ULU MELAKA - Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membangunkan semula Kampung Buku Langkawi, sebagai produk pelancongan bagi peminat bahan bacaan seluruh dunia untuk berkumpul.
Selepas hampir 15 tahun diwujudkan, ia mengalami zaman suram bertahun lamanya, dan inisiatif ini dilihat tepat pada masanya ekoran pulau ini dikunjungi lebih dua juta pelancong asing setiap tahun.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dengan pembukaan semula Kampung Buku ini, ia suatu pencapaian membanggakan bukan sahaja kepada Kedah tetapi juga bagi negara ini.
“Hanya Langkawi menyertai Badan Gabungan Kampung Buku Antarabangsa (IOB), selain disertai negara-negara Eropah. Kita patut bangga dan seharusnya mengambil peluang ini mempromosi tempat ini dengan lebih berkesan.
“Ini juga adalah sebahagian sejarah negeri ini dan ia cukup bermakna kerana dengan kembalinya peranan Kampung Buku, secara tidak langsung mencetuskan budaya membaca kalangan masyarakat semua golongan,” katanya ketika merasmikan Festival Kampung Buku Antarabangsa 2012.
Menurutnya, kerjasama baik antara IOB ini pasti memberi impak terbaik terutama kepada Langkawi sebagai pulau destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
Azizan berkata, budaya masyarakat Eropah yang menjadikan budaya membaca ini sebagai hobi atau amalan harian bagi menambah ilmu wajar dicontohi.
“Saya harap kerjasama semua pihak untuk menterjemahkan usaha ini kepada masyarakat mengenai budaya membaca kepada semua supaya diterapkan terutama pada golongan muda.
“Saya percaya dengan kemuda-han dan kerjasama semua pihak akan memberi pulangan yang berkesan kepada masyarakat, manakala Kampung Buku ini akan dapat memenuhi kehendak pengunjung dan peminat bahan bacaan,” katanya.
Menurutnya, sebagai tarikan, pengurusan Kampung Buku perlu menyediakan bahan bacaan yang berkualiti dari pelbagai bentuk bahan bacaan sama ada bidang akademi atau bukan akademi.
Azizan berkata, Kampung Buku Langkawi ini mempunyai kelebihan tersendiri selain menawarkan suasana nyaman, ia juga berada di kawasan unik yang akan menjadi tarikan utama kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
“Saya harap hubungan kerjasama dengan IOB ini akan dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung dengan kerjasama global ini ia akan memberikan kelebihan selain memacu industri pelancongan dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia termasuklah Langkawi,” katanya.
Usaha martabatkan semula Kampung Buku
Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Datuk Abd Rahman Ibrahim turut menyatakan komitmen memartabatkan semula Kampung Buku Langkawi agar beroperasi seperti biasa selepas tempat itu dihidupkan.
“Terima kasih kepada semua delegasi antarabangsa dan tempatan yang mengambil bahagian serta IOB kerana memilih Kampung Buku Langkawi sebagai tuan rumah persidangan kali ke lapan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya me-ngambil tanggungjawab penuh bagi meningkatkan reputasi lokasi itu sebagai salah satu tempat rujukan dan berkumpulnya peminat buku dunia.
Abd Rahman berkata, kerjasama erat bersama IOB umpama suntikan moral kepada pengurusan Kampung Buku Langkawi memainkan pera-nan aktif supaya tempat ini lebih relevan pada masa akan datang.
“Kami optimis sokongan semua pihak terutama Kerajaan Negeri, Kampung Buku akan memberi impak positif pada semua,” katanya.
Bermula 13 Februari hingga hari ini, Kampung Buku Langkawi menjalankan pelbagai aktiviti antaranya, seminar, delegasi antarabangsa, pertandingan sajak, demonstrasi silat, pertandingan bercerita peringkat sekolah dan ‘Book Hunt’ selain pame-ran koleksi bacaan daripada peserta.
Antara negara terlibat termasuk Belgium, Norway, Korea Selatan, Croatia, Rusia dan Switzerland selain peserta tempatan.
Turut berlangsung, persidangan mesyuarat agong tahunan IOB bagi melantik ahli jawatankuasa baru termasuk Presiden.
Thursday, February 16, 2012
Kampung Buku ‘hidup’ semula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment