Bukan salah Kerajaan Negeri Kedah
24 Disember 2012
ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menolak projek penebangan hutan di Kedah seperti yang didakwa oleh media, baru-baru ini.
Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan projek penebangan hutan di Kedah, sebaliknya hanya menolak sekiranya pembangunan di tanah tersebut.
Ku Azmi berkata, pihaknya juga tidak bersetuju sekiranya kawasan tersebut dibangunkan dengan perladangan.
“Pembalakan bukan satu isu yang besar kerana perkara ini sudah diluluskan pihak kita, termasuk juga Exco Kerajaan Negeri. Ia meliputi secara menyeluruh dan bukan tertumpu hanya pada satu tempat.
“Ia juga sebenarnya tidak akan merosakkan kawasan perhutanan dan tidak akan mengakibatkan banjir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ku Azmi turut menegaskan bahawa, ia bukan salah Kerajaan Negeri sekiranya berlaku sebarang ancaman bencana alam, sebaliknya salah pemaju kerana tidak patuhi arahan yang digariskan.
“Memang ada kebenaran yang diberikan Exco Kerajaan Negeri. Dalam hal ini Kerajaan Negeri tidak salah, mereka hanya meluluskan projek.
“Kalau ada pihak yang nak menyaman, saman pemaju sebab mereka tidak ikut garis panduan. Ini semua hanya agenda pihak tertentu untuk memutar belitkan berita sebab pilihan raya umum kian hampir. Mereka saja buat isu.
“Kenapa harus salahkan Kerajaan Negeri sahaja dengan projek penebangan hutan.
“Kalau nak cari isu projek penebangan hutan banyak lagi ada contohnya Felda, dan Felcra. Kenapa tidak kepada mereka,” katanya.
Terdahulu, sebuah akhbar harian melaporkan, Kerajaan Pas Kedah tetap meneruskan projek penebangan hutan di negeri itu, walaupun rancangan tersebut ditolak oleh Jabatan Perhutanan negeri.
Ku Azmi, pendirian itu dinyatakan Jabatan Perhutanan Kedah semasa mesyuarat bersama Exco Kerajaan Negeri dan agensi berkenaan adalah penasihat rancangan pembangunan tanah di kawasan tadahan air di Pedu.
No comments:
Post a Comment