Monday, February 13, 2012

Timbalan Speaker DUN Kedah santuni golongan daif

KOTA KUALA MUDA, 12 Feb 2012 – Seramai 11 orang termasuk pesakit kronik, Orang Kurang Upaya (OKU), orang kurang berkemampuan dan warga emas dilawati oleh Timbalan Speaker DUN, YB Ustaz Ahmad I’zzat Mohamad Shauki sempena Program Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Kedah, peringkat Daerah Kota Kuala Muda, di sini.

Beliau yang terkenal dengan keramahan terutama dengan warga emas turut menyampaikan sumbangan sempena lawatan tersebut.

Lawatan yang melibatkan lima buah kampung iaitu Kampung Simpor Besar, Alor Bemban, Kampung Lembah, Pengkalan Batu Lintang, Bukit Kechil dan Kampung Perlis mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat.

Antara mereka yang dilawati termasuklah Mariam Baharom (pesakit kencing manis) dan Yusuf Yakkob( lumpuh) dari Kampung Simpor Besar. Kamaruddin Abdullah (lumpuh) dan Madihah Hambali (OKU) dari Alor Bemban. Zainon Osman (kencing manis) dan Dahali Ahmad (kurang berkemampuan) dari Kampung Lembah.

Mohd Shukur dan Ismail Khamis (warga emas) dari Pengkalan Batu Lintang. Mohd Safar Bakar (warga emas ) dan Ismail Abdul Ghani (lumpuh) dari Bukit Kechil. Akhir sekali Saodah Haron (sakit buah pinggang) dari Kampung Perlis.

Lawatan beliau turut diiringi oleh kakitangan Pejabat Daerah Kota Kuala Muda, MKK kampung terlibat dan masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment