KUALA LUMPUR, 1 Okt— Pelan ekonomi negara harus berubah dari hanya merancang untuk mencapai sasaran ekuiti semata-mata, tetapi memastikan pendapatan minima RM4,000 sebulan dapat dicapai dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.
Dia berkata, pertumbuhan ekonomi seharusnya digerakkan oleh perniagaan kecil dan sederhana, dan bukan sekadar “seorang dua bos besar”.
Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang tersebut membentangkan cadangan bajet 2013 dari PR dan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan daripada mengejar sasaran ekuiti.
“Kenyataan ini bagaimanapun berubah menjadi semua orang membuat andaian bahawa PR berjanji untuk membayar wang kepada orang ramai sehingga mencecah RM4,000 sebulan,” kata Anwar lagi.
“Caranya haruslah berdasarkan pengembangan pembangunan ekonomi dan memastikan pendapatan penduduk bertambah,” dia berkata dalam sesi debat di dalam cadangan Bajet 2013 yang dibentangkan kerajaan.
nwar menekankan pendapatan isirumah keluarga adalah penting dalam mencapai sasaran ekonomi bagi memastikan tidak ada siapa yang ketinggalan dari pembangunan dan kekayaan negara.
“Kebajikan kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan dan perlindungan agar tidak ketinggalan, dan menjadi tanggungjawab untuk mewujudkan sistem keselamatan sosial,” katanya lagi.
Anwar juga berkata pertumbuhan ekonomi haruslah dibangunkan oleh usahawan kecil dan sederhana “yang membentuk kelas perniagaan terbesar dalam ekonomi,” dan bukannya “satu atau dua orang bos memonopli kebanyakan aktiviti ekonomi.
“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menggerakkan aktiviti ekonomi, dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi dan bersaing dengan usahawan kecil,” katanya lagi.
Minggu lalu, Anwar berjanji untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia melalui harga kereta yang lebih murah, penghapusan tol dan pemansuhan pinjaman pelajar.
Anwar berkata kerajaan PR mampu membayar semua yang dicadangkan walaupun tidak meningkatkan cuka, sebaliknya mengelakkan ketirisan dari tidak efisyen dan rasuah.
No comments:
Post a Comment