Friday, March 23, 2012

Rakyat HutangRM9juta kalut suruh bagi balik.. Mai kroni hutang sampai RM589juta pun main lupus macam itu sahaja...

Jelas pinjaman ikut masa ditetapkan
23 Mac 2012

TAMBUN TULANG – Tekun Nasional menyasarkan peruntukan RM9 juta kepada 900 usahawan di seluruh Perlis dalam mendapatkan pinjaman perniagaan bagi tahun ini.

Pengurus Tekun Nasional Negeri Perlis, Azri Adin berkata, setakat ini pihaknya hanya menggunakan peruntukan terbabit sebanyak RM1.4 juta yang melibatkan 162 usahawan.

“Sehingga 29 Februari lalu seramai 3,914 usahawan telah mendaftar di bawah Tekun Nasional dan pada hari ini kita akan menyerahkan cek pinjaman kepada 34 usahawan di Kangar dan Arau yang melibatkan RM286,000.

“Jadi penerima hari ini ada di antara mereka yang akan mendapat pinjaman tertinggi berjumlah RM25,000 dan yang paling rendah pinjamannya berjumlah RM3,000,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Tekun Nasional di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Gajah, di sini semalam.

Menurutnya, setakat ini Perlis mendapat negeri terbaik dari segi pemprosesan borang pinjaman yang telah dimohon usahawan.

“Di sini juga usahawan dinasihati supaya menjelaskan semula pinjaman mengikut masa yang ditetapkan untuk memudahkan urusan pinjaman disalurkan kepada peniaga lain.

“Perlis juga merupakan negeri yang tidak banyak menghadapi masalah bayaran balik dan disebabkan itu, peruntukan RM9 juta terbabit diberikan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mengingati penerima pinjaman Tekun supaya menjelaskan pinjaman mereka untuk memberi laluan kepada peniagaan lain bagi mendapatkan kemudahan itu.

“Saya harap semua peniaga dapat menjelaskan pinjaman masing-masing serta membantu meningkatkan ekonomi negara melalui perniagaan yang dijalankan,”katanya.

No comments:

Post a Comment