin kerana itu yang membentuk satu keadaan sebab yang biasa-biasa itu memanglah penjelasan berkait soal perjuangan, tanggungjawab masing-masing, dari segi itu memang dibuat. Tetapi penjelasan berkait isu politik ini, pilihan raya itu, sebahagian daripada ucapan itu mengandungi soal menghadapi pilihan raya sebenarnya termasuk Dewan-Dewan (Pemuda, Muslimat dan Ulama) pun.

Jadi apa yang diungkapkan oleh presiden dalam penggulungan itu, menjelaskan apa yang dibangkitkan termasuk apa yang dibangkitkan oleh (sayap) Dewan pun masa itu yang masing-masing memang bercakap tentang persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya ke-13 dan akhirnya tujuannya untuk membuat perubahan dan pertukaran kerajaan. Istilah yang disebut ialah Putrajaya. Simbolik kepada pertukaran itu.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi boleh dikatakan muktamar mencapai matlamat?

MUSTAFA:
Alhamdulillah, saya rasa kita capai itu dan saya rasa termasuk satu usul Pemuda berkait dengan soal pengisytiharan harta, bukan sahaja wakil rakyat tetapi calon pun pelu lebih awal mengisytiharkan harta, yang itu saya rasa diterima baik oleh pimpinan.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi semua calon akan isytihar harta?

MUSTAFA
: Cuma mekanisme itu belum lagi selesai. Prinsipnya diterima. Di peringkat belum dapat saya pastikan lagi. Ia memerlukan satu jawatankuasa untuk  meneliti mekanisme itu. Pemuda sebelum ini cadangkan calon. Sama ada calon itu kena isytihar atau mereka yang sudah menang itu kena isytihar, peringkat-peringkat ini belum lagi kita perincikan.

Apa yang kita buat, setiap penjawat awam yang saya rasa BN pun buat tetapi diisytihar kepada Perdana Menteri lah, yang dulu waktu kita perintah pun kita buat, tetapi kita tidak umum kepada awam, jadi mekanisme itu perlu dibentuk dulu untuk meneliti perkara-perkara seperti ini.

Sama ada calon atau yang sudah menang itu kepada siapa, itu pun akan ditentukan. Tetapi prinsipnya, prinsip ketelusan, prinsip bertanggungjawab, prinsip akauntabiliti itu, prinsip yang kita terima kepada siapa yang akan jadi pemimpin yang akan memimpin perjalanan bukan sahaja parti tetapi negara atau pun negeri.


Kedudukan Pas sekarang

SINAR HARIAN ONLINE: Selepas 60 tahun penubuhan, kini, Pas berada dalam kedudukan yang bagaimana dalam politik tanah air? Boleh Datuk jelaskan posisi Pas pada hari ini.

MUSTAFA
: Saya rasa dalam tempoh 60 tahun, ia ada peringkat-peringkatnya. Mungkin dulu, orang melihat Pas peringkat awal itu parti yang berkembang di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan di Utara. Tetapi sejak beberapa waktu, bukan sahaja pada tahun 2008, malah tahun 1999 dan lebih awal daripada itu, lebih awal pada 1990, Pas pada waktu itu sudah berada di arus perdana seluruh nasional.

Cuma ada tempat yang belum menang, ada tempat yang menang banyak, tetapi kalau bercakap dari segi organisasi, kita memang sudah berada di landasan arus perdana sejak awal. Pas ada di mana-mana pun di seluruh Semenanjung ini.

Cumanya kalau pilihan raya itu menjadi ukuran kekuatan, maka ada tempat lah di mana sini kuat, di sana kuat tapi sekarang ini, negeri yang Pas belum menang di Semenjanjung ini cuma ada di Melaka sahaja. Melaka belum ada satu kerusi yang kita menang.

Yang lain saya rasa semua ada. Johor sudah ada, Negeri Sembilan kita ada, cuma Melaka. Tapi kalau kita hendak ambil di tahun 1960-an dulu memang negeri-negeri di Selatan ini memang tempat yang kita tidak begitu kuat tetapi sekarang ini, sambutan luar biasa, boleh saya katakan begitu termasuk di Johor terutama sekali lah.

Pas memang sudah menjadi parti arus perdana dan nasional sudah lama tetapi di mana tahapnya dari satu pilihan raya, itu masing-masing boleh nilailah. Tetapi dari segi kita, Pas ini sudah menjadi nasional sejak awal lagi. Kita ada di mana-mana pun, semua negeri di Semenanjung ini ada Pas. Ada pesuruhjayanya cuma kekuatan sahaja tidak sama di antara negeri-negeri ini.


SINAR HARIAN ONLINE: Datuk, kita berada di pusingan akhir sebelum PRU13. Pakatan Rakyat juga sudah difahamkan sudah membuat persiapan akhir. Dari segi agihan kerusi itu, dikatakan ada lebih kurang tiga yang belum selesai di antara PKR dan DAP, namun ada cakap-cakap mengatakan dalam Pas itu sendiri sebenarnya ada yang tidak puas hati tentang pembahagian kerusi?

MUSTAFA
: Saya rasa tak banyak yang belum selesai. Saya tak boleh hendak gunakan perkataan tidak puas hati sebab saya rasa terlalu kecil, yang bertindih itu terlalu kecil. Jadi saya rasa, kalau anda hendak kata satu orang sahaja tak puas hati tak betullah. Tetapi pertindihan itu terlalu sedikit. Untuk digambarkan tidak puas hati itu, saya rasa tidak ada, tak puas hati itu... saya tidak gunakan istilah itu, sebab memang tidak ada unsur itu, kecuali beberapa pandangan begini, begini dan begini. Tapi tidak boleh diistilahkan sebagai tidak puas hati sebab kita boleh selesaikan hal ini dalam masa yang tidak jauh.


SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini DAP kata nak minta kerusi tambahan.

MUSTAFA:
Memanglah, kalau tanya semua parti, memang semua hendak kerusi tambahan. Kalau tak nak tambah, itu yang tak betul. Tapi kita harus menampung keadaan-keadaan tertentu misalnya dalam konteks Sabah. Anda tidak boleh mengekalkan status quo sebab ada orang-orang yang keluar ini, mereka harus menampung mereka ini.

Penampungan ini harus dibuat dan selagi parti itu belum didaftarkan sebagai parti baru, orang yang keluar ini, mereka akan bertanding menggunakan simbol ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Nak guna muka DAP ke, PKR ke atau Pas ke atau pun jika kita ada kerjasama dengan parti yang sudah dikenali, akan menggunakan simbol mereka. Saya jangka perkara ini memang akan berlaku penampungan ini dan tentunya kita tidak boleh mengekalkan sama seperti dulu.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi maknanya apabila DAP minta tambah kerusi, maka itu lumrah?

MUSTAFA:
Biasalah. PKR tambah, Pas pun minta tambah. Daripada awal lagi, semua minta tambah. Tapi apabila kita sampai ke satu peringkat, ini yang kita persetujui.


SINAR HARIAN ONLINE: Apabila jadi seperti ini, ada yang mengatakan bahawa DAP tamak.

MUSTAFA:
Saya nampak begini, analisis saya, saya mungkin salah. Saya rasa mungkin akar umbi DAP ini mencadangkan kepada kepimpinan kita patut bertanding di sini, di sini dan di sini, jadi oleh kerana ini tidak selesai, ada lagi yang tidak selesai, antara DAP dan yang lain ini, jadi pimpinan DAP... ini saya rasalah, untuk mengelaskan akar umbi ini, dia kena sebutlah. Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu sekarang ini. Psikologi. Saya rasalah. Biasalah, dia akan sebut banyak, kalau tak dapat itu, inilah hasil perundingan yang kita dapat. 


SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Pakatan Rakyat betul-betul mantap berbanding apa yang diperkatakan di luar?

MUSTAFA:
Ya... ya... ya...


SINAR HARIAN ONLINE: Tetapi gambaran luar mengatakan Pakatan Rakyat ini masih menunggu untuk retak?

MUSTAFA:
Tidak, tidak, tidak! Pakatan tak mungkin retak. Tiga parti itu akan bergabung sebagai satu.


SINAR HARIAN ONLINE: Tapi Datuk ada yang kata ini semata-mata demi cita-cita politik semata, selepas itu belum tentu lagi...
MUSTAFA
: Tidak. Saya optimistik bahawa kita bersama, kita bersatu, tubuh kerajaan pun bersama, kita akan bersatu, Insya-ALLAH. Itu keyakinan saya.


SINAR HARIAN ONLINE: Apa kekuatan yang menyatukan Pakatan rakyat?

MUSTAFA:
Saya rasa persefahaman di antara ketiga-tiga parti ini yang memahami bahawa kita mesti bergerak sebagai satu. Realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh menang sendiri untuk perintah. Tidak ada.

Tak ada parti persendirian dalam politik Malaysia. Termasuk juga Umno, saya sebut ini banyak kali. Mereka sampai empat belas, kita tiga sahaja. Tiga dan mungkin ada tambahan lagi. Kita lebih bersatu sekarang. Empat belas ini maknanya tidak bersatu. Jadi realitinya kita masing-masing tahu, baik Pas, PKR dan DAP, masing-masing sedar tak ada satu parti yang boleh memerintah sendiri.


SINAR HARIAN ONLINE: Datuk, di akhir Umno selesai AGM, Pas selesai muktamar, DAP selesai kongres, tapi apabila kita buat analisis, nampak Umno semuanya berjalan dengan lancar, Pas berakhir dengan jawatan dan doa KO, DAP orang Melayu tak dapat tempat dalam pemilihan. Bagaimana Datuk melihat hal ini?

MUSTAFA:
Saya melihat ini sebagai proses demokrasi yang sedang berjalan dalam pakatan Rakyat. Tetapi proses membendung itu berlaku dalam Umno. Umno mereka tidak penuh dari segi demokrasi mereka dalam Perhimpunan Agung.

Mereka ada yang boleh dan ada yang tidak boleh, kita tidak ada. Sebab itu. Saya dapat dari orang Umno, mereka sudah ada taklimat awal yang memberitahu jangan tunjuk kita berpecah walaupun dalam hati kita berpecah. Walaupun dalam hati rasa tidak bersatu betul, jangan tunjuk itu.

Kalau ada banyak benda yang hendak dikritik, jangan kritik benda yang boleh mendatangkan masalah. Walaupun anda hendak mengkritik Pakatan Rakyat kerana menyebut, jangan sebut isu-isu yang bagi kita susah hendak dijawab.

Mungkin nanti ada perwakilan biasa ini, pembangkang mengatakan kita rasuah Scorpene, kita itu ini, itu pun jangan disebut sebab apabila perkara ini disebut, kita kena jawab. Kita kena jawab ini dan kita tidak boleh jawab. Altantuya kita tidak boleh jawab. Jadi jangan sebut perkara-perkara ini. Itu yang tidak boleh dibuat. Itu dalam Umno.  Pas kita bebas bercakap. Sesiapa sahaja boleh bercakap apa yang mereka hendak.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi ini bukan kecacatan?

MUSTAFA
: Ini bukan kecacatan. Ini yang dipanggil konsep demokrasi yang kita membiarkan semua hendak cakap apa. Dan pada akhirnya tentulah, jika ada perkara yang tidak betul, kena dibetulkan. Jadi sebab itu ini tidak menjadi hal kepada kita.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi sebab itu timbul isu siapa PM kalau Pakatan menang?

MUSTAFA:
Ya sebab kita tidak sekat. Kita pun tidak tahu, dia nak cakap apa.


SINAR HARIAN ONLINE: Seolah-olah pendekatan  perhubungan awam mereka (Umno ketika Perhimpunan Agung Umno) lebih baik dalam mengendalikan perhimpunan daripada Pas dan DAP?

MUSTAFA:
Itu persepsi setelah ada yang boleh dan tak boleh. Kita tidak ada itu. Sebab muktamar kita sampai bila-bila bebas. Ini waktu semua orang nak tunjukkan kebebasan mereka. Umno mereka nampak bebas tapi akhirnya bertumbuk. Mereka balik kampung nanti, mereka rasa, ini aku tak dapat nak sebut, ini tak dapat.  Pas mereka habis cakap, habis. Tak ada lagi mereka hendak simpan apa.


SINAR HARIAN ONLINE: Presiden Umno sudah keluarkan cepumas berkaitan pemilihan calon PRU. Pas tak hendak keluarkan cepumas?

MUSTAFA:
Tak perlu itu. Kita bebas untuk menyatakan apa pun. DAP saya rasa mereka juga bebas hendak cakap apa pun. PKR pun saya rasa mereka bebas bercakap. Pada saya kita lebih terbuka. Kadang-kadang persepsi orang apabila kita terlalu terbuka ini, terlalu terbuka ini bukan bermakna kita boleh bercakap perkara yang tidak betul.

Tak boleh. Terbuka maknanya bebas bercakap dalam konteks itu, berbeza pandnagan, berbeza pandangan, tidak. Pas sudah melalui berpuluh-puluh tahun seperti itu.

Kalau anda hadir ke muktamar Pas anda boleh sebut pemimpin itu begini, pemimpin ini begitu. Tak sebut namalah tapi perkaranya disebutkan. Apa yang ditimbulkan itu dalam hati dia. Jadi kita pemimpin ini yang memimpin.

Walaupun disebut itu, strategi yang sebenarnya, sepatutnya begini. Kalu hendak yang sebenarnya, sepatutnya begini. Dalam Pas ini, kalau Majlis Syura sudah putuskan, kita kena ikut. Ikut amalan demokrasi kalau majoriti menang, jadi tak boleh lagi kalau hendak tentang lagi. Maknanya demokrasi dalam Pas itu memang begitu. Sekali sudah dibuat keputusan, meski pun kita berbeza pandangan, kita harus terima.



SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Datuk melihat Karpal Singh sifatkan Pas sekutu penting? Untuk kali pertama dia kata begitu.

MUSTAFA:
Mungkin sama-sama menyedarilah Pas pun mengatakan semua komponen penting. PKR penting, DAP penting. Sebagai mana DAP mengiktiraf Pas penting, PKR penting, semua kita anggap penting. Tidak ada sesiapa yang tidak penting. Ia penting sebab kita harus bersama.


SINAR HARIAN ONLINE: Adakah itu satu kenyataan menjelang pilihan raya?

MUSTAFA:
Tetapi kita semua faham bahawa kenyataan DAP itu tidak dikeluarkan pada waktu itu. Selama ini pun DAP memang mengatakan bahawa semua komponen ini penting. Cuma itu disebut dalam kongres sahaja tetapi dari segi pelaksanaan harian kita, kerja kita, semua itu sudah jelas. Masing-masing menganggap semua komponen ini penting.


SINAR HARIAN ONLINE: Seperti Datuk katakan tadi, Datuk optimis dalam perikatan ini. Tetapi banyak cuit-cuit di antara Pas dan DAP sering dibangkitkan misalnya dalam isu hudud. Bagaimana Datuk melihat perkara ini?

MUSTAFA:
Saya sebut acapkali perkara ini. Kita bukan seratus peratus sama. Kita ada perbedaan kita tetapi kebersamaan kita cukup besar berbanding perbedaan yang sedikit-sedikit itu.

Persamaan jauh lebih besar. Persamaan yang saya sering sebut kita sedang menghadapi situasi di mana kita sedang berhadapan dengan rasuah yang melampau, kezaliman, ketidakadilan, pemberian kepada rakyat ini tidak rata sebenarnya. Jadi sebab itu kita sekarang ini hendak perjuangkan untuk keadilan, keadilan ini adalah asas kepada pejuangan kita dan bila tadbir ini kita mahukan tadbir urus yang baik, kita tidak mahu lagi rasuah seperti yang berlaku sekarang ini.

Kita hendakkan ketelusan, akauntabiliti dan Pas, akauntabiliti kita ini mungkin lebih luas lagi daripada parti-parti lain. Kita bukan hanya bertanggungjawab terhadap manusia tetapi tanggungjawab kita kepada ALLAH.

Maknanya bagi orang Pas sendiri punya keyakinan, sekali pun di dunia ini orang tidak tahu kamu buat perkara yang tidak betul, ALLAH tahu. Ini kekuatan-kekuatan yang ada kepada pejuang pas.

Ini salah satu kekuatan yang menjamin orang ini tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik itu walaupun di belakang mata manusia.
Saya boleh mengatakan yang lain tidak ada begitu. Dengan melalui proses tarbiyah, itu yang berlaku dalam Pas sebab itu itu lah kalau kita bercakap dari segi lompat melompat ini kita yakin, orang Pas mempunyai kekuatan.


SINAR HARIAN ONLINE:  Jadi sabotaj tidak akan berlaku dalam Pas?

MUSTAFA:
Kita yakin. Dalam Pas, kalau dia khianat kepada parti, dia berdosa. Dalam parti lain, mungkin tidak timbul dosa pahala ini. Tapi ini, kita memperjuangkan Islam, kamu khianat, kamu bertanggungjawab. Bukan sahaja di dunia tetapi kepada ALLAH.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi dakwaan yang mengatakan Pas tergelincir daripada landasan sebenar?

MUSTAFA:
itu orang Umno yang bercakap itu. Kalau Pas ini pentingkan kuasa, sudah lama dah... tetapi perjuangan kita ini atas dasar kita tidak boleh berkompromi. Tetapi orang memahami ini atas dasar rangka kerja biasa yang kita kena setuju, kita setuju lah.  Walau pun tidak semua termasuk dalam rangka kerja biasa itu, tetapi bergantung kepada perkara yang kita  persetujui.


SINAR HARIAN ONLINE: Sekarang ini kita sudah hampir dengan tarikh pilihan raya. Apa yang menjadi kerisauan ialah ketidaktentuan siapa yang akan menang, politik menjadi semakin ganas.

MUSTAFA:
Ini rekaan Umno pada saya. Saya perhatikan bila hendak sampai pilihan raya, Umno akan mencipta perkara-perkara yang akan mengelirukan orang sebenarnya sebab mereka mahu mengekalkan kuasa dan oleh itu serangan mereka ini adalah perkara-perkara yang dikita semula. Isu yang dikitar semula dan perbuatan-perbuatan yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu.

Samseng misalnya, saya pernah sebut dulu, Umno paling samseng dulu ialah pada tahun 1969. Waktu itu mereka agak gelabah dengan perkembangan semua pihak lah, mereka tidak puas hati dengan parti Perikatan pada ketika itu, bukan sahaja di kalangan Melayu, di kalangan bukan Melayu juga tidak puas hati terhadap Perikatan.

Di kalangan Melayu, mereka tahan lasak ketika itu. Pemuda yang lasak-lasak ini tidak ada di selatan, di negeri-negeri yang kita tidak kuat ketika itu. Tetapi di Kelantan, Terengganu, Kedah ini ada, yang sekat tak bagi ceramah macam sekarang ini lah. Bagi ceramah mereka sekat, disekat perjalanan, waktu itu banyak lagi kampung-kampung jadi terpaksa melalui jalan-jalan ini.

Pernah berlaku titian menyeberang sungai pun diruntuhkan tak boleh lalu di Terengganu. Ada yang tebang pokok halang lalu lalang kenderaan. Itu perbuatan Umno tahun 1969. Saya tahu terperinci sebab saya sudah terlibat pada waktu itu walaupun tidak menjadi calon ketika itu, tetapi saya terlibat. Ini perbuatan kitar semula lah ini.

Perbuatan ganggu ceramah. Kalau Umno tidak ganggu ceramah, ceramah tidak akan berlaku begitu. Dulu dalam ceramah-ceramah saya dulu, saya jamin ceramah kita, anda tidak perlu jaga dan tidak akan berlaku apa-apa. Kalau berlaku apa-apa saya bertanggungjawab. Yang ganggu ini Umno. Kacau sebab itu lah jadi kecoh ini.

Dua tiga hari ini saya lihat keluar balik isu Amanat Hadi. Sudah 31 tahun tetapi dekat dengan pilihan raya ini timbul balik. Mufti pun diperalatkan untuk membuat kenyataan.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi perkara ini ditimbulkan kerana pilihan raya?

MUSTAFA:
Ya sebab pilihan raya untuk menodai imej Hadi kononnya begitu lah. Tapi orang sudah tahu bahawa ini taktik politik kotor yang dimainkan mereka. Dalam Parlimen pun tidak sebut hal ini. Lama sudah tidak dibangkitkan perkara ini.


SINAR HARIAN ONLINE: Berkenaan dengan kenyatan bekas Mufti Perlis?

MUSTAFA:
Mufti Perlis itu dia tidak 'toktok' seperti mufti-mufti lain. Seimbang juga.


SINAR HARIAN ONLINE: Tapi dia minta Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat pencerahan. Bagaimana pandangan Datuk?

MUSTAFA
: Ucapan itu kena dilihat dalam konteks waktu itu. Waktu itu pemimpin Umno pun kata, agam suku politik suku. Politik tak ada kena mengena dengan agama. Itu apa yang diakatan oleh Umno dan macam-macam lagi lah penghinaan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadap Islam itu sendiri. Jadi untuk bendung perkara itu, kena ingat tak boleh cakap benda seperti itu.

Hadi selali rujuk kepada satu kitab yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri zaman Mahathir lagi, Mustika Hadis ini mengandungi  perkara-perkara yang dilarang tentang dari kita  menyebut, menghina Islam dengan mengatakan Islam ini tidak sesuai, Islam ini tidak layak, tak boleh cakap macam itu.

Alhamdulillah, pada waktu itu Umno sudah berhenti bercakap mengatakan politik tidak ada kena-mengena dengan Islam, sudah berhenti bercakap seperti itu. Sudah tidak ada bercakap begitu.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi tidak ada keperluan perkata itu dibangkitkan semula?

MUSTAFA:
Tidak ada keperluan! Jangan bangkit, maka habis lah perkara itu. Bangkit kerana pilihan raya.


SINAR HARIAN ONLINE: Pilihan raya sebelum ini ada bangkit isu ini?

MUSTAFA
: Saya rasa tak.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi ia tidak menjejaskan apa-apa?

MUSTAFA:
Tidak! Mereka sudah faham perkara ini sebab pilihan raya. Itu taktik mereka lah. Kepada Anwar apa hendak cakap, mereka akan cari lah. Kepada Lim Kit Siang apa hendak cakap, kepada Hadi, apa nak cakap. Mereka sudah ada skrip mereka lah. Skrip sudah ada.


SINAR HARIAN ONLINE: Datuk, kerjasama dengan DAP ini, sejauh mana ia menguntungkan Pas?

MUSTAFA:
Saya katakan kerjasama ini menguntungkan semua pihak. Ia situasi menang-menang. Semua dapat manfaat. Pas dapat manfaat, DAP dapat manfaat, PKR dapat manfaat.


SINAR HARIAN ONLINE: Boleh kalau kita katakan Datuk sebagai 'nadi' kepada Presiden Pas?

MUSTAFA:
Tidak. Kita semua bekerjasama untuk parti. Memang lah saya bekerjasama dengan dia.


SINAR HARIAN ONLINE: Rapat kerana kawan atau rapat kerana politik?

MUSTAFA
: Rapat semualah, sebagai kawan, pemimpin politik, saya rapat semua. Bukan dengan presiden sehaja, dengan orang lain pun saya rapat. Dengan Mat Sabu (Timbalan Presiden) saya rapat. Timbalan presiden pun, kena rapat semua. Setiausaha Agung ini mana boleh tak rapat. Kena rapat  semua. Saya tidak ada masalah dengan mana-mana pimpinan pun. Masing-masing itu ada kelebihan. 


SINAR HARIAN ONLINE: Ada orang kata Datuk layak jadi Presiden Pas. Ada karisma, ada kaliber untuk memimpin Pas sebagai seorang Presiden Pas. Komen Datuk?

MUSTAFA:
Terima kasihlah jika ada pandangan begitu. Tetapi saya tidak ada hasrat itu. Bukan baru, dulu pun saya tidak ada hasrat itu.


SINAR HARIAN ONLINE: Andainya nanti orang calonkan Datuk?

MUSTAFA
: Tak mungkin ada orang calon dan tak mungkin saya akan terima jika ada orang calonkan.   


SINAR HARIAN ONLINE: Orang Pas kata jawatan tidak perlu dikejar tetapi kalau orang beri kena terima?

MUSTAFA
: Tidak semestinya. Kita kena ukur dengan kemampuan kita. Saya rasa saya tidak ada keupayaan untuk memikul jawatan dari segi itu.   



SINAR HARIAN ONLINE: Umno yakin BN akan dapat kerusi dua pertiga dalam pilihan raya nanti. Apa pandangan Datuk?

MUSTAFA:
Saya tidak fikir begitu mereka akan dapat. Kalau Pakatan Rakyat menang pun, kita tidak akan dapat majoriti dua pertiga. Tak akan ada mana-mana pihak yang akan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga. BN tak dapat, Pakatan Rakyat pun tak dapat. Apa yang akan dapat ialah majoriti mudah. Kalau kita menganggap BN dapat mengekalkan kuasa, ia akan dalam majoriti mudah sahaja. Kalau Pakatan Rakyat Insya-ALLAH dapat perintah, ia pun akan hanya menang dengan majoriti mudah.          


SINAR HARIAN ONLINE: Soalan politik Datuk, kalau BN majoriti mudah, Pakatan tidak dapat ke Putrajaya, adakah Pas sanggup bekerjasama dengan BN? 

MUSTAFA
: Tak berbangkit isu itu, tidak berbangkit.


SINAR HARIAN ONLINE: Sama ada menang atau kalah?

MUSTAFA:
Kita benar dan kita akan terus sebagai satu dalam Pakatan Rakyat.  


SINAR HARIAN ONLINE: Kalau Pakatan Rakyat menang, apa kiraan kerusi sekarang Datuk untuk tadbir kerajaan. Sebab sebelum ini ada kajian yang mengatakan 120 kerusi BN.

MUSTAFA:
Saya tak berani sebut secara spesifik. Cukup dengan saya menyebut majoriti mudah.



Cabaran hadapi PRU13


SINAR HARIAN ONLINE: Apa cabaran yang paling besar untuk Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya tahun depan?

MUSTAFA
: Pertamanya media dan kedua bagaimana pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini jadi masalah. Saya rasa SPR tak cukup telus dalam mengendalikan pilihan raya. Masih tidak cukup telus.


SINAR HARIAN ONLINE: Walaupun selepas PSC?

MUSTAFA:
Walaupun selepas PSC. Kita merasakan ada lagi. Saya rasa belum selesai pun. Undi awal daripada pelajar, pegawai-pegawai yang bekerja di seberang laut, macam mana? Mekanismenya belum jelas. Mereka hendak mengundi itu di mana? Ada atau tidak agen pengundian di situ, sebab mengundi ini mesti kena ada agen pengundian.

Melainkan sekarang ini disebabkan ada tekanan-tekanan undi di dalam tentera itu dibenarkan agen pengundian. Dulu tidak dibenarkan. Jadi SPR sendiri memerlukan tekanan daripada orang awam di samping parti politik, rakyat yang perlu menekankan bahawa pilihan raya masih belum bebas dan adil sebagaimana yang sepatutnya. Ini lah yang dilakukan oleh Bersih dan sebagainya. Masih ada lagi perkara-perkara yang masih belum selesai.      



SINAR HARIAN ONLINE: Jadi oleh kerana SPR, apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat?

MUSTAFA:
Kita kena lalui juga lah. Ikut mana pun, kita mesti hadapi. Walaupun tidak adil seperti yang kita kehendaki pun, tetap kena masuk pilihan raya. Walaupun media tak bagi ruang pun, guna lah apa yang ada dengan kita. Terakhir sekali, kita sekarang ada media baru. Mungkin itu dapat mengubah sedikit sebanyak monopoli parti pemerintah terhadap media.

Tapi sekiranya kebangkitan rakyat ini hangat, saya rasa tak tertahan juga, media pun tak tertahan juga. Oleh kerana kebangkitan rakyat ini, jika dia laporkan begini, rakyat tidak percaya. Rakyat akan mengundi kita juga.        



SINAR HARIAN ONLINE: Dari segi pengundi atas pagar, bagaimana Datuk melihat keadaan ini?

MUSTAFA
: Saya ingat pengundi atas pagar masih ada yang perlu dimenangi oleh kedua-dua belah pihak. Memang dalam pilihan raya ini, mana-mana negara pun pengundi atas pagar sehingga hari terakhir dan ini satu perkara yang kita perlu tangani.

Perlu dimenangi, kita pun nak menang, BN pun nak menang atas dasar orang yang sama, ini masih ada.

Elemen pengundi atas pagar ini masih wujud dan akan wujud. Anda tidak boleh mewujudkan 100 peratus pengundi atas pagar tak wujud, memang tak boleh. Mesti ada pengundi atas pagar. Kita nampak dia macam menyokong kita tapi dalam kepala dia, dia sudah set mahu undi siapa, tapi kita tak tahu.

Pengundi komited ini kita tahu sebab kedua-dua pihak Umno dan Pas, memang ada yang dipanggil culaan dibuat bagi menentukan, orang ini hendak mengundi siapa. Boleh tahu daripada awal.



SINAR HARIAN ONLINE: Tadi Datuk bercakap tentang SPR, adakah Pakatan tidak yakin terhadap sistem ini?

MUSTAFA:
Bukan kita tak yakin kepada pilihan raya. Tetapi kita merasakan penambahbaikan itu seharusnya lebih lagi dilakukan oleh SPR. Kalau kita tak yakin, kita tak masuk pilihan raya pula tetapi cara mereka mengendalikan pilihan raya ini, bukan menyeluruh. Ada tempat-tempat tertentu yang sudah menjadi target mereka pun.

Pendaftaran pemilih pun, ia bukan menyeluruh.Itu yang tak bagusnya, bukan menyeluruh di Malaysia ini. Yang paling besar di Selangor, yang lain, di Kedah ada sikit sudah ada setakat yang kita boleh kesan, dan negeri-negeri lain berikutan usaha yang dibuat itu. Di Perak mereka usaha juga.       


SINAR HARIAN ONLINE: Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor di bawah Pakatan. Culaan negeri-negeri yang mungkin tambah atau kekal.  

MUSTAFA:
Saya rasa kita dapat mempertahankan empat yang kita ada sekarang tambah Perak, yang kita agak begitu yakin dan Perlis kita lihat sekarang semakin kuat. Satu lagi Terengganu.

Tetapi strategi ini, BN pun mereka ada strategi juga. Duit paling besarnya di Terengganu lah. Duit minyak dan sebagainya. Kalau rakyat ini terlalu ikut, di luar bandar ini, kita akui kita harus tembusi lebih di kawasan luar bandar, felda.

Sudah berlaku perubahan tapi kita perlukan perubahan yang lebih lagi.



Senarai calon Pas

SINAR HARIAN ONLINE: Dari segi calon Pas Datuk, macam mana dengan perkembangan?

MUSTAFA:
Alhamdulillah, senarai boleh kita katakan sudah hantar semua. 


SINAR HARIAN ONLINE: Jawatankuasa sudah putuskan?

MUSTAFA:
Sudah. Sudah. Lebih kurang, kita ada dua peringkat, peringkat pertama, orang ini layak bertanding, itu sudah selesai, maknanya di peringkat Majlis Syura ini sudah lihat mana yang layak dan mana yang tidak layak. Manakala siapa dan di mana, itu akan dimuktamadkan oleh Pusat.


SINAR HARIAN ONLINE: Bila?

MUSTAFA:
Ini sudah ada pun. Boleh dikatakan sebahagian besarnya sudah selesai. Sebahagian besar siapa dan di mana sudah selesai. 


SINAR HARIAN ONLINE: 60 atau 70 peratus?

MUSTAFA:
Lebih besar daripada itu.


SINAR HARIAN ONLINE: 90 peratus?

MUSTAFA:
Anda boleh kata ia 90 peratus.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi tunggu tarikh sahaja lah?

MUSTAFA:
Ya, tunggu tarikh sahaja lah. Bubar sahaja, baki 10 peratus itu akan selesai lah.


SINAR HARIAN ONLINE: Masalah di Perak itu bagaimana Datuk?

MUSTAFA:
Masalah di Larut itu sudah selesai. Calon itu sudah selesai.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi calon itu sudah dimaklumkan?

MUSTAFA:
Itu tidak boleh saya hendak sahihkan di pihak saya sendiri. Anda boleh buat spekulasi sendiri. Fauzi Shaari itu memang tidak ada masalah lah. Dia adalah calonnya.


SINAR HARIAN ONLINE: Jadi bahagian itu kena terima lah?

MUSTAFA:
Memang mereka sudah terima pun.


SINAR HARIAN ONLINE: Dewan Penyokong Pas bagaimana Datuk?

MUSTAFA:
Akan ada calon daripada Dewan Penyokong Pas.


SINAR HARIAN ONLINE: Ada angka?

MUSTAFA
: Saya tidak boleh maklumkan sekarang.


SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini Dewan Penyokong Pas dilihat lantag bersuara. Adakah itu sesuatu yang sihat?

MUSTAFA
: Ia boleh ditafsirkan macam-macam lah kan. Orang hendak tafsir tak sihat, jadi tak sihat. Pada saya itu sebagian daripada demokasi. Tetapi di mana-mana yang tidak betul itu harus dibetulkan lah. Mereka hendak bersuara tidak menjadi masalah tetapi mana yang tidak betul, mesti dibetulkan.

Saya rasa akhbar pun ambil kesempatan. Saya periksa dengan dengan Hu Pang Chau, surat khabar sahaja yang kitar banyak kali. Saya sudah tidak cakap katanya tetapi masih keluar dari di The Star misalnya. Mungkin mereka ambil semula dan kitar semula.

Macam ucapan presiden. Dua bulan selepas itu, mereka keluar balik. Ini The Star punya kerja. Star ini milik MCA lah.

SINAR HARIAN ONLINE: Selepas isu Kelantan, bagaimana Datuk hendak menyakinkan bukan Islam, penerimaan ke atas Pas?

MUSTAFA:
Saya rasa kita sudah buat apa yang separutnya kita buat. Cuma surat khabar yang mengelirukan orang. Hudud ini kita sudah selesai dengan DAP. 'We agree to disagree'. Semua elemen itu ada di sana tetapi sekiranya Kelantan hendak buat, itu semua melalui proses demokrasi. Kalau nak pinda kena ikut demokrasi. Jika melalui demokrasi, maka dari segi pelaksanaannya juga mesti lah mengikut amalan demokrasi. Kita perlu dapatkan kerjasama daripada kerajaan Pusat.

Oleh sebab itu, kalau ini melalui proses demokrasi, kalau ia boleh berjalan, maknanya rakyat sudah boleh terima proses demokrasi. Sebab itu saya katakan, kita tidak paksa DAP untuk percaya kita. Mereka pun tidak boleh paksa kita. Apa yang tidak ada, maka tak ada lah.

Sebabnya bukan Islam, kata perkara ini tidak dalam Islam, tak boleh kata begitu. Umno pun tak berani kata begitu, bukan Islam kita terima hakikat itu bahawa Islam tidak boleh mengatakan, ini tak ada dalam Islam.

