Kereta sapu bermaharajalela
8 Oktober 2012
Kereta sapu sesuka hati meletakkan kenderaan berdekatan khemah Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah yang didirikan untuk ruang menunggu penumpang.
SUNGAI PETANI - Pertambahan bilangan kereta sapu di sekitar pusat bandar Sungai Petani terutama hujung minggu dan hari cuti am mengganggu periuk nasi pemandu teksi sedia ada, selain mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang kenderaan awam.
Ramli Awang, 40, berkata, pengalaman itu dirasai sendiri anak perempuannya berusia 20 tahun yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres apabila diserbu pemandu kereta sapu.
“Apabila anak saya sampai di stesen bas pada waktu malam, pemandu kereta sapu terus menyerbu ke arahnya dan beberapa penumpang lain untuk bertanya mahu ke mana.
“Mereka terus mengekori walaupun penumpang sudah turun berjalan dari bas. Keadaan ini membahayakan kerana mereka tidak mempunyai sebarang permit membawa penumpang,” katanya.
Pemandu teksi, Razak Kasim, 56, berkata, kehadiran kereta sapu tanpa segan silu memenuhi ruang menunggu dekat Stesen Bas Sungai Petani dilihat menggugat pendapatan golongan pemandu teksi.
Menurutnya, bilangan kereta sapu yang semakin hari semakin bertambah menjejaskan pendapatan harian pemandu teksi lain yang telah berdaftar dan mengikuti undang-undang serta peraturan kereta sewa ditetapkan.
“Pemandu kereta sapu hanya ambil kerja mudah dengan bertenggek mencari penumpang sedangkan mereka tidak menggunakan khidmat Puspakom, membayar permit, cukai jalan, insurans, daftar perniagaan dan sebagainya sepertimana kami lakukan.
“Cara mereka dapatkan penumpang juga agak keterlaluan kerana merebut penumpang sehingga ke pintu bas,” katanya.
Pemandu teksi, Ahmad Salim Hanafi, 43, berkata, aduan telah dibuat kepada pihak berkenaan namun belum dilihat sebarang kesan tindakan diambil malah, bilangan kereta sapu didakwa semakin bertambah.
“Kita juga ada menghantar memorandum berhubung perkara ini dan masih mengharapkan pemantauan dan tindakan diambil,” katanya.
Menurutnya, pemandu kereta sapu berusia antara 40 hingga 60 tahun memenuhi ruang menunggu dekat stesen bas tanpa mengira masa termasuk siang dan malam.
“Saya mencadangkan agar mereka memohon permit membawa penumpang dan berdaftar dengan mana-mana persatuan kereta sewa agar dapat diselaraskan.
“Sekiranya berterusan sebegini, ia mampu menjejaskan mata pencarian pemandu teksi tegar yang ada di sekitar,” katanya.
Sinar Harian akan cuba mendapatkan reaksi pihak berkaitan berhubung perkara ini dalam masa terdekat.

No comments:
Post a Comment