Sunday, December 30, 2012

Terdapat dua bahaya yang selalu mengancam politik

SELAMAT MENEMPUH TAHUN BARU MASIHI 2013 - SEMOGA DILINDUNGI DAN DIRAHMATI ALLAH YANG MAHA ESA.

Guru mengajar ku:-

Segala perkara yang diusaha oleh manusia sebahagiannya berkaitan dengan masalah individu yang mencakupi sebahagian kecil dari aktiviti -seperti mencari nafkah, kegiatan spiritual, hubungan perasaan, dan hubungan individualnya dengan berbagai hal, sementara bahagian yang lebih besar dan utama dari aktiviti manusia adalah kegiatan di tengah masyarakat yang dilakukan secara bersama-sama atau yang disebut dengan politik; iaitu politik ekonomi, politik sosial, politik ketenteraan, politik budaya, politik awam, politik pemerintahan dan politik internasional. Itu semua merupakan bahagian utama dari kegiatan manusia dalam kehidupannya.

Mengapa utama? Karena politik tersebut pada hakikatnya mengarahkan manusia kepada tujuan dan arah tertentu. Kebanyakan kegiatan manusia adalah aktiviti makro (besar) yang secara menyeluruh mengarahkan aktiviti individual hingga yang terkecil sekalipun. Agama berkaitan dengan keduanya, dalam usaha secara individu maupun di kancah politik yang cakupannya sangat luas dalam kehidupan manusia.
Langkah pertama Rasulullah SAW setelah hijrah, adalah pembentukan pemerintahan dan pusat kegiatan politik masyarakat, atau banyak bukti lainnya yang menunjukkan keterkaitan antara agama dan politik. Ya, Islam yang murni menilai politik sebagai bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari agama dan menyeru seluruh umat Islam untuk memahami dan mengamalkan politik.

Namun!

Terdapat dua bahaya yang selalu mengancam politik:

Pertama - Jika politik sudah terpisah dari moral (akhlak) dan menjauh dari spiritualiti dan maknawiyah, iaitu ketika syaitan telah menguasai politik, ketika hawa nafsu telah menyembelih politik, ketika kepentingan pihak arogan (angkuh dan sombong) dalam masyarakat menguasai politik serta menyeretnya ke sana ke mari. Jika bencana ini telah menjangkiti politik, maka seluruh sisi sosial masyarakat akan mengalami kerosakan.

Kedua - Jika kuasa politik dipegang oleh orang-orang berpikiran dangkal, keanak-anakan, dan lemah, dan ketika politik keluar dari tangan orang-orang yang mampu dan jatuh ke tangan orang-orang yang tidak layak memegang kuasa politik.

SEMOGA KITA BERJAYA KELUAR DARI BAHAYA TERSEBUT SEDIKIT MASA LAGI DENGAN MENYERTAI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT : KL-12 JANUARI 2013- 1 JUTA JIWA

No comments:

Post a Comment