Untuk melaksanakannya, tentu lah bukan satu proses yang mudah.  


SINAR HARIAN ONLINE: Benda ini terus menjadi duri dalam daging politik di Malaysia?

MUSTAFA
: Kalau hendak melihat sebgai itu, mungkin lah tapi bagi kita, ia bukan isu yang sepatutnya dipolemikkan sebab prosesnya adalah proses demokrasi

Taktik jahat, bukti sedang terdesak

Teori perang bersenjata, pendekatan konvensional belum cukup memastikan kemenangan. Ia kerana faktor kemenangan bukan terletak hanya pada kecanggihan senjata (alat, prasarana, teknologi), sebaliknya perlu gabungan kebijaksanaan General menguruskan senjata yang dikongsi sama dengan kemahiran unit-unit yang siap-siaga untuk mengalahkan musuh!

Teori faktor kemenangan itu sedia terbukti, tatkala perang zaman Rasulullah, misalnya dalam perang Khandak atau Ahzab, ternyata pendekatan bertahan menggunakan 'parit' adalah membukti nilai pengorbanan tinggi para tentera pimpinan Rasulullah.

Ia belaku 'semata-mata keikhlasan atas nama Allah' sehingga menguasai pemikiran pihak barisan Ahzab (puak kafir): "Kehebatan pasukan pimpinan Muhammad berjaya menggali parit."

Pandangan pemuka Ahzab: "Hanya tentera yang kuat sahaja mampu menyiapkan tugas gali parit dalam saat kritikal."

Pengajaran daripada kisah singkat tentang perang Ahzab ini, sudah tentu ia menuntut peri pentingnya melaksanakan pengurusan yang menzahirkan kehebatan. Atas kehebatan yang berjaya dipamerkan (dengan izin Allah SWT) pasti menggerunkan musuh!

Musuh sedang terdesak

Dalam tempoh kebelakangan ini, gendang peperangan pilihan raya umum ke-13 sudah rancak dipalu. Ia seumpama semarak semangat pasukan perang Khandak pimpinan Rasulullah SAW. Semarak semangat itu sudah berada di pihak Pakatan Rakyat. Kejayaan menggali parit adalah nilai pengorbanan dan keikhlasan. Ia kehebatan dalaman dan luaran tentera Islam.

Pakatan Rakyat sedang giat membina kehebatan dan menggerakkan naluri keikhlasan dalam menguruskan maruah politik rakyat yang sudah dijajah sekian lama oleh sang penguasa. Sehingga kini kepimpinan Pakatan Rakyat berjaya membangkitkan semangat rakyat, antaranya melalui Perhimpunan Aman Bersih 3.0, Himpunan Hijau, Jelajah Merdeka, Gerakan Anti-Lynas (menolak kilang sisa radioaktif), Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Jelajah Oren (membela peneroka Felda), Gerakan Solidariti Anak Muda dan Gerakan Tuntut Royalti (R) serta kebangkitan mahasiswa menuntut hak berpolitik.

Hasil daripada kebangkitan rakyat (terserlah menerusi pelbagai gerakan di atas), ia telah menimbulkan sikap berani rakyat mempersoal sang penguasa dalam pelbagai isu yang menyentuh hak mereka dan integriti kepimpinan pihak penguasa. Rakyat sudah sensitif dengan amalan rasuah, tadbir urus politik pentadbiran dan keakhlakan kepemimpinan sang penguasa. Ia cukup membuatkan sang penguasa sedang bermusuh dengan Pakatan Rakyat. Seni bermusuh itu sudah memasuki Zon Terdesak! Ia menzhirkan Pakatan Rakyat sudah berjaya mencetuskan suasana persekitaran (biah) terdesak kepada sang penguasa.

Bukti musuh Pakatan Rakyat sedang terdesak apabila terserlahnya pelbagai tindakan jahat yang bertujuan menyekat kebangkitan dan perubahan sikap rakyat menolak kepemimpinan sang penguasa sekarang.

Di antara tindakan jahat itu ialah memutar-belit isu berkaitan Pakatan Rakyat demi mempengaruhi sokongan. Justeru tindakan jahat itu terpampang menerusi media cetak dan elektronik, serta paling rancak menerusi media baru alam maya (internet). Atas asas ini, gerakan memburuk maruah Kerajaan Pakatan Rakyat berlaku dengan mencipta isu kontroversi melibatkan isu tanah (kononnya PAS di Kelantan marasuah tanah kepada DAP sebagai pertukaran atas persetujuan menteri besar Perak diberi kepada PAS - realitinya pembohongan nyata).

Selain itu, pihak musuh Pakatan Rakyat telah mengitar semula isu lapuk kononnya akibat taksub  kepada "Amanat Haji Hadi" maka penyokong dan ahli PAS difitnah sebagai golongan yang sanggup bertindak bercanggahan (antisystem) seperti kafir-mengkafir, sembahyang dua imam, pulau memulai dan bercerai tanggal suami-isteri. Sedangkan isu amanat itu sudah berlalu dan parti sang penguasa pernah sanggup berdebat, tetapi debat terpaksa dibatalkan setelah debat olok-olok (lakonan) tokoh sesama sang penguasa  menatijahkan mereka ketiadaan hujah untuk membuktikan bahawa kepemimpinan PAS mengkafirkan UMNO!

Jelaslah, sang penguasa sedang terdesak dengan kebangkitan rakyat di seluruh negara yang tidak mahu membiarkan berulangnya salah guna wang rakyat menerusi pelbagai program (antaranya isu RM250 juta projek NFC diberi kepada suami ketua wanita sang penguasa, pembelian peralatan ketenteraan pada harga mahal, isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang belum jelas siapa dibelakang pembunuhnya, pengapungan tanah peneroka Felda melalui FGVH, dan pelbagai salah urus, kebiadapan kepemimpinan sang penguasa. Ia diparahkan lagi dengan terbongkarnya nilai-nilai isu RM40 juta untuk parti sang penguasa di Sabah, serta penyelewengan wang pampasan buruh paksa keretapi maut di Burma era perang Jepun. Kesemuanya bakal memiripkan wajah terdesak musuh Pakatan Rakyat paling tegar.

Semoga perkembangan terbaru (yang tidak pernah dilaporkan dalam media sang penguasa), bergumandang suara sokongan masyarakat Cina dan India kepada Pakatan Rakyat, kejayaan pembongkaran rasuah dan kronisme serta kejayaan menyekat projek menyaman rakyat secara AES; sudah tentu sang penguasa sedang berkira-kira untuk melaksanakan taktik jahat. Jika taktik jahat dapat dilaksanakan dalam musim pilihan raya nanti, maka sang penguasa yakin mereka akan dapat kekal malah akan berjaya meraih kemenangan dua pertiga di kerusi kuasa Putrajaya!

Apakah taktik jahat yang bakal dilakukan sang penguasa? Ia sesuatu yang sulit dan menjadi rahsia dalam peti besi untuk didedahkan pada masa ini. Sudah tentu ia berupa suatu konspirasi cetusan otak Yahudi APCO yang bertindak selaku perunding pemasaran. (Sedangkan kita tahu Yahudi tidak pernah diam sentiasa berhaluan jahat yang mensasarkan pembunuhan ke atas umat Islam). Tunggulah pendedahannya nanti.

Allahu Akbar.
http://greencresent-wanibrah.blogspot.com

Isu Deepak, Kementerian Pertahanan dan LTAT pula menjadi hangat

oleh Aspan Alias

Pilihanraya semakin hampir. Najib dan kumpulannya dalam UMNO sedang berperang menutup keterlaluan perbuatan dan Deepak sedang menjadi orang yang sedang menggemparkan negara sekarang ini. Isu Altantuya dan Scorpene kini merebak kepada isu bagaimana Kementerian Pertahanan, LTAT dan Raja Ropiah telah di ketahui umum. Semua pihak yang bergaduh akan mendapat habuan, jika dicampur-campurkan ia melibatkan ratusan jutaan ringgit.

Dalam isu yang terkini, bekas anggota tentera yang jumlahnya ratusan ribu orang pula yang menyelamatkan mereka (pemimpin) padahal mereka melakukan jenayah dan salah laku ekonomi ini. Sesungguhnya isu sekarang terbukti, jika melakukan konspirasi kerja kotor dan jenayah akhirnya ia akan terbongkar juga dan rakyat lah yang menjadi mangsa di atas salah laku mereka itu. UMNO dan BN tidak habis-habis dan serik dengan perlakuan kotor yang bersifat jenayah ini.

LTAT di kaitkan dengan isu ini apabila koperasi untuk bekas anggota tentera ini di minta untuk membeli 80 peratus saham syarikat Astacanggih yang di punyai oleh Deepak dan syarikat-syarikat kepunyaan Deepak. Kerana apa ini berlaku? sedangkan syarikat ini tidak mempunyai nilai walaupun satu sen! Syarikat yang mempunyai liabiliti sebegitu besar di beli dengan harga yang tinggi? Astacanggih Sdn Bhd mempunyai hutang dengan Kuwaiti Finance House sebanyak RM90 juta. Jawapannya mudah: ia adalah cara untuk menutup mulut Deepak yang sangat merbahaya bagi Perdana Menteri suami isteri.

