Friday, March 30, 2012

Tarian Tiang : Denda RM25 menggambarkan wakil rakyat tak buat kerja?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBx2V-O-awg2-M5LkQtuXXNyMsfMjI1M0myaIdT0yHOT4RUER_sgDA3BFFNlGZV7itIvQK5b42_olxzFY8wk3DJYrxkQWIgtSJ0hwgI3TkayXJ21TBbsJ0V3IB5KCEutJZrwh6DW3Hi4c/s1600/penari+tiang+didenda+RM25.jpgKecoh satu Malaysia bila 3 orang wanita yang mengaku beragama Islam yang ditangkap pasai buat aksi menari tiang. Yang lebih kecoh lagi bila Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman cuma denda RM25 SAHAJA. 
 

Kut-kut ada yang terlepas pandang, 3 orang tu dituduh dibawah Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang cuma boleh didenda TIDAK LEBIH RM25 atau penjara maksimum 14 hari. Nak salahkan tok hakim yang jatuhkan hukuman tu pun tak boleh pasai tok hakim tu cuma jalankan tugas dia berdasarkan undang-undang yang ada. 

Patutnya tok hakim tu kenakan hukuman penjara 14 hari berbanding denda RM25. Kalau dia kenakan hukukman penjara maksimum tu tentu ramai yang akan respek tok hakim tu. Dalam bab ni aku lebih suka kalau kita salahkan para wakil rakyat dan bekas wakil rakyat. 

Sebagai penggubal undang-undang depa patut malu Malaysia masih mengekalkan undang-undang yang macam ni. Tapi nak salahkan semua wakil rakyat pun tak patut jugak, pasainya berapa orang sangat dari semua wakil rakyat tu yang khatam undang-undang negara. 

Bukan nak kata khatam, yang tak pernah buka kitab undang-undang tu pun ramai aku rasa. Kalau aku pun malas nak baca pasai bahasa undang-undang ni berbelit-belit. Cumanya aku harap, terutama sekali wakil rakyat yang berlatar belakang undang-undang, tolong la semak balik dengan teliti undang-undang yang ada dalam negara ni. Kalau ada undang-undang yang nampak ketinggalan zaman macam ni tolong la pinda. 

Kalau pun tak sedia untuk daulatkan undang-undang hudud, qisas dan takzir ikut acuan Islam pun, biar la undang-undang sekular yang digunapakai di Malaysia ni sedikit sebanyak mampu cegah orang ramai buat salah. Kalau setakat kena denda RM25, tu bukannya nak mencegah tapi lebih kepada menghina mahkamah. 

Pada aku, berbanding dengan kes Imam Hosni Husin yang baling selipar kat tok hakim, hukuman ketinggalan zaman macam tu lebih menghina mahkamah dan mungkin sesuai semua wakil rakyat dihukum atas kesalahan mengekalkan undang-undang dengan hukuman yang sangat tak logik dan menghina standard mahkamah. 

 Lagi satu, elok jugak tengok gambar yang aku salin tampal kat bawah ni sebagai perbandingan. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg128IN2E5N2Vnx0b0YUGcrXhnpJ7k5uaLlFuiBWALog3Qkf4eRZLAbmyr0i5_FpHaZe9J8wOzeLsHpyyj0duQgGeF3Sr40UsQcPVJDClwQZL1Z3djY7smPg1awUUwT8htLd3wMRGH4QHU/s1600/RM500+vs+RM25.jpg
Beza antara Kelantan dengan Negeri Sembilan [Sumber: Facebook] 

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/denda-rm25-menggambarkan-wakil-rakyat.html#ixzz1qesE54eR

No comments:

Post a Comment