Merasakan jawatannya selaku orang nombor dua dalam FAM beliau layak untuk membuat kenyataan, Annuar ternyata silap percaturan apabila luahannya itu dianggap sebagai satu kesalahan yang amat besar.
Mungkin akan menerima nasib sama seperti bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM, Annuar nampaknya tidak keseorangan.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online semalam mendapati, rata- rata penyokong bola sepak negara bersetuju dengan kenyataannya mengenai prestasi skuad kebangsaan yang dilihat terumbang ambing lebih-lebih lagi dalam usaha mempertahankan Piala AFF Suzuki 2010. Antaranya termasuklah daripada Rosdan Shafein yang menganggap sifat kurang bijak hanya memakan diri dan merugikan bola sepak negara secara keseluruhannya.
Malah, Azhar Hamzah berkata, jika kritikan akan membawa kebaikan kepada industri bola sepak negara, maka pihak yang dikritik harus menerima kritikan dengan positif.
"Sebarang kritikan dan pendapat mestilah lahir dari pada hasil pemikiran yang profesional dan bukannya daripada emosi yang keterlaluan," katanya yang turut mahukan perubahan dalam arena bola sepak negara lebih-lebih lagi dalam pengurusan badan induk itu sendiri.
Terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pendapat terutama berkaitan kecemerlangan bola sepak negara, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dilihat banyak membawa perubahan kepada persatuan Kelantan itu bagaimanapun enggan menjangka apa bentuk hukuman yang bakal diputuskan.
Turut menyifatkan keputusan mengheretnya ke Jawatankuasa Tatatertib sebagai tidak telus dan dilakukan oleh ‘orang tertentu’ yang membuat keputusan tanpa membincangkan terlebih dahulu di peringkat eksekutif, Annuar mahu FAM realistik dalam menjatuhkan hukuman.
Tidak kira apapun kenyataan mahupun luahan yang dikeluarkan oleh Annuar melalui laman Facebook rasminya, Annuar kini berdepan hukuman berat lebih-lebih lagi Timbalan Presiden, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.
Dituduh melanggar Statut FAM yang mana hanya Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan, nasib Annuar kini ditangan FAM kerana beliau berkemungkinan akan turut kehilangan jawatannya dalam Kafa sekiranya didapati bersalah dan dikenakan hukuman penggantungan.
Akan mengetahui nasibnya pada Rabu ini, Annuar menganggap kehadirannya bukan sebagai tertuduh, sebaliknya melaksanakan tanggung jawab sebagai Timbalan Presiden FAM.
Harap-harap Anuar ni TIDAK akan tabalkan Sultan baru utk Pahang macam dia cuba buat kat Kelantan dulu.
ReplyDelete