Satu persoalan yang perlu di jawab oleh ramai terutamanya kepada penyokong-penyokong membabi buta UMNO di seluruh negara ini ialah, apa kah yang mereka dapat untuk bergaduh-gaduh dengan penyokong Pakatan Rakyat sehinggakan mengganggu kegiatan Pakatan Rakyat di mana-mana? Kita semua tidak sepatutnya bergaduh dan sebaliknya kita semua sepatutnya bersatu menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi yang di lakukan oleh pimpinan-pimpinan tertinggi parti UMNO itu.

Mereka bergaduh mendapat hasil yang berpuluh-puluh juta ringgit malahan sampai ratusan juta. Yang di bawah ini bergaduh-gaduh itu apa yang mereka dapat? Itulah sebabnya kita meminta semua rakyat khususnya orang Melayu bersatu di luar UMNO kerana sekarang sahajalah masanya untuk melakukan pembaharuan dan pembersihan terhadap kekotoran yang dilakukan oleh UMNO itu.

Kita mesti juga persoalkan kenapa Muhyiddin dan kumpulannya hanya berdiam diri dalam isu Deepak dengan syarikat Astacanggihnya itu? Sebabnya kumpulan ini ada agenda tersendiri dalam UMNO itu. Kalau hendak tahu cerita sebenarnya tanya Dr Mahathir kerana beliau adalah orang yang berpengalaman memporak-perandakan UMNO itu yang akhirnya mendapat kepentingan peribadi dan keluarga beliau.

Kita sebut satu persatu. Hari ini kita sebut tentang Astacanggih, besok lusa kita cerita pasal tanah Kementerian Pertahanan yang dua ratus ekar pula jika umur saya sampai sehingga besok lusa.

Tetapi dalam pada itu kita harus bertanya kepada diri kita sendiri. ‘yang kita bergaduh sesama kariah dan mukim ini kenapa?’ Kita bersatu sahaja di luar UMNO itu. Selagi UMNO mendapat kuasa, selagi itulah kejahatan ini tidak akan berhenti.

Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman

 Hadi mahu siaran langsung TV, bukan rakaman
Abdul Hadi menyarung jaket keselamatan untuk menaiki bot meredah 
banjir bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di bahagian Dun Air Putih.
 
KEMAMAN – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk berdialog dan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan semasa beliau menjelaskan mengenai isu Amanat Haji Hadi menerusi televisyen.

Sehubungan itu jelas beliau, penjelasan itu harus disiarkan secara langsung di RTM atau TV3 dan bukan dalam bentuk rakaman.

“Terpulang pada kerajaan bila mahu diadakan (sesi penjelasan) tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan secara langsung selama sejam, saya tidak mahu rakaman sebab ia boleh ditipu (diedit).

“Dalam soal ini, mestilah jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. Kalau diadakan dialog semasa penjelasan itu dilakukan pun boleh,” kata beliau mengulas mengenai kesediaan RTM untuk menyiarkan penjelasannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Kelmarin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi, namun ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang ini berkata, jika menteri bersetuju dengan permohonannya itu tidak perlu lagi pihaknya menulis surat rasmi kerana permintaannya itu disiarkan media.

“Hal itu (permintaan bersiaran) media dah siar jadi tak perlu lagi buat surat rasmi, dia (kerajaan) buka peluang, jadi saya akan pergi,” katanya ketika di temui di Surau Kampung Jaya sebelum melawat dan menyampaikan bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir di Dun Air Putih dan Dun Chukai di sini, hari ini.

MB Kedah: 'Saya kuat lagi, akan terus tanding'

AZIZAN
KUALA NERANG - Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat.

Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan.

"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, sayapun nak tanding juga," katanya kepada pemberita. 
Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini.

Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan.

Jadual Liga Super Pasukan Kedah 2013


Jadual Liga Super Pasukan Kedah setelah admin memperbetulkan beberapa typo error yang mengelirukan.

Jadual Terbaru perlawanan Liga Perdana Kedah selepas Rombakan Jadual oleh FAM berkuatkuasa 27 Disember 2012.

Pusingan Pertama
1. Uitm FC vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 07/01/2013
2. Kedah vs Pos Malaysia - Stadium Darulaman - 11/01/2013
3. PDRM vs Kedah - Stadium Hang Jebat - 14/01/2013
4. Kedah vs Johor - Stadium Darulaman - 18/01/2013
5. Sabah vs Kedah - Stadium Likas - 21/01/2013
6. Kedah vs Perlis - Stadium Darulaman - 15/02/2013
7. KL SPA vs Kedah - Stadium Uitm - 18/02/2013
8. Kedah vs Sime Darby - Stadium Darulaman - 22/02/2013
9. NS Betaria vs Kedah - Stadium Hang Tuah - 01/03/2013
10. Kedah vs Kuala Lumpur - Stadium Darulaman - 08/03/2013
11. Sarawak vs Kedah - Stadium Negeri - 29/03/2013


Pusingan Kedua
1. Kedah vs Sarawak - Stadium Darulaman - 12/04/2013
2. Kedah vs Uitm FC - Stadium Darulaman - 19/04/2013
3. Pos Malaysia vs Kedah - Stadium Selayang - 26/04/2013
4. Kedah vs PDRM - Stadium Darulaman - 03/05/2013
5. Johor vs Kedah - Stadium Pasir Gudang - 06/05/2013
6. Kedah vs Sabah - Stadium Darulaman - 10/05/2013
7. Perlis vs Kedah - Stadium Utama - 13/05/2013
8. Kedah vs KL SPA - Stadium Darulaman - 17/05/2013
9. Sime Darby vs Kedah - Stadium Selayang - 21/06/2013
10. Kedah vs NS Betaria - Stadium Darulaman - 24/06/2013
11. KL vs Kedah - Stadium Cheras - 05/07/2013

Maaf atas sebarang kesulitan...

2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.
Kota Darulnaim,

17 Safar 1434/31 Disember 2012

2013 tahun penamat pemerintahan BN


Rakyat Malaysia, khususnya pendokong Pakatan Rakyat menyambut tahun baru 2013, dengan iltizam untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional dari tampuk pemerintahan.

Semangat yang tinggi di kalangan pendokong Pakatan Rakyat ditonjolkan dengan begitu ketara sepanjang 2012, aktif menganjurkan program dan perhimpunan.

Semua program dan perhimpunan yang dianjurkan mendapat sambutan hebat dari kalangan rakyat, dengan satu tekad dan matlamat untuk memperkasakan gerakan menawan Putrajaya.

Selepas kejayaan penganjuran Bersih yang menggunakan tema kuning, PAS mencipta Himpunan Hijau, gerakan menyelamatkan rakyat dari Lynas juga bertemakan warna hijau.

Manakala gerakan anak-anak Felda mencipta gelombang Oren untuk menyelamatkan tanah dan peneroka Felda dari penindasan serta kezaliman Umno-BN.

Bagi melengkapkan gerakan untuk menumbangkan BN, rakyat Kelantan mencipta gelombang merah bagi menuntut bayaran royalti Petroleum yang dirompak BN bertahun-tahun lamanya.

Kesemua gerakan ini, yang dicetuskan sepanjang tahun, mendapat dokongan padu dari rakyat pelbagai kaum dan agama.

Tidak ada yang terkecuali. Dari Perlis hingga ke Johor, ke Sabah dan Sarawak, malah sehinggakan rakyat di luar negara, begitu berani mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, sekali gus menolak BN.

Fenomena inilah sebenarnya yang amat ditakuti BN. Apa jua propaganda, apa jua usaha untuk mengekang kebangkitan rakyat, berterusan gagal.

Kebangkitan rakyat ini cukup memberi kesan, sehinggakan Perdana Menteri bersikap 'acuh tidak acuh', 'sekejap yakin sekejap tidak' untuk membubarkan Parlimen, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

Apa pun dolak-dalik PM yang juga Presiden Umno, walaupun kuasa membubarkan Parlimen hak mutlak PM, namun, satu hakikat yang tidak boleh dielak, 8 Mac 2013 ini, mahu tidak mahu, usia kerajaan BN akan tamat.

Selepas tempoh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya ada 60 hari untuk melaksanakan PRU. Ini bermakna, jangka hayat kerajaan BN, hanya tinggal 5 bulan sahaja.

Dalam tempoh sekarang ini, sehingga beberapa bulan akan datang, merupakan tempoh yang amat kritikal buat BN, iaitu suatu keadaan yang menentukan antara 'hidup dengan mati.'

Pada saat ini, Pakatan Rakyat berada di landasan kesepaduan yang terbaik untuk berhadapan dengan BN. Pakatan Rakyat sudah menjadi alternatif yang diterima rakyat, untuk menjadi kerajaan.

Rakyat Malaysia, yang cerdik dan matang, sudah melihat negara-negara jiran dan seluruh dunia, di mana kepercayaan diberikan kepada golongan 'pembangkang' untuk menjadi kerajaan.

Satu demi satu kerajaan ditumbangkan. Digantikan dengan kerajaan baru, tanpa rasa ragu, tanpa rasa takut oleh rakyat yang berani mencetus perubahan.

Kita percaya 'trend' inilah yang akan melanda negara kita. Iaitu, rakyat tidak ragu lagi untuk menurunkan Umno-BN dari tampuk kuasa, untuk digantikan dengan Pakatan Rakyat.

Fahaman bahawa hanya Umno-BN sahaja yang mampu memerintah sudah terkubur. Walaupun BN menjajanya, walaupun BN mencanang slogan itu siang dan malam, mereka tidak sesekali dapat mengubah komitmen rakyat untuk menolak mereka.

2013 adalah tahun untuk menumbangkan BN. 2013 adalah tahun untuk menamatkan hegemoni mereka. Dan pada tahun 2013 ini, rakyat akan mendapat kerajaan baru, iaitu Pakatan Rakyat.

Hidup Pakatan Rakyat, hancur BN!

Editorial Harakah

[Isu Live TV] Masanya sudah tiba kita nak tengok HUJAH siapa yang benar.. Antara Hj Hadi dan semua Tokoh Agama UMNO & Mufti-Mufti..!!!

Berani ka Hj Hadi berdepan semua tokoh agama dan mufti-mufti?

TG Hj Hadi patut sangat-sangat bagi satu syarat kecil, membenarkan pihak lain untuk buat rakaman sama termasuk dari pihak PAS sendiri. Takkan syarat kecil dan mudah macam tu pun Rais Yatim tak sanggup nak terima.

mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita". -
mStar.  
Menarik jugak cadangan Rais Yatim ni. Kalau kena caranya, tak mustahil isu 'Amanat Hj Hadi' ni boleh selesai dengan forum cadangan Rais ni.

Teringin jugak nak tengok "tokoh agama" dan mufti negeri-negeri yang sebelum ni lantang bercakap pasai Amanat ni mempertahankan kelantangan depa dalam forum ni.

Aku tak fikir TG Hj Hadi takut untuk hadir forum ni walaupun dia sorang berdepan dengan semua 'tokoh agama dan mufti negeri-negeri. Malah tak mustahil tokoh agama dan mufti negeri-negeri yang Rais jemput tu pulak kut yang risau dan berdebar-debar tunggu forum tu.

Cuma yang tak menariknya, dah la forum tu tentu punya Rais Yatim tak berani bari RTM siarkan secara langsung, penonton pun Rais tak berani bagi hadir.

mStar juga melaporkan:
"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya. - Ibid.
Kalau dah yakin sangat yang "Amanat Hj Hadi" tak betul pasai apa takut sampai macam ni. Takkan Rais pun tak percaya dengan ilmu dan kebolehan "tokoh agama' dan semua mufti negeri-negeri untuk berdepan dengan TG Hj Hadi kut.

Yang lawaknya mStar juga melaporkan kenyataan dari Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno:
"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Ibid. 
Berjiwa besar apanya kalau tolong mintak maaf untuk salah orang lain tapi tak pernah pulak minta maaf kesalahan yang dia buat.

Takat tak turun padang dan tak melaksanakan tugas dengan baik tu tak tara mana sangat salahnya kalau nak banding dengan segala rasuah dan salahguna kuasa yang pemimpin Umno BN buat dari sebesar-besar pemimpin macam Perdana Menteri sehingga sekecil-kecil pemimpin macam JKKK.

Apa pun, sebelum setuju untuk hadir program forum yang Rais Yatim tengah rancang tu, TG Hj Hadi patut sangat-sangat bagi satu syarat kecil, membenarkan pihak lain untuk buat rakaman sama termasuk dari pihak PAS sendiri.

Kalau syarat kecil dan mudah macam tu pun Rais Yatim tak sanggup nak terima, maka terbuktilah sapa sebenarnya yang "bersedia untuk menerima pendapat orang lain."


LIVE Sambutan Ambang Sejahtera dari Tasik Darul Aman Jitra




Jika Tak Dapat Sila ke link : http://AmanTV.net

LIVE dari SHAH ALAM bersama Ust Azhar Idrus





Stream videos at Ustream

http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/12/live-sambutan-tahun-baru-di-shah-alam.html

2 ahli UMNO tegar di landa musibah..!!!

 Banglo Milik Zuhasnan & Jamaluddin Jarjis Mungkin Dirobohkan


Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.



Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama

Tu dia DUIT BRIM BROM BRANG nak turun dah..!!!

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.


Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

- Bernama

TOP 5 : Menteri paling tak buat kerja tahun 2012.

Hari neh last day of 2012.


Macam tak percaya pun ada. Sebegini cepat masa berlalu. Aku rasa macam baru semalam je masuk tahun baru 2012. Tahu2 jek hari neh dah nak masuk 2013. Cepat gile. Orang kata semakin mendekati kiamat, semakin cepat masa berlalu. Yeke? Aku pun tak sure benda neh betul ke tak. Hehe.

Tahu kah anda sebagai rakyat, ini la masa untuk kita memberikan penilaian mengenai menteri2 kita? Kita ada hak itu kerana kita rakyat yang mereka jaga. Bila kita dapati mereka gagal menjaga dan mentadbir negara dengan betul, kita layak mengadili mereka. Tanpa larangan. Of course.

Untuk tahun 2012, berikut adalah 5 menteri paling tah hapa2 PRESTASI dorang. Yang sebenarnya aku nak cakap bangang dan bodoh. Tetapi kerana aku harapkan menteri2 tersebut baca artikel neh maka aku gunakan perkataan tak buat kerja. At least takde la mereka jauh ahti dengan aku lepas baca penilaian aku terhadap mereka. 

Pehhhh

kah kah kah 

Tempat kelima dan keempat.

Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim



Tahun 2012 memang tahun terburuk Jamil Khir. Dia kantoi skandal penyelewengan wang zakat. Prestasi dia sebagai menteri agama sangat teruk. Dia juga mempolitikkan masjid. Tetapi dia juga individu yang bising cakap dalam masjid tak boleh berpolitik.

Jangan bohong !

Bagi mereka yang mendengar khutbah jumaat di masjid negara dan masjid putrajaya sangat2 tahu banyak kali khutbah2 tersebut diselitkan unsur2 politik yang mencela pemikiran pembangkang. Bahkan majlis fatwa, JAKIM dan kementerian digunakan untuk mengatakan apa2 yang berkaitan pembangkang ialah salah, haram, sesat dan berdosa.

Ini ka peranan menteri agama? Hello Mashitah dan Jamil Khir. 

Kalau korang ada otak, ada akal, sebelum korang marah pembangkang baik korang pergi hapuskan majalah mangga. Lepas tue korang wujudkan peraturan khas untuk artis2 muslim malaysia. 

Bahkan korang akan sound tv3 agar jangan keterlaluan dalam menjaja hiburan. Silap2 korang akan tahan Aznil Haji Nawawi sebab tak henti2 suruh budak menyanyi. Mungkin juga korang akan denda Awie disebabkan kelab malam dan araknya.

Itu yang korang kena jaga dan tumpu. Bukan pasal politik pembangkang. Apakah peranan menteri agama sebenarnya? Untuk mengatakan apa2 yang bn buat ialah betul dan pr salah?


Owh kalau gitu, tak payah susah2 jadi menteri. Cukup la jadi seorang penyokong tegar. Tugas yang begitu mudah itu tak perlukan sesiapa untuk jadi menteri.

Tapi bila dah jadi menteri, pegang perkara2 yang berkaitan agama, kena jaga perkara2 yang berkaitan akidah dan ditugaskan untuk menjaga kebajikan umat islam, maka sila la bertindak sepertimana nama tugas anda.  

Apa? Lebih baik fitnah PAS dan PR dalam kolum khas di sinar harian. Atau bodek Najib 24jam? Itu jek kemampuan terbaik ko Mashitah Ibrahim? 

Kesian ko, jadi menteri untuk buat kerja2 seperti neh. Ini skop kerja2 seorang menteri yang bertanggungjawab jaga agama kah? Ini kah masalah terbesar umat islam di Malaysia? Tumpukan seluruh perhatian kepada PAS semata2? So hanya PAS je yang perlu diberikan perhatian? Jadi kenapa tak tukar nama JAWATAN kepada menteri yang menjaga hal ehwal PAS?

Sudah la Jamil Khir kantoi kerana menggunakan duit zakat untuk bayar kos guaman, lepas tue kata umat islam yang suka meminta [yang miskin/terdesak] ialah tamak dan boros? Gila. Yang meminta itu pun tak hingin nak meminta. 

