Showing posts with label Mohd Rafizi Ramli. Show all posts
Showing posts with label Mohd Rafizi Ramli. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Najib buat keretapi laju untuk rakyat Singapore..tapi pakatan tawar untuk bandar ke bandar..!!!

Pakatan bersaing dengan Putrajaya, tawarkan keretapi laju antara bandar

 Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. — Gambar oleh Choo Choo May

PETALING JAYA, 20 Feb — Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan hari ini keretapi laju antara bandar akan menjadi sebahagian daripada manifesto Pilihan Raya 2013 mereka, dengan mengatakan ia lebih diperlukan berbanding keretapi laju Kuala Lumpur - Singapura.

Ini datang di tengah-tengah usahasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura untuk melengkapkan jaringan keretapi laju di antara kedua-dua bandar raya menjelang 2020, yang diramalkan memakan kos sehingga RM13 bilion.

"Walaupun manifesto PR hanya akan dilancarkan Isnin depan... Saya boleh beri penjelasan awal ianya akan memberikan komitmen khusus untuk membina sistem keretapi laju antara bandar," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kepada pemberita di sini.

"Ia adalah pembangunan dalam tempoh jangka panjang dan dilaksanakan secara berperingkat."

Sistem ini menghubungkan bandar-bandar utama dari Perlis ke Johor Bahru, serta menghubungkan Pantai Timur dari Kelantan ke Pantai Barat, Rafizi menawarkan.

"Projek ini mendahulukan rakyat ini terus menjadi perbezaan utama di antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional BN).

Rafizi mempersoalkan keputusan untuk mempunyai hanya dua tempat berhenti selepas meletakkan infrastruktur kereta api diperlukan di sepanjang laluan, yang katanya sudah mengambil kira-kira 70 peratus daripada jumlah kos pembinaan.

"Kami tidak menentang projek tersebut, negara memerlukan tulang belakang, keretapi yang efisyen dan laju, tetapi yang lebih penting adalah untuk menyambungkan antara bandar," tegas Rafizi.

Beliau juga mengkritik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan projek mega di saat akhir sebelum negara menghadapi pilihan raya, dimana menurutnya pentadbiran Najib tidak seharusnya membuat komitmen kewangan yang tinggi dikala mandat semakin hampir untuk tamat.

Pengumuman berikut selepas tawaran konsesi lebuh raya utama dalam tempoh dua bulan lepas: West Coast Expressway berjumlah RM5.2 bilion pada bulan Januari, dan East Klang Valley Expressway berjumlah RM1.55 bilion awal bulan ini.

Rafizi menyamakan tindakan Najib seperti Tun Abdullah Badawi yang menandatangani beberapa perjanjian dan komitmen dengan Brunei di penghujung pentadbiran beliau dalam keadaan yang tergesa-gesa, termasuk menyerahkan Blok L dan M yang pulangan hasil minyaknya mencecah berbilion ringgit.

Ahli politik PKR itu juga melahirkan kebimbangan terhadap pemberian projek keretapi laju Kuala Lumpur - Singapura kepada konglomerat YTL Corporation Berhad, diketuai oleh Tan Sri Francis Yeoh yang beliau dakwa mempunyai hubungan rapat dengan gabungan pemerintah itu.

Menurut Rafizi, beberapa tahun lalu YTL menganggarkan kos projek keretapi laju ini mencecah RM8 bilion tetapi baru-baru ini mengatakan kos meningkat kepada RM13 bilion.

Najib dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan projek tersebut semalam, yang mana mereka mendakwa akan menguntungkan kedua-dua negara.

Keretapi tersebut akan mengurangkan masa perjalanan diantara kedua bandaraya tersebut ke 90 minit dengan Kastam, Imigresen dan kelengkapan quarantin baru di Puteri Harbour, Iskandar Malaysia yang akan disiapkan tahun ini.

Monday, December 24, 2012

PETRONAS akan di letakan bawah J/Kuasa PARLIMEN bila PR memerintah nanti

Pakatan mungkin potong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memotong dividen tahunan Petronas RM30 billion kepada Putrajaya jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum akan datang, menurut laporan portal berita perniagaan Bloomberg.com hari ini.

PR bercadang untuk menetapkan dividen Petronas kepada negara berdasarkan peratus keuntungan syarikat yang ditetapkan, dan dengan ini membenarkan syarikat petroleum negara itu untuk membuat lebih pelaburan di luar negara yang dijangka memberi lebih banyak keuntungan, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).

“Petronas seharusnya diuruskan secara komersil sepenuhnya,” katanya kepada Bloomberg semasa menerangkan cadangan Anwar, yang merupakan ketua umum PKR.

Menurut Bloomberg, pentadbiran PR akan mengadakan jawatankuasa peringkat parlimen di Dewan Negara untuk meningkatkan ketelusan terhadap Petronas, yang sekarang ini melapor terus kepada perdana menteri.

Petronas kini dilihat sebagai sumber kewangan negara, dengan laporan dari Reuters berkata pada Julai lalu ia adalah pembayar cukai terbesar dan sumber kewangan terbesar negara, dan menyumbangkan 45 peratus dari perbelanjaan kerajaan yang terus mempunyai hutang yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas berkata pada September lalu bahawa model sekarang, di mana pembayaran RM30 billion setiap tahun kepada Putrajaya harus ditukar kepada 30 peratus berdasarkan keuntungan, menurut laporan Bloomberg itu lagi.

