Namun, ianya tidak dapat ditangani oleh kerajaan terdahulu yang memerintah negeri Kedah.
ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa, projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian dan telah pun dijual berpuluh-puluh tahun dahulu.
“Tanah seluas 190 ekar itu bukan saja baru dijual, dimiliki dah berpuluh-puluh tahun oleh orang persendirian.
“Projek pembinaan jirat Cina ini telah diluluskan dalam Jabatan Perancangan Bandar Negeri Kedah pada tahun 2007, semasa YB Dato’ Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid jadi Menteri Besar,” ujar beliau ketika dihubungi.
Menurut beliau, zon penampan (buffer zone) antara rumah penduduk dengan jirat Cina tersebut hanya 20 ekar, tetapi setelah perbincangan diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, pemaju dan penduduk, ianya dilebarkan hingga 80 ekar.
“Penduduk pernah buat bantahan pada tahun 2007, tapi tiada jalan penyelesaian, jadi apabila Pakatan Rakyat memerintah, satu dialog diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, penduduk dan pemaju.
“Selepas kertas cadangan masuk dalam mesyuarat Exco untuk lebarkan ‘buffer zone’, pemaju telah bersetuju dengan syarat tersebut, daripada 20 ekar kepada 80 ekar,” jelas beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Sahabat : ini dia mamat yang menjadi kepala pada demontrasi tersebut... rasanya hangpa kenal kot mamat nie... dah pie hingaq kat KULIM laa pulak.... Lu Best Bro..
No comments:
Post a Comment