Saturday, March 31, 2012

UMNO Padang Terap memang seperti apa yang TUN kata... Golongan TAK PANDAI yang dok berpolitik macam nie

Nasir tidak hirau ‘dipermain’ 
 


Nasir tidak hirau ‘dipermain’
NURUL FATIHAH SULAINI
31 Mac 2012
ALOR SETAR - Tindakan pihak tertentu menggunakan gambar pemimpin atau orang politik pada bekas minuman atau ubat-ubatan untuk menimbulkan persepsi masyarakat dianggap sebagai perkara biasa apabila menjelang pilihan raya umum (PRU).

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, beliau sendiri tidak terkecuali mengalami situasi sama apabila terdapat beberapa keping gambar tertera mukanya pada bekas minuman tersebar melalui laman sosial.

Menurutnya, beliau sedia maklum tentang perkara itu dan terdapat beberapa pemimpin lain pernah berhadapan situasi sama antaranya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keadaan ini sudah menjadi asam garam dunia politik dan saya tidak ada masalah untuk menghadapinya.
“Apa yang penting sekarang terus buat kerja membela nasib rakyat dan bekerja keras untuk persiapan menghadapi PRU13,” katanya kepada Sinar Harian.

Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, dakwaan pihak berkenaan duit derma yang dikutip sepanjang ceramah politik untuk kepentingan peribadi ternyata tidak benar.

“Duit derma yang disumbangkan orang ramai digunakan untuk membiayai ceramah termasuk membayar upah penceramah dari luar, kos sewa peralatan sistem audio dan sebagainya kerana kita tidak menggunakan wang kerajaan.

“Walaupun pelbagai spekulasi disebarkan namun saya akan terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dan percaya rakyat lebih pandai memilih pemimpin yang mampu membela kebajikan mereka,” katanya.

Dalam PRU12, Nasir menang di Padang Terap menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ghazali Ibrahim.

No comments:

Post a Comment