ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan buah hati Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, maka tidak hairanlah beliau sering melawat projek pembinaan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil bagi melihat sendiri perkembangannya.
Dalam lawatan beliau pada 30 Januari 2012, kemajuan pembinaan telah mencapai 54 peratus segaligus mendahului jadual perancangan yang ditetapkan.
Projek yang dimulakan dengan kerja-kerja fizikal pada 23 September 2009 dijangka siap pada akhir tahun 2012 dan sesi pengajian akan bermula tahun 2013 bakal menampung 7 ribu pelajar.
Dengan perkembangan yang ada, Menteri Besar melahirkan keyakinan bahawa KUIN mampu disiapkan mengikut jadual. Apabila siap kelak, sebahagian besar masalah yang berbangkit di kampus sementara di Taman Wira Mergong akan dapat diatasi, apabila mereka berpindah ke tapak induk tersebut.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah CEO syarikat Bina Darulaman Berhad, Dato’ Jahubar Sathik.

No comments:
Post a Comment