Denda berkuat kuasa 1 Januari
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 28 Dis. - Mulai Januari ini, logo dan ungkapan halal seperti ditanggung halal, makanan orang Islam, bufet Ramadan dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan serta memperdayakan orang Islam adalah dilarang.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, syarikat pengeluar, pengedar makanan atau barang-barang yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal bukan daripada Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan dikenakan tindakan.
Katanya, penguatkuasaan larangan itu berikutan tempoh peralihan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang diberikan selama setahun bakal tamat pada 31 Disember ini.
Perintah ini telah memberikan tempoh peralihan selama satu tahun kepada semua makanan atau barangan yang telah berada di pasaran.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121229/dn_04/Denda-berkuat-kuasa-1-Januari#ixzz2GPrNGL2t
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment