Monday, December 24, 2012

Isu Omar - DBKL yang sememangnya menyekat dan tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara rakyat.

Rakyat nak pendidikan percuma dihumpan ke penjara, inilah wajah sebenar Umno-BN

Rakyat nak pendidikan percuma dihumpan ke penjara, inilah wajah sebenar Umno-BN  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menempelak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengheret aktivis mahasiswa, Umar Mohd Azmi ke mahkamah walaupun beliau tidak melakukan sebarang jenayah. Pengerusinya, Safwan Anang berkata, inisiatif melampau DBKL ini menunjukkan kepada rakyat kelemahan kredibiliti badan penguatkuasa tersebut.  “Umar tidak melakukan apa-apa kesalahan dan kes ini tidak menjadi masalah jika DBKL tidak membawanya ke mahkamah.  “Tindakan ini nyata mengesahkan bahawa penguatkuasa awam seperti DBKL yang sememangnya menyekat dan tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara rakyat.  “Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tidak sepatutnya disanggah,” kata Safwan ketika dihubungi.  Umar adalah salah seorang peserta protes ‘Occupy Dataran’ April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 Jumaat lalu, kerana didakwa kononnya menghalang pegawai awam menjalankan tugas.  Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.  Dalam perbicaraan kes, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan memberi penangguhan terhadap hukuman penjara setahun ke atas Umar.  Namun, Hakim, Amelia Tee J mengenakan beberapa syarat serta ikat jamin turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM5,000.  Umar turut diminta menghadiri prosiding rayuan berikutnya untuk mengelak dari melakukan kesalahan yang sama. Umar diwakili peguam, Syahredzan Johan dan Puspawati Rosman.  Menurut Safwan, Umar dibebaskan pada 3 petang tadi dengan ikat jamin RM5,000 oleh bapanya.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menempelak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengheret aktivis mahasiswa, Umar Mohd Azmi ke mahkamah walaupun beliau tidak melakukan sebarang jenayah. Pengerusinya, Safwan Anang berkata, inisiatif melampau DBKL ini menunjukkan kepada rakyat kelemahan kredibiliti badan penguatkuasa tersebut.

“Umar tidak melakukan apa-apa kesalahan dan kes ini tidak menjadi masalah jika DBKL tidak membawanya ke mahkamah.

“Tindakan ini nyata mengesahkan bahawa penguatkuasa awam seperti DBKL yang sememangnya menyekat dan tidak mengendahkan hak kebebasan bersuara rakyat.

“Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tidak sepatutnya disanggah,” kata Safwan ketika dihubungi.

Umar adalah salah seorang peserta protes ‘Occupy Dataran’ April lalu yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 Jumaat lalu, kerana didakwa kononnya menghalang pegawai awam menjalankan tugas.


Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Dalam perbicaraan kes, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan memberi penangguhan terhadap hukuman penjara setahun ke atas Umar.

Namun, Hakim, Amelia Tee J mengenakan beberapa syarat serta ikat jamin turut dinaikkan dari RM1,000 kepada RM5,000.

Umar turut diminta menghadiri prosiding rayuan berikutnya untuk mengelak dari melakukan kesalahan yang sama.
Umar diwakili peguam, Syahredzan Johan dan Puspawati Rosman.

Menurut Safwan, Umar dibebaskan pada 3 petang semalam dengan ikat jamin RM5,000 oleh bapanya.

No comments:

Post a Comment