GURUN - Lokasi stesen sementara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini bagi menggantikan stesen lama yang telah dirobohkan, akan beroperasi di tapak baru yang berhampiran mulai esok.
Ia dipindahkan ke KM 37, Jalan Persekutuan 1 (FT01) Sungai Petani-Alor Setar yang terletak berhadapan sebuah gereja dan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 6.30 pagi.
"Ia berada lebih kurang 200 meter dari stesen lama iaitu di sebelah stesen baru yang masih dalam proses pembinaan," kata jurucakap KTMB kepada pemberita hari ini.
Perpindahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang Besar oleh kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture (MGJV).
Jurucakap itu berkata stesen sementara akan beroperasi sehingga selesai kerja pembinaan stesen baru yang dijangka awal tahun depan.Ia dipindahkan ke KM 37, Jalan Persekutuan 1 (FT01) Sungai Petani-Alor Setar yang terletak berhadapan sebuah gereja dan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 6.30 pagi.
"Ia berada lebih kurang 200 meter dari stesen lama iaitu di sebelah stesen baru yang masih dalam proses pembinaan," kata jurucakap KTMB kepada pemberita hari ini.
Perpindahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang Besar oleh kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture (MGJV).
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline MGJV di 1-300-80-1999.
Jurucakap MGJV pula berkata kerja pembinaan landasan kereta api berkembar itu kini secara keseluruhan siap 82.3 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2013.
Di Kedah, ia telah siap 78 peratus, katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment