Antara Hadi & Najib... mai kita tengok bukti di bawah ni, siapa yang TAKUT dan TERTEKAN?
Oleh: Pak Dee Jantan (Pak Dee bukan Dee Pak)
Setelah diserang bertalu-talu dengan peluru kapur oleh media pro APCO, tiba-tiba Presiden PAS Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang muncul untuk beri penjelasan terhadap apa yang ditohmahkan itu. Cuma dia minta dibenarkan buat siaran langsung dalam RTM atau TV3. Mengapa siaran langsung? Sebabnya beliau tak mahu media BN putarbelitkan kenyataannya... kalau siaran tertunda maka nanti hanya mukanya saja muncul terkumat kamit tapi suaranya adalah dari pengulas yang memutarbelit ucapan itu.
Satu lagi mengapa live, ialah kerana rakyat Malaysia dari semua peringkat tiap2 hari ikuti fitnah yang disiarkan dalam TV secara live jadi berpeluanglah golongan yang telah tertipu ini untuk dibetulkan balik fahaman mereka. Kalau buat live dalam internet, tak semua rakyat Malaysia akan berpeluang ikuti. Dalam hal ini Pak Dee kagum dengan keberanian tok guru untuk beri penjelasan apabila isu mengenai dirinya disensasikan.
Apa yang Pak Dee pelik ialah Perdana Menteri suami isteri (Najib Rosmah) yang didedahkan bertalu-talu oleh Deepak dengan pelbagai tuduhan dah berminggu-minggu tapi nampaknya hingga saat ini Najib nampaknya senyap sepi, haram sepatah pun tak jawab! kalau dia nak guna TV pilih saja siaran mana, TV apa, pukul berapa, lama mana? Tapi nampaknya peluang yang terbentang luas di hadapannya tak digunakan.
Presiden PAS merayu peluang kemudahan TV secara live untuk beri penjelasan tapi Presiden UMNO yang dah ada kemudahan tapi tak digunakan. Pakat pikiaglah noooo.... sapa sebenarnya penakut dan tertekan.
Presiden PAS merayu peluang kemudahan TV secara live untuk beri penjelasan tapi Presiden UMNO yang dah ada kemudahan tapi tak digunakan. Pakat pikiaglah noooo.... sapa sebenarnya penakut dan tertekan.
No comments:
Post a Comment