ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan bekalan elektrik kepada pencawang TNB bagi membolehkan Loji Padang Sanai beroperasi seperti yang dijadualkan.
Pengurus Besar TNB Negeri Kedah, Suid Othman berkata, pihaknya telah menyalurkan bekalan elektrik sebaik sahaja loji berkenaan siap sepenuhnya.
“Bekalan elektrik telah dibekalkan pada Jumaat lalu, dan kini tertakluk pada Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk memulakan operasi loji.
"Rumah Pam Genting Ibai kini sudah bersedia untuk beroperasi bagi menyalurkan air ke kawasan sekitar,” katanya pada sidang media, selepas merasmikan program motivasi Sekolah Pintar TNB Kedah/Perlis di Dewan Kelab Kilat TNB, semalam.
Mengulas perkara sama, Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, pihaknya sudah menerima bekalan elektrik TNB di loji Padang Sanai, dan setelah semua persediaan siap sepenuhnya, loji berkenaan dijangka dapat beroperasi selewat-lewatnya akhir bulan ini.
“Buat masa ini Sada sedang membuat persiapan dan mengemas kini sistem agihan air.
"Dan sebaik sahaja ujian keseluruhan sistem dilakukan oleh kontraktor dilantik, saya percaya penyerahan loji berkenaan dapat dibuat minggu depan dan beroperasi mengikut jadual,” katanya.
Menurutnya, loji Padang Sanai mampu menyalurkan 35 juta liter air sehari ke kawasan sekitar Universiti Utara Malaysia (UUM), Bukit Kayu Hitam dan Changlun.
“Setelah loji beroperasi kelak, saya percaya masalah bekalan air di UUM yang sering mengalami gangguan akan pulih,” katanya.

No comments:
Post a Comment