Selain itu, perubahan polisi PR ialah untuk meningkatkan rizab petroleum negara dan pendapatan Petronas dengan membeli banyak blok petroleum di luar negara, dan mengurangkan pencarian di kawasan petroleum yang kecil di dalam negara.

PR dilaporkan berkata pencarian petroleum di luar negara mungkin merupakan cara yang lebih baik untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan Petronas dalam masa lima tahun yang berjumlah RM300 billion.

“Terdapat banyak kemungkinan akan mendapat blok yang lebih besar untuk kita dapatkan petroleum di luar negara.

“Kita akan hilang peluang untuk jangka masa panjang, kerana China sedang agresif mencar blok petroleum di seluruh dunia,” kata Rafizi kepada Bloomberg selepas temuramah bersama Bloomberg Selasa lalu.

Dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Petronas telah menawarkan pemotongan cukai dan perkongsian pengeluaran kepada syarikat carigali petroleum luar negara untuk memikat mereka untuk mencari gali kawasan petroleum luar pantai di negara ini.

Najib pada November 2010 berkata pencarian kawasan baru itu bermungkinan menjana pendapatan sehingga RM50 billion untuk 20 tahun akan datang, menurut laporan Bloomberg.

Tetapi menurut Rafizi, cara Putrajaya itu cuma untuk jangka masa pendek.

“Ini bukan soal kewangan, ini soal masa dan tenaga kerja. Potensi untuk mencari kawasan baru yang besar sangat terhad,” kata Rafizi, dengan Bloomberg melaporkan bahawa pengarah strategi PKR itu pernah bekerja di unit perancangan perniagaan di Petronas.

Andrew Harwood, seorang penganalisis dari syarikat konsultasi dari Singapore Wood Mackenzie Ltd, bersetuju dengan Rafizi.

“Ia sangat munasabah jika syarikat petroleum negara keluar dari sempadan negara untuk pencarian kawasan petroleum baru.”

Beliau berkata dengan melakukan sedemikian, Petronas akan menggunakan sumbernya untuk mencari yang lebih besar, manakala kawasan minyak yang lebih kecil akan ditinggalkan kepada syarikat lain.

Victor Shum, konsultan dari Singapura berkata Petronas harus membuat kedua-duanya dengan mencari sumber tempatan dan membeli blok di luar negara.

“Ini adalah peluang untuk menjadi lebih berjaya dan efisyen dari segi kos. Mereka perlu cari gali kawasan tersebut,” kata pengarah urusan IHS Consultant yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Menurut Bloomberg, rizab petroleum Malaysia akan bertahan 29 tahun lagi, sementara itu rizab gas akan bertahan 37 tahun.

Sunday, November 11, 2012

Menteri-menteri yang yang makan duit rakyat dan takut nak cakap serta menjawab di parlimen yang patut malu..!!!

Rafizi: 'Betul, saya tak rasa malu juang isu rakyat'
JAMILAH HAMZAH
12 November 2012
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau memang tidak rasa malu apabila memperjuangkan isu rakyat dan tidak harus menjadi satu perkara pokok sebagaimana didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Sebaliknya kata beliau, yang perlu malu adalah menteri-menteri yang menjadi pemimpin rakyat tetapi tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Kata Rafizi, jika Noh mahu menerima pakai konsep malu dan faham tentang maksud perkataan itu, beliau yang perlu meletak jawatan kerana telah gagal memberi jawapan mengenai isu-isu salah guna dana rakyat.

Tambahnya, "sebenarnya ini perkara kecil yang diperbesarkan Umno, Umno yang nampak ketakutan dengan kebangkitan rakyat ini."

"Bagi saya, tak ada yang perlu kita rasa malu, di mana-mana kita boleh bawa isu rakyat, itu tugas kita.

"Yang perlu malu sebenarnya menteri-menteri yang yang makan duit rakyat dan mereka tak akan cakap pula macam itu. Noh pun patut malu sebab tak mengambil tanggungjawab beliau dalam NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan)," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Noh dipetik media berkata, beliau menyambut baik larangan dibuat terhadap orang luar tidak boleh mengadakan sidang ahkbar di Parlimen kerana sudut sidang media itu adalah satu kawasan khusus untuk ahli-ahli Parlimen tetapi telah dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang yang bukan ahli Parlimen untuk membuat sidang media.

"Rafizi bagi saya ahli politik tidak matang, tidak tahu malu dan hanya mengambil kesempatan.

"Lebih melucukan apabila dia pula menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kononnya menggunakan kuasa menghalangnya membuat sidang media," katanya, kelmarin.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, isu rakyat perlu diketengahkan oleh wakil rakyatnya walaupun di mana sahaja dengan niat membantu rakyat.

"Saya boleh nak buat sidang parlimen di mana pun, Parlimen, depan pejabat Noh, depan pejabat Nazri, di mana sahaja saya boleh buat untuk ketengahkan isu rakyat.

"Itu tugas kita untuk membantu rakyat," katanya lagi.

Rafizi - Antara Politik di Terengganu & Selangor..


Friday, November 2, 2012

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT nie khas untuk BN sahaja..!!!

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT MEMANG DIGUBAL UNTUK LINDUNGI PEMIMPIN UMNO-BN


Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang digubal Kerajaan Umno-BN memang tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana kes untuk melindungi pembocor maklumat kerana akta tersebut dicipta khas untuk melindungi kebobrokan pemimpin Umno-BN, tegas Rafizi Ramli.

Beliau tidak teperanjatkan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz menegaskan akta itu tidak terpakai dalam kes berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana undang-undang tersebut diwujudkan untuk melindungi 'perompak' dan perasuah, kata Pengarah Strategi KeADILan kepada Harakah.

"Amat terang akta ini untuk melindungi pemimpin Umno-BN kerana telah ditetapkan seseorang itu hanya boleh memberi maklumat mengenai isu rasuah kepada SPRM dan polis.

"Ia berbeza dengan di beberapa negara lain yang tidak menetapkan kepada siapa, isu rasuah itu boleh dilaporkan sama ada kepada media atau kepada ahli parlimen," tegas beliau.

Katanya, apabila kerajaan menetapkan laporan hanya kepada polis atau SPRM, mereka (pihak Umno-BN) boleh padam senyap-senyap kes yang dilapor dan tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

Rafizi menegaskan, jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, undang-undang yang sedia ada itu akan diubah supaya lebih mirip kepada undang-undang negara lain yang lebih telus dan benar-benar melindungi pemberi maklumat.

Bercakap dalam Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab, Nazri berkata, akta itu hanya melindungi pembocor maklumat dan bukannya pihak yang melanggar undang-undang, seperti Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia).

"Dalam kes NFC, dia bukan whistle-blower (pembocor maklumat), dia trumpet blower (peniup trompet). Kita tak lindungi trumpet blower," katanya.

-------------------------------

Rafizi Ramli

Tuesday, September 11, 2012

Tanya BN semua tak praktikal la bangrap la sedangkan duit telah hilang RM3.5billion bila bagi AP tak telus

Negara hilang RM3.5 bilion akibat pemberian AP tidak telus, kata PKR


Rafizi berkata tender terbuka akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu dan akan memberi kesan yang besar kepada kewangan Negara. — Gambar file

PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menggesa kerajaan untuk melaksanakan tender terbuka ke atas pengagihan permit import kereta (AP) dengan mendakwa negara hilang RM3.5 bilion akibat amalan agihan tidak telus.

Rafizi berkata tender terbuka akan menarik bidaan setinggi RM60,000 setiap satu dan akan memberi kesan yang besar kepada kewangan negara, berbanding dengan kaedah ketika ini yang digunakan oleh kerajaan yang menyebabkan negara dan rakyat kehilangan hasil sekitar RM3b hingga RM3.5b setiap tahun.

Rafizi turut mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika ini hanya mengenakan caj RM10,000 sahaja kepada kepada setiap AP dan baki keuntungan selebihnya dikaut oleh kroni akibat dasar tidak telus ini.

Dalam laporan Bernama pada 7 September lalu, timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menolak cadangan tender terbuka dan berpendapat ia tidak praktikal.

“Sebelum 2009, pemberian AP hanya diberikan percuma terutamanya kepada kroni. Selepas 2009 ekoran desakan daripada orang awam, setiap AP dikenakan caj tetap RM10,000,” tambah Rafizi lagi.

Dalam laporan Bernama pada 7 September lalu, timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menolak cadangan tender terbuka dan berpendapat ia tidak praktikal.

“Kenyataan ini adalah yang pertama oleh beliau selepas kita timbulkan isu ini dua bulan lalu dan kami alu-alukannya. Lebih menarik lagi kenyataannya itu memberi impak besar kerana ia merupakan pengesahan kali pertama mengenai nilai sebenar AP di pasaran,” kata Rafizi semasa mengulas kenyataan Mukhriz.

Mukhriz turut menuduh pembangkang hanya pandai membuat cadangan tetapi tidak memikirkan bagaimana hendak menjayakan cadangan tersebut termasuk daripada mana hendak dapatkan punca pendapatan untuk menampung semua itu.

“Seperti kita tahu, kalau guna kaedah itu (tender terbuka), orang yang menawarkan harga tertinggilah yang akan menang. Jadi daripada anggaran kami setiap AP akan berharga RM50,000 hingga RM60,000. Kalau itu dilakukan, bagaimana nak turunkan harga kereta? Itu baru AP, belum kira lagi harga kereta tersebut,” kata Mukhriz yang dipetik daripada Bernama.

Rafizi bertindak membidas kenyataan Mukhriz tersebut kerana seolah-olah bersetuju dengan kebocoran yang berlaku dalam kementeriannya dan mendakwa Mukhriz tidak memahami mekanisme yang boleh digunapakai untuk menurunkan harga kereta.

PKR sebelum ini mengesyorkan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat supaya mekanisme ini akan menyebabkan pengedar-pengedar berkepentingan mengurangkan kadar keuntungan demi mendapatkan pelanggan.

Mekanisme tender terbuka ini menurut PKR lagi akan menyebabkan harga AP meningkat dan harga kereta mula turun.

Thursday, August 2, 2012

Rafizi, kami mendoakan kesejahteraan saudara

Oleh Aspan Alias
Penahanan Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, pagi ini tidak memeranjatkan saya kerana tanda-tanda yang pentadbiran Najib akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada kepada beliau untuk menekan orang seperti Rafizi. Bagi UMNO dan pimpinan BN Rafizi itu bersalah kerana membocorkan rahsia kecurangan yang berlaku di dalam kerajaan

Rafizi dituduh di bawah seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 di mahkamah seksyen Shah Alam pagi tadi. Bersama dituduh ialah Johari Mohamad, pegawai dari Public Bank, kerana bersubahat dalam kes ini.

Rafizi memang sentiasa berada di dada media dengan pembongkaran-pembongkaran yang melibatkan salahguna wang dan harta rakyat yang berlaku di dalam kerajaan pada masa kini. Kita tidak menafikan jika ada akta yang boleh membawa Rafizi ke mahkamah, tetapi apa yag dibongkar oleh Rafizi itu sememangnya isu yang melibatkan wang dan harta rakyat yang sedang dirompak oleh pihak yang diberi mandat oleh rakyat selama ini.


Pembongkaran yang dilakukan oleh Rafizi telah menambah maklumat yang sebenarnya yang sepatutnya diketahui oleh umum sebagai empunyai negara ini. Pembongkaran oleh Rafizi sejak akhir-akhir ini membuatkan kerajaan BN yang sedang dalam keadaan ‘desperado’ menjadi ‘defensive’ dan banyak isu yang di bongkar oleh Rafizi tidak mendapat jawapan dan respons yang memuaskan banyak pihak.

Penahanan Rafizi awal pagi tadi menjadi berita hangat di pasaran politik negara dan di mana-mana rakyat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap isu penangkapan itu. Apa yang jelas kita dengar ialah persepsi rakyat terhadap BN bertambah merudum dan mengambil pandangan yang penangkapan itu merupakan salah satu dari tindakan BN untuk mempertahankan kuasa yang kian hari kian menjelaskan kemungkinan besar kuasa kerajaan akan berpindah tangan.

Kesalahan Rafizi, jika ada pun, akan tetap memberikan impak negatif yang besar terhadap pihak kerajaan. Jika Rafizi melakukan kesalahan dengan pembongkaran itu, tetapi kenyataannya tetap menyatakan yang apa yang dibongkar oleh beliau itu ada perkara yang benar-benar berlaku dan memudaratkan negara dalam jangka masa yang panjang. Penahanan dan tuduhan terhadap Rafizi tetap merupakan pengorbanan peribadi yang terpaksa beliau lalui semata-mata untuk mencari kebenaran.

Bagi saya penahan dan tuduhan terhadap beliau itu akan memberikan semangat kepada rakyat ramai untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengharungi ranjau-ranjau yang kita terpaksa lalui untuk meruntuhkan ‘hagemony’ UMNO dan BN yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan perjuangan rakyat untuk membina negara yang maju dan kehidupan rakyat yang harmoni di antara semua kaum buat selama-lamanya.

Kepada Rafizi, saya bagi pihak keluarga saya keseluruhannya, mengucapkan syabas di atas pengorbanan beliau dalam perjuangan kita dan saya berharap beliau akan tetap bersabar menempuh segala halangan yang diletakkan di hadapan beliau selama ini.

Saya yakin Rafizi tidak akan gentar dan akan terus memberikan tugas untuk melakukan anjakan dan peralihan dalam politik negara yang sekarang sedang bersedia untuk menempuh perubahan yang akan berlaku buat kali pertamanya sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu.

Rafizi mesti mengetahui yang saudara mendapat sokongan ramai yang sentiasa berdoa saudara akan bertambah gigih untuk mencari kebenaran. Sokongan kerajaan negeri Selangor seperti yang diumumkan oleh TS Khalid Ibrahim petang tadi amat menggembirakan orang biasa seperti saya di bawah ini.

TS Khalid pastinya memahami apa yang dihadapi oleh Rafizi kerana beliau sendiri (TS Khalid) juga sedang menghadapi serangan yang tidak bermoral politiknya dari pihak BN sekarang ini. Janji kerajaan Selangor untuk membayar segala kos guaman Rafizi itu sangat-sangat saya sanjungi.

Kita semua tahu di negara ini yang memberikan maklumat terhadap kemungkaran pihak berkuasa merupakan pihak yang salah, tetapi kepada mereka yang melakukan segala kemungkaran terhadap rakyat dan negara sentiasa mendapat perlindungan dari kuasa yang ada di tangan mereka.

Itu pun sebabnya menukar kerajaan adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menghapuskan segala kemungkaran politik dan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak BN tanpa had sekarang ini.

Kita mesti mengetahui yang rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Wednesday, August 1, 2012

Tempat Lindungan Untuk Rakyat Pecah Tembelang PENGUASA di Tubuhkan..!!

Rafizi umum pusat 'whistle blower' esok

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli selepas didakwa di bawah Bafia di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
Rafizi umum pusat 'whistle blower' esok

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah hari ini berhubung pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation (NFCorp) berkata, pihaknya akan menubuhkan pusat lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan.

"Kita memang membuat persiapan seperti pejabat, koordinator dan pendaftaran pusat, cuma kita nak pastikan semua selesai sepenuhnya, baru kita umum. Tapi dah kena tangkap tadi, esok saya akan umumkan.


"Kalau ikut rancangan asal, ia akan dirasmikan pada 30 Ogos depan.

"Pusat ini bertujuan memberi perlindungan dan dana kepada 'whistle blower' agar mereka berani bersuara dan tahu bahawa mereka dilindungi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal
media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang  penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran.

Mengenai ikat jamin, Rafizi berkata, beliau diikat jamin kira-kira jam 3 petang oleh Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia.

Diminta mengulas mengenai ura-ura wang jaminan RM15,000 dikumpul melalui dana awam, Rafizi menjelaskan beliau belum pasti perihal itu.

Nyawa Barisan Nasional sebagai rejim tunggal di Asean ini bakal berakhir tidak lama lagi.

KENYATAAN AKHBAR AIC BERHUBUNG PENAHANAN RAFIZI RAMLI: HAYAT REJIM TUNGGAL ASEAN BAKAL BERAKHIR


Kelab Anwar Ibrahim percaya penahanan Pengarah Strategi PKR , Sdr Rafizi Ramli dibawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) adalah satu pentafsiran positif bahawa nyawa Barisan Nasional sebagai rejim tunggal di Asean ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Rafizi yang didakwa pagi tadi di Mahkamah Seksyen Shah Alam sebelum diikat jamin RM 15 ribu , didapati mendedahkan maklumat tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail , yang dipercayai terlibat dalam salahguna pinjaman mudah kerajaan dalam projek penternakan lembu fidlot tersebut.

AIC yakin anak-anak muda tidak akan goyah malah akan terus berani untuk menyatakan kebenaran dan bersolidariti atas keberanian Rafizi Ramli yang begitu konsisten untuk membongkar salahguna kuasa dan pecah amanah yang selama ini menjadi barah dalam negara kita.

AIC melihat tindakan Barisan Nasional untuk menekan Rafizi Ramli ini persis kisah "Singapura Dilanggar Todak" apabila penguasa zalim dan sombong terpaksa akhirnya membunuh anak muda cerdik bernama Hang Nadim kerana kebijaksanaan anak muda itu membuka mata bahawa penguasa adalah lemah dan tidak berupaya mentadbir.

Rafizi sejak lebih setahun lalu telah menjadi duri dalam daging terhadap pentadbiran Najib Razak sehingga terpaksa tidak menyambung tugas Shahrizat Jalil sebagai Senator dan Menteri akibat skandal lembu tersebut.

Justeru, AIC menyatakan sokongan padu terhadap usaha gigih Rafizi Ramli, dan berterima kasih kerana usaha beliau itu telah membuka mata banyak pihak untuk menyedari bahawa Barisan Nasional sudah tidak lagi diperlukan buat masa depan Malaysia. Cukuplah penindasan, penghinaan dan rompakan yang telah mereka lakukan bukan sahaja ke atas harta tetapi hak dan maruah rakyat Malaysia.

Janji bahawa Barisan Nasional akan menzalimi rakyat telah ditepati, kini masa untuk membalas dengan menumbangkan mereka pada PRU 13 akan datang.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA

Tuesday, July 31, 2012

Rafizi di bebaskan dengan ikat jamin RM15K

Rafizi(dua dari kiri)di lobi bangunan Mahkamah Shah Alam.Turut kelihatan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Surendran dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.

Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.

Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.

Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu sebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.

Dalam realsi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.

Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.

Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.

Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.

Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.

Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya. -jalanpulang

Jawapan Isu Harga Kereta - Negara tak bangrap jika AP diuruskan dengan baik..!!!

Pengurusan Permit Import (AP) Yang Lebih Baik Jana Sumber Kewangan Negara Menggantikan Cukai Eksais

Kebimbangan yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dan sesetengah pihak bahawa penghapusan cukai eksais kereta demi menurunkan harga kereta akan mengurangkan hasil kerajaan dan menjejaskan ekonomi adalah tidak tepat.

KEADILAN telah menjelaskan bahawa jumlah cukai RM8 bilion yang dianggarkan dikenakan ke atas rakyat sekarang ini sebenarnya akan dipulangkan kepada rakyat. Jumlah ini akan dibelanjakan oleh rakyat di dalam ekonomi negara yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ini akan meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan cukai pendapatan syarikat dan individu. Kesan berganda kepada ekonomi negara jika jumlah RM8 billion ini dipulangkan kepada rakyat adalah lebih tinggi berbanding jika ia berada di dalam poket kerajaan.

Malah, pengurusan permit import (AP) kereta yang lebih baik juga akan menambahkan lagi pendapatan negara. Gabungan kedua-dua langkah ini akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas secara mendadak hasil dari penghapusan cukai eksais secara berperingkat.


Perlu diingatkan, Umno/Barisan Nasional telah mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005. Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.

Sistem AP bukan sahaja menyebabkan harga kereta yang lebih tinggi tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional.

Janji Umno/Barisan Nasional supaya hasil dari AP ini akan digunakan untuk membantu usahawan Bumiputra di dalam sektor automotif juga tidak ditepati. Di dalam ucapan belanjawan 2010, Dato’ Seri Najib telah mengumumkan bahawa setiap AP akan dijual pada harga RM10,000 dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam satu tabung untuk membantu usahawan Bumiputra.

Bagi tahun 2011, sebanyak 600,123 unit kenderaan didaftar. Dari jumlah itu, 533,515 unit dikeluarkan dan dipasang di Malaysia, bermakna sejumlah 66,608 AP telah dikeluarkan dalam tahun 2011 bagi kenderaan import. Jika benar hasil AP yang bernilai RM10,000 setiap satu ini telah dimasukkan ke dalam satu tabung untuk usahawan Bumiputra, sepatutnya pentadbiran Dato’ Seri Najib telah membelanjakan RM666 juta setiap tahun untuk membantu usahawan Bumiputra dalam sektor automotif seperti yang dijanjikan.

Sehingga kini, kita masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai tabung ini atau pun hasil AP yang telah dibelanjakan untuk rakyat.

Sebab itu, KEADILAN mencadangkan supaya kerajaan akan datang kekal dengan komitmen untuk menghapuskan AP menjelang tahun 2015 supaya tidak melanggar peraturan WTO dan AFTA yang telah dipersetujui.

Dalam tempoh 3 tahun di antara 2013 dan 2015, langkah-langkah berikut wajar dilaksanakan bagi mendapatkan nilai terbaik dari AP yang dikeluarkan:

1. Penjualan AP akan dibuka kepada bidaan umum bermula dengan harga-harga tertentu mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api, demi menggalakkan lebih banyak kereta yang menjimatkan bahan api diperkenalkan

2. Harga permulaan bidaan ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kategori kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kategori kenderaan berkuasa tinggi yang menggunakan bahan api yang lebih

3. KEADILAN percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada proses bidaan

4. Dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa hasil sebanyak RM2.8 bilion setiap tahun kepada kerajaan

Walaupun harga AP akan ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada negara, penghapusan cukai eksais secara berperingkat bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.

Pendapatan tambahan dari hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais.

Pada masa yang sama, hasil kutipan cukai yang lain juga dijangka akan meningkat apabila perbelanjaan rakyat berikutan suntikan RM8 bilion merancakkan ekonomi negara.

KEADILAN merasakan formula ini adalah lebih baik berbanding pendekatan mencekik darah rakyat melalui cukai eksais berkali ganda yang menyebabkan rakyat terpaksa berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN

31 JULAI 2012

Friday, July 13, 2012

Talam: Terima kasih kepada MB Selangor

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.

KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.

Oleh itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.

Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:

1.      RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung

2.      RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung

Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.

Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank.

Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.

Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan.

Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation.

Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.

Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta.

Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan.

Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.

Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.

Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.
 
Mohd Rafizi Ramli, 

Thursday, July 12, 2012

Rafizi kata ia dokumen asli...!!!

Rafizi pertahan keaslian dokumen projek LRT
 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mempertahankan keaslian dokumen yang didedahkannya sebelum ini sebagai bukti dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam tender terbuka untuk projek sambungan LRT Ampang.

Beliau juga percaya kepada individu yang membocorkan dokumen tersebut kepadanya, kata Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Setakat ini semua dokumen yang dia (pembocor maklumat) bagi itu asli. Saya sanggup ambil risiko (buat pendedahan)," katanya yang enggan mendedahkan identiti individu itu.

Beliau mengulas kenyataan pengarah urusan kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad Datuk Shahril Mokhtar yang mempertikaikan keaslian dokumen yang didedahkan Rafizi.

Shahril hari ini dilaporkan berkata, dokumen didedahkan Rafizi – dilaporkan mendakwa Kementerian Kewangan mengarahkan Prasarana supaya menganugerahkan kontrak tersebut kepada firma George Kent (M) Bhd – mungkin tidak asli.
rafizi ramli investigated macc 270612Shahril dalam laporan The Edge Financial Daily itu juga dilaporkan berkata, tiada surat penganugerahan dikeluarkan untuk projek tersebut, susulan dakwaan Rafizi bahawa projek itu telah dianugerahkan kepada firma George Kent.

Mengulas kenyataan itu, Rafizi mengakui bahawa beliau tidak pernah mendedahkan sebarang surat penganugerahan berkenaan projek berkenaan.

"Memanglah, surat penganugerahan tidak pernah keluar," katanya.

Jelasnya, dalam siri pendedahannya berhubung dakwaan skandal itu, beliau hanya mendedahkan dokumen didakwa minit mesyuarat oleh Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan serta surat daripada kementerian tersebut kepada Prasarana pada Januari dan Jun lalu.
NONERafizi mendakwa dokumen berkenaan menunjukkan bahawa projek itu pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Najib.
Polis menyiasat Rafizi mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) susulan pendedahannya itu dan turut ditemubual sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Jun.
Susulan siasatan itu, Rafizi membuat laporan polis dan SPRM kemudiannya turut mengunjungi SPNB, beberapa jam selepas pemimpin muda itu membuat laporan polis pada 29 Jun berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa perdana menteri dalam kes berkenaan.

Najib pada tarikh itu turut menyatakan bahawa penganugerahan projek bernilai lebih RM1 bilion tersebut dilakukan mengikut aturan, tetapi tidak menjelaskan perkara itu.

Thursday, July 5, 2012

Rafizi Ramli, musuh nombor satu BN?

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.

Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli (gambar) kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia “genius” (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.

Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Hari ini, nama Rafizi Ramli digeruni. Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil tersungkur dari kuasa akibat dari kebijaksanaan anak muda ini menyusun strategi dalam mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Shahrizat.

Selepas NFC, Rafizi terus membongkar skandal dan penyelewengan. Terbaru, skandal berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.

Lawan tidak memberikan Rafizi jalan mudah. Pengarah strategik PKR itu diserang kembali dari pelbagai penjuru. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam isu NFC, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam skandal LRT laluan Ampang dan terbaru semalam, blog beliau www.rafiziramli.com pula digodam.

Ketika ditanya The Malaysian Insider mengapa serangan bertali arus dari pelbagai pihak menuju kepadanya, Rafizi percaya ini kerana Barisan Nasional (BN) tidak mahu skandal ala NFC berulang.

“Saya percaya selepas pendedahan skandal NFC, rakyat lebih percayakan satu pembentangan hujah yang didokong oleh fakta dan bukti. Pada masa yang sama, rakyat mahu melihat politik baru yang tidak diwarnai serangan peribadi, tetapi berasaskan isu kepentingan awam.

“Kebetulan itu tugas saya dalam PKR dan saya harus tampil membawa isu-isu begini yang melibatkan kepentingan awam. Saya fikir BN merasakan mereka tidak boleh mengulangi 'NFC fiasco' kali kedua.”

Tidak ramai yang tahu sebenarnya pengarah strategik PKR itu bekerja dalam sebuah pasukan yang tersusun dan didokong oleh pemimpin kanan PKR dalam mendedahkan sesuatu skandal besar. Ramai menyangka Rafizi bergerak secara bersendirian dan membuat keputusan sendiri.

“Saya mendapat sepenuhya sokongan dari rakan-rakan PKR. Kepimpinan parti berikan sepenuh mandat untuk lakukan siasatan dan ambil pendirian mewakili parti dalam hal-hal ini. Malah, saya tidak perlu pun melaporkan kepada Biro Politik segala perancangan saya dalam sesuatu hal supaya saya ada kelonggaran sepenuhnya menyusun strategi sesuatu isu.

“Dalam strategi kami membina hujah dan isu, contohnya dalam kes NFC, sebenarnya kami ada 'tag team' dan kumpulan sokongan yang akan mengembangkan isu itu secara tersusun. Malah, PKR memberi dokongan penuh dari segi nasihat dan bantuan guaman. Setiap isu akan ada 2-3 orang pimpinan kanan yang bersama-sama saya. Cuma,parti memberi kepercayaan sepenuhnya kpd saya untuk ke depan,” jelas Rafizi.

Anak muda kelulusan United Kingdom (UK) itu ternyata tidak gentar dengan serangan bertali arus yang datang kepada dirinya. Tekanan yang dihadapkan kepada dirinya masih belum lagi mmampu menghentikan beliau dari terus membongkar skandal penyelewengan.

“Saya tidak terlalu memikirkan risiko atau kesan kepada saya. Yang penting sesuatu isu itu ada kesan besar kepada rakyat dan sama ada fakta atau bukti itu tepat.

Jadi saya tidak banyak pertimbangan materialistik dan tidak ada cita-cita yang tinggi.

“Oleh itu saya lebih mudah menumpukan kepada tugas tanpa terlalu berkira mengenai kesan kepada diri saya. Yang paling penting – perlu ada asas kekuatan moral dan agama. Jika kita yakin kita berada di jalan yang benar, 'gunung' pun boleh dialih,” kata bakal calon PKR di kerusi parlimen Pandan itu lagi.

Pengarah strategik PKR itu telah berdebat sebanyak dua kali bersama ketua pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin. Pertama debat anjuran UKEC di UK dan terbaru dalam debat anjuran Sinar Harian. Dalam kedua-dua debat, Rafizi kelihatan tenang menghuraikan hujah-hujahnya tanpa retorik dan serangan peribadi.

Dokumen Pertahanan Bocor.. Siapa pun tak nak Siasat... mai Documen LRT siap ada 'task force' nak siasat siapa yang bocoqnya..!!!

Isu LRT: Utamakan keselamatan rakyat, Rafizi gesa polis
Jamilah Hamzah
5 Julai 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan polis yang kelihatan lebih mementingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)-Umno berbanding keselamatan rakyat bakal mengundang bahaya kepada jutaan pengguna ekoran keengganan penguatkuasa itu menyiasat Perdana Menteri.

Menurut beliau, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menolak mentah-mentah dari menyiasat campurtangan Perdana Menteri dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang, sebaliknya segera menubuhkan pasukan khas mahu menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender diketahui umum.

“Saya kesal dengan kenyataan Mohd Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

“Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?"katanya.

Rafizi juga menyoal sama ada Mohd Bakri berani mengambil risiko menaiki LRT sistem laluan Ampang setiap hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air.

“Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

"Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar kepentingan awam," katanya lagi.

Semalam, Mohd Bakri dipetik berkata, polis memandang serius pendedahan dokumen rahsia tersebut kerana dokumen yang telah dikelaskan sebagai rahsia kerajaan itu secara tidak langsung boleh menjejaskan kepentingan negara.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, beliau  sedar tanggungjawab yang perlu digalas dan risiko yang perlu dihadapi dan nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga serta perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

“Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

“Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen Utamakan Keselamatan Rakyat di seluruh LRT laluan Ampang,” katanya.

Wednesday, June 27, 2012

Selepas Lembu.. Kini LRT pulak Rafizi lepas 'bom'...

Rafizi dedah dokumen kontrak RM1 bilion LRT
 
PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

NONEPengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

"Ini bertentangan dengan keputusan JPMK yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

NONE"Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini.

"Sebaliknya JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000," kata Rafizi.

Rafizi berkata keputusan itu ditandatangani Najib, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Rafizi juga turut mengedarkan minit mesyuarat tersebut kepada media.

Bawa pada polis, SPRM pada 29 Jun
Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan Najib, faktor apa yang menyebabkannya mengubah fikiran sehingga didakwa campur tangan untuk "menolak keputusan" awal yang dipersetujuinya sendiri.

"Kenapa Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?" soal Rafizi.

Turut hadir dalam sidang itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
azlan
Rafizi berkata keputusan JPMK itu juga disampaikan secara bertulis oleh Kementerian Kewangan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasaran Datuk Shahril Mokhtar pada 26 Januari - sehari selepas keputusan JPMK dibuat.

Rafizi turut mendesak Najib supaya meyakinkan rakyat Malaysia bahawa dakwaan campur tangan dalam anugerah projek itu "langsung tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan".

"Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menafikan bahawa beliau menandatangani kertas keputusan JPMK jika dokumen yang saya tunjukkan hari ini adalah palsu," katanya sambil yang menunggu maklum balas perdana menteri.

Sementara itu, Rafizi turut memaklumkan, pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Jun berhubung pendedahan hari ini.

Masa dan tempat akan dimaklumkan kepada media kelak, tambah Rafizi.

Tuesday, April 10, 2012

Ini dia formula PR hendak menghapuskan PTPTN... tapi jangan la BN tiru pula...


PKR akhirnya membentangkan kaedah untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanjikannya, antaranya dengan memperkenalkan pelaburan tetap hasil minyak yang dikawal Petronas sebanyak RM2 bilion setahun.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, pinjaman sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

“Selama ini wang Petronas digunakan untuk membayar itu dan ini. Kalau di tempat lain sudah ada tabung khusus untuk dilaburkan untuk pendidikan,” katanya sambil berkata peruntukan undang-undang perlu diperkenalkan bagi tujuan itu.

Bercakap dalam sesi runding cara dengan sekumpulan mahasiswa di Shah Alam malam tadi, Rafizi berkata, apabila Pakatan Rakyat membuat janji itu, ia bukan bermakna ia akan dibayar sekali gus.

“Pinjaman yang dibuat oleh PTPTN pun menetapkan jadual pembayaran mengikut masa tertentu kepada institusi kewangan,” kata pegawai kanan di pejabat ekonomi Selangor itu.

Sementara itu, menurut Razifi, kerajaan juga boleh menerbitkan bon yang lebih panjang tempoh pembayarannya atau menggunakan langkah terakhir dengan membuat pembiayaan semula.

“Beli kereta pun boleh refinance. Ini biasa dalam kewangan, semua hutang boleh refinance paling kurang untuk tempoh sepuluh tahun,” katanya lagi.
'Najib bohong angka RM43 bilion'

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PTPTN tidak boleh dimansuh kerana kerajaan perlu RM43 bilion, Razifi menyifatkannya sebagai pembohongan.

Rafizi berkata, angka yang disebut perdana menteri mungkin merujuk kepada jumlah kelulusan pinjaman dan tidak melambangkan nilai pinjaman sebenar.

Dakwanya, setelah menyemak dengan rekod PTPTN sendiri, jumlah pinjaman yang dibayar (termasuk anggaran pada 2011) hanya RM27.5 bilion.

Justeru, tambahnya, jika ditolak dengan pembayaran yang sudah dikutip, hutang yang perlu ditanggung kerajaan hanya RM24.7 bilion.

“Kalau kerajaan tidak mahu maafkan RM24.7 bilion ini, memang betul-betul jahatlah. (Wang negara) lebih daripada cukup,” katanya dengan mengaitkan dengan tindakan 'penyelamatan' Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (Mex).

Tindakan itu, tambah Rafizi masih belum mengambil kira ketirisan yang mungkin berlaku akibat amalan rasuah yang boleh mencecah angka RM40 bilion menurut pakar ekonomi.

“Hari ini saya tidak sebut langsung soal ketirisan. Dalam ketirisan sekali pun kita masih boleh hapuskan PTPTN,” katanya lagi.

Model pembiayaan masa depan
Untuk pembiayaan pendidikan masa depan pula, Rafizi antaranya mencadangkan:



PKR: Labur hasil Petronas untuk hapus pinjaman PTPTN
 
  • Kembali kepada amalan sebelum 1996 apabila kerajaan menyediakan sepenuhnya pendidikan tinggi
  • dan tidak bergantung kepada pihak swasta bagi mengurangkan kos pengajian.
  • Membina sepuluh buah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam tempoh sepuluh tahun, dengan sasaran 100,000 tempat, dengan perbelanjaan – termasuk yuran dan tempat tinggal – ditanggung kerajaan.
  • Menyediakan tabung pendidikan baru untuk penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan perbelanjaan sara hidup yang memerlukan pembiayaan lebih kecil.
  • Menggalakkan penggabungan IPTS untuk mengurangkan penggunaan pinjaman yang sekali gus boleh meningkatkan daya saingnya dengan IPTA, termasuk dengan pengurangan yuran dan kos pengajian.

Sunday, March 18, 2012

Lebuh raya: Pulangkan RM976.7 juta kepada rakyat

Oleh Mohd Rafizi Ramli

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta.

Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR

Saturday, March 17, 2012

Rafizi: Antara fakta yang tepat dan soalan yang belum terjawab...

Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

1. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana Menteri mengenai lapan bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang disyorkan KEADILAN; dan

2. Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya; maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salah guna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia. Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order (BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1. Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2. Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya disebut sebagai "majlis Pejabat Perdana Menteri"?

3. Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700
Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738
Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300
Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795
Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800
Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720
JUMLAH RM79,053



4. Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan lapan bukti yang disyorkan KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan
pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarlah beliau juga membuat "pengorbanan" seperti yang dilakukan oleh Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.

Baca: Rafizi tuntut PM kemuka 8 bukti

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.