Tapi kerana mereka dah layak diberikan bantuan, maka bagi je la. Ini ketetapan dan hukum Allah swt. Allah swt tak bising ko pula melebih2. Rujuk sini. 

Lepas tue nak salahkan orang kristian sedangkan pusat zakat yang membiokrasikan bantuan zakat di Malaysia. Sudah la. Kalau hidup menyusahkan orang, lebih baik mati. At least korang berdua tak menyusahkan orang yang hidup. Oke tak cadangan aku?


Tempat ketiga.


Ahmad Maslan. 

Korang tahu tak dia neh seorang menteri? Kalau tatau maka ketahui la individu neh ialah seorang timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Najib Razak yang lantik dia pada tahun 2009. Tahu tak apa kerja dia? Tah. Yang tue aku tatau.

Tapi ya dia seorang menteri yang mana aku taktau skop tugas dia apa. Yang aku nampak dia ke hulu ke hilir sebagai ketua penerangan UMNO. Asal cakap depan press, mewakili UMNO. Asal muncul paper, mesti pongpang2 pasal UMNO dan DSAI. 

Asal nampak muka dia mesti dia sedang bercerita pasal UMNO, DSAI dan PR. Owh oke. Kita ada seorang menteri yang kita tatau apa skop kerja dia dan bila kita nampak dia buat kerja [kekonon nya le kan] mesti kerja2 dia tue lebih banyak menyentuh benda2 yang babitkan UMNO, DSAI dan PR.

So perlu kah rakyat malaysia bayar gaji seorang timbalan menteri yang lebih banyak menyentuh isu2 mengenai UMNO, DSAI dan PR berbanding rakyat malaysia? Apakah kita bayar gaji dia untuk dia bercerita pasal UMNO, DSAI dan PR melebihi dari menjaga kebajikan rakyat Malaysia?

Mungkin kah jawatan dia ialah timbalan menteri di jabatan perdana menteri yang mempunyai skop kerja menjaga umno dan mengutuk dsai dan pr setiap masa? Jadi begini la wang cukai dihabiskan setiap tahun? 

Tempat kedua.


Timbalan perdana menteri malaysia. Muhyiddin Yasin. 

Tahun neh banyak skandal membabitkan TPM. Bermula isu susu basi. Ramai pelajar2 sekolah masuk hospital kerana keracunan susu 1malaysia. TPM bertegas mengatakan susu itu oke. Heh, 0ke?

Sepertimana TPM bertegas mengatakan pendidikan di Malaysia antara yang terbaik. Sekolah kerajaan mahupun universiti. Tapi anak dia sekolah mana? Anak2 menteri bn lain pula bagaimana? Yang tue aku nak tahu. 

Lebih2 lagi Universiti. Adakah bn juga menghantar anak2 mereka ke sekolah kerajaan yang terbaik dan ke universiti malaysia yang terbaik? Kita kan terbaik berbanding USA dan UK, kan? 

Jangan lupa ini la mulut yang mengatakan pas terpesong. Ini juga mulut yang mengatakan rakyat malaysia kena rajin. Jangan malas. Jangan bergantung pada subsidi. Respon TPM bila kita komplain harga barang naik.

Sorry. Takde sesiapa hingin kan susbidi ko tue. Tetapi bila kita dah bayar untuk sesuatu, kita juga berhak dapatkan sesuatu sebagai ganti apa yang kita dah beri. Itu konsepnya disini.

Dan sorry sekali lagi. Nak cakap pasal ISLAM belajar cermin diri. Aku tak layak cakap pasal ISLAM sama sebijik macam kau. Amek cermin telek muka. Kita nak kata orang menyeleweng, sesat, tersasar dari landasan islam, dah cukup bagus dan betul kah kita? Adakah amalan kita selari dengan islam untuk menjadikan kita cukup bagus menilai orang lain?

Ko sendiri tak betul. Bukan suruh ko jadi sempurna untuk tegur orang tetapi kalau nak cakap pasal orang sekalipun pastikan benda tue benda betul bukan benda fitnah macam yang ko sedang buat sekarang neh.

Prestasi TPM tahun neh memang buruk dan teruk. Tiada apa2 kebaikan yang ko buat untuk rakyat malaysia pun. Bahkan dekat2 akhir tahun neh pun ko terkantoi bila mana sejumlah pelajar di sarawak terpaksa berhimpit di sebuah bilik sempit semata2 untuk belajar. Rujuk sini.

Ini ka kerja menteri pelajaran malaysia? Kalau nak politik 24 jam dan taknak buat kerja2 kementerian, baik ko letak jawatan sebagai menteri dan jadi MP sepenuh masa macam Ibrahim Ali. At least orang tahu dia neh takde kuasa nak buat apa2 berbanding ada kuasa tapi tak buat apa2. Loser beb. 

Tempat pertama.    


Rais Yatim. 

Maaf, prestasi dia bukan paling terburuk sebenarnya tetapi kerana dia sangat2 scandalious menjadikan dia di tempat pertama.

Yang paling memalukan isu logo kemerdekaan tahun 2012. Dengar cerita logo bertukar setiap minggu? Apsal masih tak nampak logo bertukar pun? Hello, sekarang dah 31 december 2012 oke. Bukan 31 ogos 2012. Heh.


Itu tak masuk lagi bab lagu kemerdekaan. Tolong la. Janji ditepati? Dalam lagu kemerdekaan yang asal pun kutuk pasal PR. Ini sikap seorang menteri kah? Tahu la ko yang gubah lirik lagu tetapi perlukah sebegitu teruk?

Nampaknya seorang menteri pun tatau beza apa itu kerajaan dan apa itu parti politik. Kalau dia faham takan la dia buat lirik lagu mengutuk pr dalam lagu kemerdekaan. Teruk. 

Yang menjadi tanda tanya terbesar aku ialah apakah peranan menteri2 di Malaysia sebenarnya? Adakah mereka dibayar gaji untuk bodek BN? Adakah itu skop kerja mereka? Bukan kah sepatutnya kita yang ditadbir oleh mereka, menjadi tajuk utama? Kenapa hanya BN je di sana sini yang mereka jaja? 

Tiada apa2 polisi yang kesemua menteri di atas gubal, ubah ataupun apa saja untuk kebaikan rakyat. Tiada sesuatu yang besar untuk kita ingat, kenang owhh ini bagus neh. Menteri sekian2 buat dan aku terima kebaikan dari polisi tersebut. HARAM. 

Apa yang mereka buat?

Contohnya Rais Yatim. Baru2 ini dia diperlihatkan menyokong akta menyekat kebebasan ber-internet. Bahkan dia juga gagal mengira dengan betul. Yet, dia seorang menteri. Ya, menteri di malaysia.


Pelik?

Don't be. Itu bukan pelik mana pun. Kita bahkan ada kes yang lebih pelik dari itu disini. 

Di malaysia, yang terlibat dalam rasuah, skandal dan penyelewengan akan diberikan jawatan seperti Ali Rustam dan Isa Samad. 

Setakat RM40juta tue apa la sangat. Kita ada Nazri Aziz untuk olah ayat bagi menghalalkan perkara tersebut oke.

Di malaysia, jika PM minta maaf, itu maksudnya kita kena maafkan dia untuk jadi muslim yang baik [baik?] dan undi mereka lagi untuk pru akan datang.

Di malaysia, setakat mencuri berjuta2 tue apa la sangat dengan mencuri beras untuk seorang dua makan. Penjara setahun di penjara yang takde tiang dan had ruang untuk politician dan penjara bertiang untuk penjenayah kecil, ia pemandangan biasa yang bias.

Ya ya, kalah la kau banyak kali, terlibat la kau dengan apa2 skandal pun, rilex sudah. Untuk kau, senator kan ada. Jangan merajuk. Samy Vellu, Koh Tsu Koon dan apa nama? Ezam Nor? Dan siapa lagi? Namakan aje. Menjaga ahti kau nampaknya wajib.

Meh2, kerajaan malaysia ada banyak duit untuk bayar gaji senator dan untuk rakyat malaysia, kerajan sudah tidak mampu tanggung beban subsidi oke. Jap. Subsidi datangnya dari cukai dan kerajaan mengeluh seolah2 macam keluar duit poket sendiri pula?

Takpe. Rebate untuk smartphone kan ada. Subsidi je takde duit. Untuk benda merepek tak tentu hala macam kpop, duit sentiasa ada oke. Sebab tue kita cipta rekod bangang buat bendera dari makanan. Terlalu mewah sampai makanan pun jadi bahan permainan. 

Kalau la kita diberikan borang untuk menilai prestasi menteri2 kita, mao semua dari mereka tak sanggup baca apa yang kita bakal tuliskan. Walaupun ada yang akan memuji mereka tetapi percayalah untuk dapatkan lebih dari separuh membalon mereka di malaysia, bukan kerja yang susah oke. 

Berani tak menteri kita risikokan diri untuk biarkan rakyat mengkaji prestasi kerja lue? Heh. Bai. 

Read more: