Tuesday, May 31, 2011

MB Kedah meluangkan masa melawat pesakit kronik di Kampung Kubang Juluk, Naka

‘YB’ kerajaan negeri turun padang secara bersepadu

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_9553.jpg

PADANG TERAP: Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama isteri, Toh Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah meluangkan masa dengan melawat pesakit kronik di Kampung Kubang Juluk, Naka, di sini.

Lawatan yang diadakan itu bersempena dengan Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Padang Terap.

Lawatan yang diadakan itu juga mampu mendekatkan rakyat dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Turut sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad.

Sementara itu semua Exco dan sebahagian besar wakil rakyat pihak kerajaan negeri Kedah turun padang secara bersepadu bertemu rakyat di kar umbi dalam program yang dirancang sehari suntuk.

Depa Kata Nak Kebal hangpa joint UMNO

oleh depakata



Tu dia aihhh depa kata memang kebailah manusia atas bumi Malaysia nie jika depa dok geng sebelah sana... buat laa apakejadahnya pon tentu selamat jeee... ingat dak lagi kes mamat nak bunuh TG Nik Aziz dahulu... senyap camtu jaaa... kini mai blogger Ugut nak Bunuh Blogger... senyap camtu jaaa... nie mai pulak isu baru....terlepas jugak....UMNO-UMNO hangpa ingat rakyat tak nampak kaa kelaku hangpa nie....
Kalau rasa nak buat salah tapi taknak kena tangkap masuk je UMNo...kebal daripada segala undang-undang. SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA BADUT-BADUT SARKIS INI.

ZAMIL nak bagi Rolls Royce dia sapa dapat jumpa mamat muka mcm Anwar...

yang nombor KCJ 67 tu kot wahai zamil...
kaya hang lanoe noooo....

A Rolls Royce for anyone who finds a man resembling Anwar

PETALING JAYA: Find a man resembling Datuk Seri Anwar Ibrahim and you can drive home a vintage Rolls Royce with RM10,000 cash in hand.

That is the offer made by Kedah Kita chief Zamil Ibrahim to anyone who can find a person who looks like Opposition leader Anwar.

“The Rolls Royce (Silver 111, 6700cc) is mine, and the cash offer is made by someone who wants to remain anonymous.

“We are doing this to put an end to the prolonged saga following Anwar's claim that even if people say that the man in a sex video may look like him, it is not his tummy,'' he said.

Datuk T, comprising businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, and former Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim had, on March 21, revealed the existence of a video showing a man resembling Anwar having sex with a woman.

Anwar had lodged a police report claiming that he was not the man in the video and that it was part of a political conspiracy to topple him.

Zamil believes his offer can help throw light on the matter.

“The public are confused. I believe Anwar can finally clear his good name if we can help him find a man who looks like him, walk like him, and even smile like him,'' Zamil said.

Zamil also added that he would invite Eskay, Kita president Datuk Zaid Ibrahim and senator Ezam Moh Noor to sit in a panel to identify Anwar look-a-alike.

“The three of them were very close to Anwar. They can tell who looks exactly like Anwar,'' he said.

Several bloggers had also vouched to run naked around KLCC if a man resembling Anwar could be found. [the star]

Zaid dan KITA kini 'Tukang Karut' umno?

KOMENTAR 31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi “anak emas” Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai “ilham” menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.

Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan “membela” nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang “bijak pandai” seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

Wira Arjuna - TVSelangor News

Kesan Tarif Elektrik: PRU13 Lewat?

Najib mungkin lewatkan PRU-13 elak ‘protes’ kesan tarif elektrik naik

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Kesan keputusan Malaysia menaikkan tarif elektrik dan juga kemungkinan harga minyak ekoran perubahan harga peringkat gloabal kemungkinan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum sangat tipis kerana kepimpinannya perlu menangani rasa tidak puas hati terlebih dahulu.

Semalam, pentadbiran Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik purata 7.1 peratus yang dikuatkuasakan mulai esok.


Artikel Penuh

Mamat kerja dok maki UMNO dulu dah kaya raya rupanya sekarang nie..!!

oleh AnakKedah007

Zamil... sekali lompat makan tak habis, ahli UMNO jugak yg merana

Bekas Ketua Pemuda PKR yang melompat ke dalam UMNO, kemudian menyertai parti KITA Zamil Ibrahim rupanya mampu memiliki sebuah kereta Rolls Royce Silver Spur III berharga USD$220,700.

Menurut sumber risikan, Zamil juga dikatakan mampu memiliki banglo mewah, melancong ke serata pelusuk dunia hasil wang lompatan yang diterimanya.

Kesian aktivis UMNO cawangan, buat kerja untuk UMNO merah bijik mata, bulehlah lima tahun sekali (musim pilihanraya) dua, tiga ratus ringgit. Puak PKR yang siang malam dok maki UMNO dulu macam Ezam, Zulnordin, Gobala, Roslan Kasim, Zaharin dll sedang hidup mewah senang lenang kat atas dunia sekarang hanya dengan sekali melakukan lompatan jarak jauh.


AnakKedah007 : Perghhhh KAYA GILA mangkok nie.. dulu semasa dok mai sembahyang JUMAAT di MASJID PENGHULU HIM.. mai bawak keta cabuk sambil dok juai SUARA KEADILAN di luaq pintu masjid selepas solat JUMAAT.... ini baru nama POTRET KEJAYAAN...tapi mai aku nak habaq hang cuma berjaya di dunia la kot.. tapi disana lu pikir laa sendiri... nie gua ambik dari blog sahabat gua... anaksungaiderhaka dan hangpa pikiaq la sendiri.....

p/s-nak sumbunyi kot mana dunia nie bulat sahaja wahai sahabat2 ku sekelian....


Mamat ni masa bersama PKR dulu pakai Proton Satria saja.. kini Zamil Bin Ibrahim seorang ahli perniagaan yang berjaya didepan banglo mewahnya RZ Villa



Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya


Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip dihadapan Rolls Royce kesayangan Zamil

ADMIN KLN : Awat SENATOR UMNO pie dok jumpa KETUA KITA KEDAH nie ada apa2 pakatan ka UMNO dgn KITA nak tibai PAKATAN RAKYAT....!!

Bapa rayu orang ramai bantu cari anak hilang


Mohammad Yusoff Saidin bersama isterinya, Chik Embun Mustaffa menunjukkan gambar anak mereka, Mohd. Fikril Munir Mohd. Yusoff yang hilang sejak lima hari lalu di Kampung Pida 3, Padang Perahu, Jitra, Kedah, semalam.

JITRA 31 Mei - Seorang bapa dari Kampung Pida 3, Tunjang di sini memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan anak lelakinya, Mohd. Fikril Munir Mohd. Yusoff (gambar kecil), 25, yang hilang sejak lima hari lalu.

Mohd. Yusoff Saidin, 55, berkata, anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kerana lembam keluar dari rumahnya pada Rabu lalu secara bersendirian dengan menaiki basikal.

Katanya, ada penduduk memaklumkan ternampak Mohd. Fikri mengayuh basikal di Kampung Batu 17 di sini menghala ke Kampung Pida 3 kira-kira pukul 4 petang hari tersebut dipercayai mahu pulang ke rumah.

"Tetapi dia tidak pulang sehingga maghrib menyebabkan saya buat laporan polis pada keesokannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kata Mohd. Yusoff, anak ketiga daripada sembilan beradik itu keluar menaiki basikal di sekeliling kampung pada setiap petang dan kebiasaannya akan pulang sebelum maghrib.

"Kali ini dia tidak pulang dan kami sekeluarga amat bimbangkan keselamatan dan kesihatannya kerana dia perlu mengambil ubat setiap hari untuk elak terkena sawan," ujarnya.

Menurutnya, dia tidak mengetahui baju yang dipakai Mohd. Fikril ketika kejadian kerana dia dan isteri keluar ke rumah saudara di Kuala Nerang, dekat sini.

"Dia hanya bawa wang RM1 dan saya sudah mencarinya di merata tempat namun gagal menemuinya," katanya.

Beliau merayu sesiapa yang terlihat Mohd. Fikril diminta menghantarnya ke balai polis berdekatan atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222.

Rakyat pendapatan rendah tidak selamat

SHAH ALAM – Kenaikan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini, bukanlah pada waktu yang sesuai.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, kenaikan tersebut bakal membebankan rakyat termasuklah golongan peniaga dan industri.

Katanya, walaupun kenaikan tarif elektrik itu tidak melibatkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang, kesan kenaikan tersebut tetap akan dirasai rakyat berpendapatan rendah.

“Sudah pasti peniaga dan industri akan menghadapi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan mereka dikhuatiri akan mengembalikannya semula kepada pengguna.

“Oleh itu, rakyat berpendapatan rendah tetap tidak akan selamat dengan kenaikan tarif yang katanya dikecualikan daripada mereka apabila peniaga dan industri yang memberi perkhidmatan mengembalikannya semula kepada pengguna,” katanya.

Khairun cadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar tenaga elektrik persendirian dan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).

Cadangan itu, katanya, antara alternatif lain yang boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan agar tidak melibatkan rakyat berpendapatan rendah.

“Mungkin juga kerajaan boleh melaksana Akta Pencatutan 2010 sebagai jalan lain, selain meningkatkan kos barangan domestik,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T Mohan berkata, kenaikan itu tidak patut dilakukan pada waktu ini.

Katanya, ia adalah disebabkan rakyat masih berada pada takuk pendapatan yang sederhana, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Jangan sentuh nadi rakyat. Kerajaan perlu mencari jalan yang lebih sesuai bagi menampung kos subsidi, itu tidak dinafikan, namun tidak perlu melibatkan kenaikan harga barang kegunaan domestik.

“Saya percaya masih banyak pembaziran elektrik akan berlaku sekalipun kenaikan tarif elektrik dilakukan. Namun sekiranya peningkatan itu alasan kepada peningkatan taraf ekonomi negara, ia mungkin boleh diterima,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan turut mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

Pemberian bekalan elektrik percuma itu dijangka melibatkan kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai kegunaan 900,000 pengguna di Semenanjung.

Kenaikan tersebut juga bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.

Roboh gerai di Sungai Petani: Ada tangan-tangan ghaib Umno?

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini ‘kesalahan’ disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang ‘ala gengstar’ beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan ‘dari atas’. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi ‘Kedah Sejahtera’. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.
Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang ‘nampak zalim’ untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

“Kerana kami pentadbir, bukan orang politik,” mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat ‘grand design’ untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

Mohon ganti YDP, Setiausaha bagi MPSPK


ALOR SETAR - Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

“Selagi tuntutan kami tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

“Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,” katanya pada media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman, semalam.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

“Kami kesal kerana keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kami sebagai pembuat dasar dan polisi,” katanya.

Ishak berkata, rentetan peristiwa itu, 17 ahli majlis lantikan politik kecewa dan hilang keyakinan kepada Rozaina dan Radzuan, dan memutuskan untuk tidak hadir pada sebarang mesyuarat MPSPK bermula kelmarin sehingga digantikan dengan YDP baru.

“Keputusan kami ini bukan hanya disebabkan isu perobohan gerai, tetapi beberapa isu lain seperti beliau sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit,” katanya.

Antara kenyataan dalam memorandum itu ialah perancangan sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

“Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,” katanya.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

“Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi,” katanya.

Memorandum turut membangkitkan rasa tidak puas hati keputusan dalam mesyuarat tidak dilaksanakan seperti yang dipersetujui selain membelakangkan ahli majlis dalam beberapa perkara.

Ishak berkata, mereka mahu campur tangan segera Kerajaan Negeri supaya kepentingan rakyat terpelihara.

Tak mahu terima semula wang - Azizan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimLFRT0VXM99UxJYGGlndosV2JnruBmZ4wPKAqvllppRFJII3qKVLqt2UgjuEtTGUy_ojW_ohnaukrOnlkQPamwpvsfsQrJohefdDVbFhxcvE_nlnfv0iXZK6KepwYeQgVvrn2U2_P__vI/s320/DSC_08.JPG
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan ahli lembaga pengarah sebuah sekolah jenis persendirian Cina di Sungai Petani mempolitikkan isu bantuan kepada sekolah berkenaan.

Kerajaan Negeri juga tidak akan menerima semula wang bantuan yang dipulangkan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan ahli lembaga pengarah memulangkan RM1,993.95 kepada seorang ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-sekolah Cina (PLPSC) sebagai protes atas keengganannya menggantikan semula RM12,000 yang dibayar untuk tunggakan bil elektrik sebelum ini dianggap menafikan sumbangan Kerajaan Negeri selain menolak hak warga sekolah itu.

Untuk itu, beliau mengarahkan PLPSC memulangkan semula wang berkenaan kepada pengurusan sekolah terbabit kerana sumbangan itu merupakan sebahagian janji Kerajaan Negeri kepada sekolah Cina.

“Soal sama ada mereka (pengurusan sekolah) hendak terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka.

“Kita sudah menunaikan janji kepada masyarakat Cina dan saya minta sekolah terbabit jangan bermain politik dalam isu pendidikan kerana ia melibatkan masa depan anak-anak,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Di sebalik tindakan itu, Kerajaan Negeri masih komited untuk terus membantu pada masa depan bagi meringankan beban 42 sekolah jenis persendirian Cina di Kedah melangsaikan bil elektrik dan air.

“Bantuan tetap diteruskan, cuma jumlah dan peruntukan kita tidak pasti.

“Sekiranya Kerajaan Negeri dapat hasil pendapatan lebih, kita bagi lebih. Bagaimanapun, saya akan sentiasa memastikan pendidikan masyarakat Cina tidak dipinggirkan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah kesal dengan tindakan ahli lembaga pengarah sebuah sekolah jenis persendirian Cina di Sungai Petani mempolitikkan isu bantuan Kerajaan Negeri apabila memulangkan semula duit bantuan untuk menyelesaikan tunggakan bil elektrik sekolah itu Jumaat lalu.

Pengerusi DHPP Kedah, Tan Weng Fatt berkata, tindakan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Jenis Persendirian Sin Min, Beh Teng Keong mewakili sekolah memulangkan RM1,993.95 kepada seorang AJK PLPSC sebagai protes dan tidak menghargai sumbangan Kerajaan Negeri kepada masyarakat Cina.

Lesap RM52 bilion saham bumiputera, Umno khianat Melayu- Khalid Jaafar

Dari Keadilan Daily

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Khalid Jaafar mengulangi desakan supaya pimpinan Umno memberi penjelasan ke mana hilangnya RM52 bilion saham bumiputra, sebelum bercakap soal membela orang Melayu.

Beliau berkata demikian mengulas isu saham bumiputera berjumlah RM52 bilion yang dilesapkan di Bursa Kuala Lumpur, seperti mana yang didedah Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun sehingga kini, katanya, kerajaan pimpinan Umno masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung isu itu.

“Sehingga sekarang masih tiada pemimpin Umno perjelaskan isu saham yang disonglap mereka. Semua orang perlu tahu ke mana perginya sejumlah besar saham tersebut,” kata Khalid ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, saham bumiputera diperuntukan melalui Dasar Ekonomi Baru, cetusan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bagi mengangkat martabat ekonomi di kalangan bumiputera.

Namun katanya, akibat perbuatan Umno yang sanggup mengkhianati orang Melayu sendiri, menyebabkan bangsa itu masih terkebelakang dalam soal ekonomi dan pegangan ekuiti.

“Mereka (Umno) tidak layak bercakap pembelaan orang Melayu, kerana mereka tidak bermoral untuk membela orang Melayu.

“Saham bumiputra sebenarnya rancangan dalam DEB, yang kita tahu DEB itu sendiri dirumuskan untuk mengangkat martabat orang Melayu, tapi apa yang berlaku sebaliknya apabila Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak amalan rasuah dan khianat yang dianjurkan Umno punca saham Bumiputra hilang.

“Menteri sendiri mengaku DEB gagal, ini semua kerana rasuah, khianat yang dilakukan Umno. Sebab itu Pakatan Rakyat menolak DEB, tetapi kita pula dituduh pengkhianat,” katanya.

Menurut Khalid, sekiranya siasatan dijalankan, beliau percaya banyak lagi pengkhianatan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dapat didedahkan.

“Siasat dulu ke mana hilangnya saham Bumiputra, saya pasti banyak lagi dapat dibongkarkan kerana mungkin juga ianya bersiri. Tambahan pula jumlah yang dilesapkan itu terlalu besar,” katanya.

Isu saham bumiputera ditimbulkan sejak Mac tahun lalu oleh Pakatan Rakyat. Ia berdasarkan pengakuan perdana menteri sendiri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan saham bumiputera hanya tinggal RM2 bilion dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

KEADILAN sejak Febuari lalu mendesak supaya kerajaan merombak satu mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham berkenaan, serta mengumum senarai penerima 1.5 bilion unit saham khas tersebut tahun lalu.

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .

Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.

Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!!

Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?

Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

Kanak-kanak Ribena dalam Umno

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

KEPADA minda ahli politik Umno, parti mereka boleh hancur akibat serangan daripada pembangkang. Pemikiran seperti ini adalah unik dan secara eksklusif cuma dipupuk dan tertanam dalam minda pemimpin dan ahli parti tersebut sahaja.

Berbanding dengan parti lain dalam sejarah negara masing-masing di seluruh dunia ini, deduksi dan rumusan serupa tidak pula dikongsi. Lebih lazim daripada tidak, kehancuran sesebuah parti politik adalah akibat ia tidak lagi mendapat sokongan rakyat kerana gagal menyelesaikan isu bersabit kehidupan rakyat dan beransur-ansur hilang populariti sebelum akhirnya berkubur.

Namun di Malaysia, Umno menjadikan segala-galanya unggul sehingga keadaan dan mungkin juga raison d’etre parti berkenaan tidak sama dengan mana-mana parti politik yang pernah wujud di dunia ini.

Justeru sejak dulu, kini dan mungkin selama-lamanya (dibaca selama mana parti itu wujud), persepsi am yang sentiasa menghantui pemimpinnya, walaupun hantu itu hanyalah hantu ciptaan dan rekaan minda mereka sendiri, ialah bahawa Umno akan hancur jika diserang oleh parti pembangkang.

Minggu lalu persepsi yang boleh dianggap tidak munasabah dan tidak keterlaluan jika dikatakan juga sebagai sesuatu yang bersifat kebudak-budakan ini sekali lagi kembali diulangi dan dimomok-momokkan kepada ahli-ahli Umno. Kali ini jurucakap parti yang menyandang misi ini ialah seorang anggota Majlis Tertinggi dan juga berjawatan Timbalan Menteri Pelajaran.

Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Raja, Shah Alam, seolah-olah seperti tidak ada modal lain, Dr Mohd Puad Zarkashi menjadikan topik kemungkinan akan hancurnya parti yang beliau anggotai itu sebagai tema utama ucapannya.

Antara lain beliau menekan dan menyebarkan kepercayaan kononnya Umno boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilalukan oleh pembangkang.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, ketika bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Puad berkata, "Dia (pembangkang) nak orang marah dengan Umno dan seterusnya melemahkan kuasa orang Melayu."

Bagi ahli-ahli dan pemimpin kecil-kecilan Umno, hal-hal remeh dan bahkan tidak mendatangkan faedah sama sekali kepada parti mereka adalah sesuatu yang tidak terlalu sukar untuk dihadam dan ditelan bulat-bulat ibarat penagih dadah menelan pil syabu.

Sejarah Umno yang lebih kontemporer memperlihatkan betapa trend memabukkan ahli-ahli serta pemimpin kecilan-kecilan parti dengan anekdot seperti ini sudah menjadi, adakalanya seperti satu antidot apabila pemimpin atasan merasakan keyakinan peringkat akar-umbi terhadap pucuk pimpinan dirasakan sedang hampir dilanda kegeringan keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat parti.

Namun demikian, sebagaimana umum lebih memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang selama ini, sama ada di dalam Parlimen, Dun dan juga menerusi pelbagai media yang boleh digunakan oleh mereka termasuk laman sosial seperti FB, ruang penulisan maya seperti blog dan aplikasi penyebaran berita seperti twitter adalah lebih menjurus kepada apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dan apa yang dilakukan oleh kerajaan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat.

Oleh kerana sistem demokrasi sebagaimana difahami oleh rakyat ialah bahawa negara ini bukannya milik mutlak BN ataupun Umno melainkan parti tersebut hanya diberikan mandat sementara untuk menguruskan hal ehwal rakyat, dan bahawa hanya kebetulan sahaja Umno-BN memiliki kuasa politik, maka kepada minda yang lebih intelektual, kritikan yang dibuat ke atas kerajaan tidak boleh dianggap sebagai perbuatan kononnya pembangkang mahukan orang marah dengan Umno.

Kebijaksanaan dan petua politik mengatakan betapa keintelektualan politik tidak boleh dicampuradukkan dengan naluri emosi. Tidak ada sesiapa boleh menafikan betapa sebagai sebuah parti yang telah menerajui dan menjadi tonggak kepada pemerintahan negara ini sejak Merdeka, Umno pernah melahirkan pemimpin yang memiliki keintelektualan politik yang tinggi.

Pemimpin Umno dalam kategori ini mampu mengangkat dirinya sehingga ada ketikanya turut dihormati oleh pembangkang sekalipun. Ini kerana sekiranya parti yang dipimpinnya mengalami kemerosotan populariti, maka ia akan mencari punca dalaman dan memperbaikinya tanpa perlu menuding jari ke arah pembangkang.

Dan dalam menangani pembangkang pula, ia akan menghujahkan isu dan bukannya menuduh pembangkang menghasut rakyat membenci partinya.

Suka atau tidak, inilah kekuatan Umno pada suatu ketika dulu. Hari ini, Umno sudah menjadi sebuah parti yang begitu mudah diperkotak-katikkan oleh bukan sahaja rakyat tetapi oleh ahlinya sendiri kerana semakin ramai pemimpin berpendidikan formal yang tinggi tetapi tidak berwibawa, tidak memahami atau menjiwai falsafah politik dan menggunakan pendekatan emosional keterlaluan yang mudah sahaja dilihat bukan bertujuan menyelamatkan negara dan rakyat ini (sebaliknya memecahkan ukhwah antara kaum) kerana merasakan inilah satu-satu cara untuk menjadi juara dan mendapat perhatian pucuk pimpinan parti agar diberikan tempat yang lebih tinggi sama ada dalam hierarki parti ataupun kerajaan.

Dan inilah juga di antara sebab mengapa dalam masa satu dan dua dekad terakhir ini Umno tandus pemimpin pelapis yang benar-benar berkaliber dan bertanggungjawab terhadap setiap rakyat Malaysia.

Tidak ada gunanya Umno mendabik dada, sebagaimana yang disebut oleh Naib Presidennya, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengatakan kononnya Umno adalah untuk semua kaum tetapi dalam waktu yang sama ada pemimpin pelapisnya yang menggunakan pendekatan emosi melampau.

Misalnya, dalam blognya (entri 20 Disember 2010), Dr Puad menulis: "Hidup mati DAP adalah bergantung kepada putar belit mereka mempolitikkan isu 3R itu. DAPlah bapa salah guna 3R. Keutamaan DAP ialah undi kaum Cina. Bolehkah mereka mendapat undi Cina tanpa menyalahgunakan isu 3R itu? Undi Melayu hanyalah bonus yang diperolehi melalui ihsan PAS dan KeADILan."

Seseorang boleh sahaja berhujah tentang keutamaan MCA pula untuk mendapatkan undi kaum Cina dan undi Melayu hanyalah bonus yang diperolehi menerusi ihsan Umno dan parti komponen lain. Tetapi ini sudah macam kanak-kanak berkelahi pula.

Sebaliknya bagi seseorang yang daya keintelektualan politiknya lebih tinggi, seorang ahli politik tulen, ia akan membawa dirinya serendah itu tetapi mencari jalan sedaya upaya bagi meredakan sebarang ketegangan dan seterusnya penyelesaian terbaik.

Kini begitu nyata betapa kualiti pemimpin pelapis Umno semakin merosot. Justeru apakah kita boleh menyandarkan harapan kepada pemimpin seperti ini dan terus sanggup mengambil risiko membiarkan Umno terus berkuasa?

Petronas tanggung RM21 bilion kerugian dari perjanjian IPP-Rafizi


KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa kerajaan mengkaji semula keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan tenaga di negara ini supaya berlaku adil kepada rakyat.
Menurut beliau, selepas menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai kambing hitam oleh kerajaan, Petronas pula terpaksa menanggung bebanan sehingga RM21 bilion setiap tahun.

“Untuk berlaku adil, keseluruhan industri penjanaan dan pembekalan elektrik perlu dikaji. TNB dipaksa menandatangani perjanjian membeli elektrik dari penjana bebas pada kadar yang tinggi. Lebih dari separuh kos TNB adalah untuk membayar Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Yang dimarahi rakyat adalah TNB kerana TNB yang menjadi kambing hitam dan budak jahat.

“Lebih teruk, apabila perjanjian itu juga menyebut kalau ada sebarang kenaikan kos bahan api (gas, arang batu), IPP ini tidak perlu menanggungnya.

“Akibatnya Petronas pula yang terpaksa menanggung sehingga berjumlah RM21 bilion setiap tahun berdasarkan anggaran terbaru kita,” kata Rafizi yang juga bekas Pengurus kanan di Petronas.

Untuk rekod, TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal manakala Petronas pula diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada syarikat tersebut.

IPP pula kemudian membeli tenaga lebih mahal daripada Indonesia dan kawasan minyak JDA di sempadan Malaysia-Thailand.

Rafizi baru-baru ini mendakwa Petronas terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, ekoran keresahan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan rakyat berhubung kenaikan tarif elektrik, mereka terpaksa menenangkan rakyat kononnya kerajaan memotong subsidi korporat.

“Bila rakyat mula bangkit, BN resah dan mahu menenangkan rakyat dengan menghebahkan kononnya memotong subsidi korporat. Tetapi jalan yang diambil adalah dengan menghukum rakyat, apabila tarif elektrik dinaikkan supaya kenaikan harga bahan api (arang batu dan gas) ditanggung oleh rakyat.

“Ini akan beri kesan kepada harga barang dan melonjakkan lagi kadar inflasi yang sudah tinggi akibat beberapa siri kenaikan harga baik gula, harga petrol, diesel dan lain-lain sejak kebelakangan ini.

“Dalam keadaan gaji rakyat yang tidak naik akibat kegagalan BN mewujudkan agihan kekayaan yang adil, ini akan menyukarkan lagi hidup seharian rakyat,” kata beliau kepada Keadilandaily.com.

Selain itu katanya, kerajaan perlu mengambil inisiatif yang bijak bagi mengelakkan kenaikkan tarif elektrik yang membebankan rakyat.

“Runding dengan IPP supaya caj yang terlampau mahal yang dikenakan kepada TNB atas elektrik yang dijual dikurangkan, kerana caj yang terlalu tinggi hingga memberi keuntungan besar dan berat sebelah inilah yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia tinggi.

“Apabila caj dari IPP ini dikurangkan, barulah beban kewangan TNB boleh dikurangkan dan subsidi bahan api (gas dan arang batu) boleh dikurangkan agar wang boleh digunakan untuk tujuan lain sementara tarif lektrik dikekalkan kerana penjimatan dari caj IPP yang lebih rendah boleh digunakan untuk menampung kenaikan kos bahan api,” kata beliau.

Monday, May 30, 2011

Antara Najib & Anwar: Siapa yang menopause?

Oleh Ust Saiful Bahri

Najib silap baca golongan muda?

Putrajaya - Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan

Apakah Najib silap atau Anwar yang silap. Jangan jadi seperti berita dari negeri Najib, PM Malaysia.

Bentong, PAHANG - Seorang doktor di Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap seorang wanita separuh baya yang sudah berada di ambang menopouse tetapi didapati mengandung dua bulan.

Wanita yang memiliki dua anak, berusia 21 dan 28 tahun mengaku bahawa ia amat terkejut dengan penemuan si doctor tentang kandungannya, sebelum akhirnya ia berusaha mendapatkan pandangan kedua dari doktor lain.

"Saya dan suami saya memang sama-sama tak menggunakan kaedah perancang, namun saya tak terfikir bahwa saya sedang hamil," katanya. Mereka berdua mengaku panik ketika didapati sudah dua bulan beliau tidak didatangi haid dan beliau malah terkejut apabila doktor menyatakan beliau hamil.

Beliau yang berasal dari Bentong, Pahang kemudiannya mencari doktor lain untuk membuat pengesahan dan didapati bahawa haid beliau tidak datang bukan karena dia hamil, melainkan kerana beliau sudah masuk masa menopouse.
Ok alolahhhh!!!! ... adakah Umno-BN dah sampai masa menopause? Jangan tersalah tafsir pulak. Menopouse disangka mengandung. Kes naye nanti!!!!
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Pelarasan Subsidi : Sikit pun nak kalut

Elektrik: BN bela IPP, bebankan rakyat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7% .

Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.

Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka.

Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun (esok) sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.

“Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat.

Tambahnya, tetapi nilai itu amat besar kepada pemain industri dan rakyat yang mengunakan elektrik 301kW ke atas.

“Bagaimana pengusaha restoran dan peniaga-peniaga runcit pula?” soalnya.

Menurutnya, mereka juga antara pengguna sumber yang banyak kerana beroperasi lebih dari 12 jam sehari.

Maka, katanya tidak mustahil mereka akan meningkatkan nilai harga jualan mereka yang akhirnya rakyat sebagai pelanggan akhir juga terbeban.

Beliau menambah, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan yang ditamat pada Disember 2011 pula akan menyebabkan sebahagian besar isi rumah dari 5.94 juta akan terkesan.

Katanya, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya.

Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka.

Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.

“Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran,” ujarnya.

Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.

“Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat,” katanya lagi.

Tetamu khas antarabangsa: Bukti Dunia bersama PAS


Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar.

Di antara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr.Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr.Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr.Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

Di samping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 Jun 2011 jam 8 malam di Dewan MBSA.

*Kenyataan media oleh Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (gambar atas) selaku Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat.

KUIN: Beginikah cara layan anak muda?

Oleh Mohd Taufiq Abdul

Sejak pilihan raya umum ke-12 lalu, saya tertanya-tanya apakah pendirian Pakatan Rakyat mengenai anak muda. Adakah benar mereka ikhlas mahu memperjuangkan isu anak muda ataupun ia sekadar retorik politik semata-mata.

Akhirnya, pada 25 Mei lalu, saya telah mendapat jawapan tersebut. Ternyata baik BN mahupun Pakatan Rakyat, keduanya 'tidak mesra' dengan anak muda khususnya golongan mahasiswa.

Pada tarikh ini, golongan mahasiswa di KUIN telah dikenakan satu tindakan yang saya kira sangat tidak wajar.

Enam orang mahasiswa daripada KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak pentadbiran KUIN.

Ada antara mereka yang telah didenda. Malahan ada yang telah digantung pengajian selama dua semester!

Hal ini saya kira telah mencabar kami sebagai golongan anak muda yang mempunyai hak bersuara seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Di sini, saya hendak memberi peringatan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS, jangan sesekali mencabar kami golongan anak muda.

Kami, golongan anak muda sama sekali tidak rela dijadikan bahan mainan politik kedua-dua belah pihak terutama dalam meraih simpati politik yang kini semakin jijik dan kotor.

Saya amat berharap agar kemelut ini diselesaikan dengan baik. Pakatan Rakyat khususnya PAS harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan hal ini.

Ingatlah, kehadiran kami golongan anak muda ini bakal menentukan survival politik Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Penulis adalah pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M N) KUIN

Takdak duit khekah kepala rakyat, deje punya BN

oleh KedahLa

Oleh: Mat Kering Bakat Bata

Selepas harga gula dinaikkan RM0.20 sekilo kini tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa 1 Jun ini.

Bagi menipu rakyat yang mereka anggap bodoh-bodoh belaka, kenaikan harga gula dikaitkan dengan usaha mengurangkan penggunaan gula dalam makanan, manakala kenaikan tarif elektrik pula kononnya tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna domestik.

Sekali pandang kenaikan gula RM0.20 tu kecik, begitu juga kenaikan tarif elektrik mungkin tak kena majoriti rakyat secara langsung. Tapi yang rakyat dok tanggung setiap kali kenaikan harga minyak, gula, alektrik serta lain-lain barang kawalan kerajaan ialah KESAN atau AKIBAT dari KENAIKAN itu.

Akibat dari kenaikan itu ialah semua barangan atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya akian turut naik. Paham kedak ni UMNO BN bengong woii!!!

Baru-baru ni MK singgah kat RnR Gurun. Oleh kerna ramai sangat orang kat kedai makan, maklumlah cuti sekolah.. MK pi beli ayaq Milo kat gerai kat luar bawah khemah tu. Milo sejuk cup plastik yang kecik tu, bukan yang bersaiz besar yang jual RM1.00 kat pasar malam tu... tau berapa harga, RM2.30! Alasan dia, "gula naik bang".

Itu cerita dekat RnR tempat di mana harga boleh dikawal, apatah bagi tempat yang tiada siapa boleh kawal kenaikan harga makanan bermasak yang tidak tersenarai dalam barangan kawalan. Itu baru secawan Milo, tak kita lagi harga makanan. UMNO akan terus bagi jawapan loyar buruk kepada rakyat, "Kalau dah mahai, tak payah makan." Kepala hotak hangpa!

Begitulah juga dengan kenaikan tarif elektrik, semua syarikat yang berkaitan dengan kenaikan tersebut akan naikkan kos perkhidmatan atau produk mereka. Cuba habag mai, produk apa buat tak guna elektrik? Kos hidup rakyat malaysia akan terus meningkat.

Mengapa harga minyak, gula, elektrik naik?

oleh KedahLa

Oleh: Tok Non

Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata.

1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain selain dari 'seluk poket rakyat' ambik duit sebagai sumber pendapatan. Rakyat bawahan merah bijik mata pulun cari duit, depa senang-senang tadah kantung.

2) Untuk menggunakan duit tersebut membiayai BN hadapi pilihanraya umum ke 13. Umumnya jentera BN tak boleh bergerak tanpa duit. Biaya bilik gerakan, makan minum, kempen, merasuah pengundi semua perlu duit. Nak bawak masuk pengundi Sabah mai tukar alamat, nak cetak VCD lucah untuk diedarkan kepada rakyat perlu duit, upah Datuk SK buah sumpah laknat bukan free tu saja habis berjuta-juta, nak upah pelakon mirip Anwar.. semua perlu duit. bagi BN biar rakyat marah sekejab tarif lektrik naik, lepas tu rakyat suka balik dapat rasuah sepuluh dua dekat pilihanraya.

3) Untuk kroni BN makan besar. Harga barang naik macam mana pun, kroni BN dan suku sakat mereka tetap kaya raya, senang lenang. Rosmah Mansor masih dapat keluar negara saban waktu, boleh shopping kat mana-mana dunia pun tanpa had belanja, sebab yang biaya dia semua duit rakyat.

Ada satu soalan/alasan yang dicipta oleh agent propaganda BN, bagi merasionalisasikan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik iaitu: Kerajaan perlukan duit untuk kebajikan rakyat, kalau semua duit diguna untuk subsidi harga barang, macam mana nak buat pembangunan untuk rakyat?

Jawapannya: Boleh sebenarnya jika kerajaan BN menguruskan negara dengan kos sebenar. Maksudnya berbelanja tanpa 'mark up' dari harga sebenar. Mengikut Laporan Audit 2009 kerajaan BN telah membazir sebanyak RM40 Billion apabila kos projek yang dibuat kerajaan tidak seperti harga sepatutnya.

Nak cerita mudah kat orang kampung macam ni... kalau kata kos sebenar sebuah jambatan yang dibuat dalam kampung cuma RM100 ribu, tapi harga depa letak ialah RM1 juta. Maknanya RM900 ribu lagi puak-puak tu sapu sama ada untuk peribadi, kroni, parti politik, beli undi pemilihan UMNO dan sebagainya. Itu yang dipanggil ketirisan.

Inilah punca duit negara tak pernah cukup, penyamun tarbus BN dok sapu. Kalangan rakyat yang tak tau apa-apa simpati bukan main dekat kerajaan, walhal depa tarik subsidi tu 'demi tembolok' mereka dan kroni. Tiada kena mengena dengan kebajikan rakyat.

Bila ‘boleh’ dan ‘tak boleh’ sama sahaja

Oleh: Shirzad Lifeboat

Kalau satu waktu dulu misi ‘menjual Malaysia’ ini macam menjual koyok, hari ini kelebihan itu sudah tidak ada lagi.

‘Menjual Malaysia’ tidak pernah lebih sukar dari pengalaman hari ini. Pada dekad 1970-an sehingga, mungkin sekitar dekad 1990-an, misi pelaburan yang diketuai oleh Perdana Menteri ketika itu berjaya membawa masuk sekian banyak pelaburan asing sehingga ia merobah lanskap kawasan satu ketika dulu hutan belantara kepada bangunan kilang moden dengan segala infrastrukturnya.

Selain daripada mengiklankan betapa Malaysia adalah sebuah syurga percukaian, antara kelebihan lain ketika itu ialah buruh murah - terdiri dari rakyat Malaysia yang gagal mendapat tempat di IPT atau dalam kes lain gagal menamatkan persekolahan menengah.

Walaupun dasar FDI (foreign direct investment) Malaysia ketika itu seolah-olah bercanggah dengan cita-cita melahirkan satu generasi masyarakat berpendidikan dan berilmu, namun tidak ada mana-mana pihak yang menyedarinya. Alasan piawaian kerajaan ialah menyediakan pekerjaan kepada rakyat Malaysia lantas mengurangkan kadar pengangguran.

Apapun hari ini, iklim pelaburan asing di Malaysia tidak sama dengan era terdahulu di mana Malaysia turut muncul sebagai Harimau Asia. Apabila generasi pertama dan kedua ‘minah karen’ dan ‘mat kilang’ (kebanyakannya orang Melayu) sudah pencen wajib, generasi baru agak kurang minat untuk bekerja di kilang milik entiti asing.

Inilah antara sebab dalam masa sedekad lalu, banyak pelabur asing yang menutup kilang mereka di negara ini dan membawa keluar pelaburan ke negara lain seperti China di mana kos buruhnya masih kecil dan tidak terlalu membebankan angka untung kasar.

Suka atau tidak, tempoh sedekad terakhir ini menyaksikan kemerosotan paling drastic jumlah FDI di Malaysia. Justeru apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan misi menarik pelabur Amerika Syarikat dalam program yang dinamakan olehnya Invest Malaysia New York 2011, ia bukanlah sesuatu yang begitu menghairankan.

Sekiranya jumlah pelaburan asing di Malaysia masih kekal ke tahap seperti dekad-dekad yang disebut itu atau menunjukkan trend bertambah, sudah tentu Najib tidak perlu mengadakan misi menjual Malaysia lagi. Apa perlunya bersusah payah mencari pelabur baru untuk melabur di negara ini sekiranya jumlah yang ada lebih dari mencukupi bagi menjanakan pendapatan dan ekonomi yang dapat menyokong transformasi ekonomi sebagaimana yang giat diperkatakan beliau dan begitu rancak di perbesar-besarkan oleh media kerajaan.

Walaupun Najib, sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan akhbar harian dikatakan berjaya menarik pelaburan di antara 4 hingga 6 bilion dolar AS dalam masa beberapa tahun akan datang ini, namun sebagaimana yang dijangkakan ia hanyalah perjanjian mulut yang belum tentu lagi akan direalisasikan.

Adalah dikatakan sebanyak 4 bilion dolar AS akan dilaburkan oleh Motorola Inc dan jika ini benar maka bermakna misi Najib hanya berjaya meyakin pelaburan berjumlah 2 bilion dolar AS. Sebenarnya seseorang tidak semestinya melihat pelaburan oleh Motorola Inc ini sebagai satu pelaburan baru hasil misi Najib. Ini kerana, sebagaimana yang disebut oleh Najib sendiri, syarikat multinasional berpengkalan di Illinois, Chicago itu sudah berada di sini sejak 37 tahun dahulu. Tentulah agak terlewat bagi syarikat berkenaan untuk memindahkan operasi Timur Jauhnya ke sebuah negara lain kerana kos permulaan termasuk mendirikan kilang dan sebagainya serta risiko pengurusan buruh tidak memberikan justifikasi menguntungkan.

Justeru, tolak angka 4 bilion dolar AS yang dikatakan bakal dilabur oleh Motorola, maka bermakna dan sekiranya apa yang dijanjikan oleh syarikat Amerika Syarikat itu merupakan komitmen teguh terhadap FDI mereka di Malaysia dalam masa dua atau tiga tahun akan datang, maka ini bermakna jumlah pelaburan bersih yang dapat ditarik oleh misi Najib hanyalah 2 bilion dolar AS sahaja.

Angka sebanyak 2 bilion AS ini sudah tentulah celah gigi berbanding dengan apa yang dikatakan oleh Najib di hadapan 350 usahawan dan broker saham yang dilaporkan oleh media tempatan sebagai memegang jumlah aset sebanyak 6 trilion dolar Amerika.

Ia juga kecil dan tidak sepadan dengan apa yang dijelaskan oleh Najib mengenai kehebatan ekonomi Malaysia dan Asia. “dan apabila anda melabur di Malaysia, di bawah rancangan transformasi itu, anda sekarang akan mendapat lebih AS$400 bilion dalam bentuk peluang. Anda juga mendapat masuk ke pasaran yang membabitkan 600 juta pengguna yang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan AS$2 trilion tahun ini.”

Tidaklah dapat dipastikan sekiranya 350 usahawan dan broker saham yang hadir dalam majlis makan malam di Pasaran Saham New York Euronext itu benar-benar yakin dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri.

Apa yang pasti, sebagaimana New York adalah hanya sebuah mimpi kepada kebanyakan rakyat Malaysia, begitu juga dengan kemampuan kerajaan yang ada hari ini sama ada merealisasikan transformasi ekonomi atau setidak-tidak mengembalikan zaman kegemilangan FDI ke Malaysia. Dalam misi beliau ke Amerika Syarikat, Najib juga mengumumkan program guru Peace Corp untuk pelajar luar bandar Malaysia. Menurutnya Amerika Syarikat sudah bersetuju menghantar seramai 30 orang guru untuk mengajar bahasa Inggeris.

Tidaklah pasti sama ada ini satu langkah yang baik atau sebaliknya. Hari ini, sebagaimana yang disebut oleh seorang kolumnis akhbar Sinar Harian, sudah ada murid yang menulis “I has a balls”. Kita tidak terkejut, di bawah guru sukarelawan Amerika yang diusahakan Najib ini sebagai acara sampingan misi pelaburannya ke negara itu, akan ada pelajar yang tidak lagi dapat membezakan di antara boleh dengan tidak boleh. Ini kerana “can” dengan “can’t” disebut dalam sebutan yang sama sahaja.

PRU13: Slogan tawan Putrajaya merimaskan?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Terbaru, ramai menyebut Julai ini, hanya sekitar dua bulan lagi. Nampak macam begitu tergesa-gesa. Saya sendiri agak payah mencari rasionalnya. Tidak mudah BN menghadapi pilihan raya dalam suasana sekarang. PRU13 adalah hidup-mati buat Najib dan BN.

Juga sama penting kepada Pakatan Rakyat. Pertarungan ini perlu persiapan rapi dari segi taktik, strategi dan logistik. Di samping faktor kekuatan, kecenderungan mengundi juga dipengaruhi oleh "siapa yang paling sedikit melakukan kesilapan"?

Apakah Najib Razak, yang pertama kali bakal memimpin BN dalam pilihan raya paling sengit pernah disaksikan di negara ini, yakin bahawa momentum Mac 2008 sudah dimatikan? Mampukah dia mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menebus maruah di negeri-negeri Pakatan? Sukar dipastikan apakah petunjuk yang dipegang Najib? Selain itu, dan ini di antara yang terpenting buat jentera BN, bagaimana dengan kantung dana politiknya, yang akan digunakan untuk membeli undi nanti?

Umno juga sering dihantui perpecahan dalaman apabila calon-calon pilihan rayanya dipilih. Begitu juga dengan prestasi merudum komponen BN, yang belum dapat dipulihkan lagi, khususnya parti-parti berasaskan kaum Cina. Pakatan wajar meneliti apakah benar amarah pengundi India terhadap BN sudah diubati?

Selain itu, "peperangan" merebut hati pengundi Melayu tidak seharusnya dibebankan kepada PAS semata-mata. Imej Pakatan di kalangan Melayu -- jika terdapat "gangguan" -- mesti dijernihkan secara bersepadu. Persepsi pengundi jangan diremehkan. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala pengundi (sebahagiannya nampak seperti mudah ditepis) harus ditangani dan diperbetulkan.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, selain membayangkan kemungkinan tarikh PRU13 berlegar di antara hujung Ogos sehingga Oktober, turut menekankan soal "pertarungan sebenar adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu".

"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar apabila diwawancara Malaysiakini.

Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' Anwar daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.
"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.

Lebih merimaskan adalah manipulasi BN terhadap senarai daftar pemilih. Melalui kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pihak polis, komplot terancang menjatuhkan Pakatan terlaksana lebih awal sebelum hari mengundi. Berulang kali Harakah membongkar taktik kotor ini, terutama di Selangor dan dipercayai ia juga mensasarkan Kedah. Kelantan turut dimasukkan dalam agenda.

Soalnya, apakah dengan siri pendedahan itu membuatkan konspirasi ini terbantut, ataupun mereka "hanya memekakkan telinga dan buat bodoh sahaja" serta meneruskan tipu-muslihat tanpa segan-silu? Cukupkah satu dua bantahan dibuat kepada SPR, apatah lagi kos hangus yang terpaksa ditanggung cukup besar?

Atau, apa yang kita harapkan dengan perhimpunan raksasa Bersih, 9 Julai depan? Sejauh mana empat tuntutan asas pilihan raya bersih dan adil itu, yang ditambah dua lagi, akan dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan?

Sebagai warga media, saya lebih terdorong untuk memikir dan merencanakan persiapan terbaik Harakah berdepan kempen PRU13 ini. Selain membekalkan maklumat semasa, menjelaskan kekeliruan, mempamerkan perubahan kerajaan negeri Pakatan atau mendedahkan kebobrokan elit penguasa BN, bagi pembaca tertentu, Harakah harus lebih "beremosi" dan mampu "menginspirasikan" transformasi.

Begitu juga dengan tugas sukar membetulkan persepsi, terutama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung, yang berada di luar wilayah tradisi PAS. Harakah dituntut untuk membongkar komplot jahat BN, memerangi penyakit korupsi yang bertambah kompleks dan sukar dikesan undang-undang, tanpa melupai tawaran formula penyelesaian, mengubati krisis sosial, merawati keluh-kesah kenaikan kos sara hidup dan menguruskan secara berhemah khazanah negara; tentunya tidak sekadar membutirkan kembali dokumen Buku Jingga.

Berbanding PRU Mac 2008, kekerapan Harakah hanya dua kali sebulan. Apabila Parlimen dibubarkan, kami terpaksa menerbitkan akhbar tidak berkala, Kempen dan menambahkan halaman Harakah bagi menampung bahan-bahan yang melimpah, termasuk manifesto dan senarai calon. Peningkatan muka surat bermakna penambahan kos cetak.

Agak beruntung waktu itu, tempoh berkempen agak lama, lebih kurang dua minggu. Kuasa siber juga cukup dominan, terutama YouTube, blog dan laman-laman web, menjadikan pengundi selesa mendapatkan informasi daripada dalam bilik tidur sahaja!

Kini, cabaran terbesar Harakah -- selain mempertingkatkan kandungan dan persembahannya bagi menambat hati pembaca -- jumlah edarannya juga mesti dilipatgandakan sebelum tarikh pilihan raya ditentukan. Alhamdulillah, kekerapannya telah dikembalikan kepada dua kali seminggu. Mungkin target 350,000 naskhah seperti dicatatkan menjelang pilihan raya umum 1999 cukup tinggi untuk digapai, tetapi sekurang-kurangnya setiap pelosok dan ceruk rantau harus ditembusi Harakah.

Berdasarkan respons pembaca dan tinjauan rambang, edaran Harakah masih terbatas. Malah terdapat rungutan bahawa pimpinan dan aktivis PAS sendiri seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Harakah. Lidah rasmi parti itu hanya berkembang atas kehendak pasaran, tidak didokong oleh pelan pemasaran yang lebih agresif. Harus diingat sekatan KDN tetap membelenggunya.

Justeru, ada pihak mencadangkan agar kempen meningkatkan pengedaran Harakah disegerakan. Beberapa syor untuk "memasyarakatkan" Harakah telah dikemukakan, termasuk dalam kolum Wacana Budaya Dinsman, dengan mencari dermawan bagi mengagihkannya secara percuma, selain sokongan terbuka pimpinan tertinggi PAS sendiri. Jika Utusan Malaysia (yang kerap menyiarkan "bahan lucah") itu pun diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah melalui penajaan khas, mengapa Harakah harus bersikap apolegetik.

Sebagai permulaan saya menggagahkan diri mengunjungi pimpinan PAS di peringkat negeri, sekurang-kurangnya mendengar sendiri harapan dan mungkin kekecewaan mereka terhadap Harakah. Berbanding KeADILan dan DAP, tumpuan PAS mungkin lebih difokuskan di peringkat Dun. Berdasarkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya Mac 2008, hampir di semua negeri, PAS diberi kepercayaaan untuk bertanding paling kerusi negeri.

Di samping mengharapkan ada inisiatif segera mempergiatkan rangkaian jualan Harakah, seterusnya memastikan setiap pengundi mendapat maklumat dan penjelasan, sama ada melalui akhbar bercetak atau versi online, kami di bahagian editorial bertekad untuk memastikan satu lagi sejarah baru politik Malaysia bakal terbentuk dalam PRU13, insya-Allah.

Namun begitu, ingatan seorang pembaca Harakah melalui emel kepada saya elok untuk direnung: "Saya kira, Pakatan Rakyat jangan ghairah sangat sebut hendak tawan Putrajaya atau lantang bercakap menambah bilangan negeri untuk dikuasainya, atau terlalu asyik membincangkan hal pilihan raya. Bukan semua rakyat suka dengan teka-teki tarikh PRU13 ini. Mereka lebih prihatin dengan masalah seharian yang bertindan-tindih, dan mahu segera diselesaikan, termasuk di negeri-negeri Pakatan."