Thursday, March 29, 2012

Kena Penari Tiang kalut suruh tukaq masa kena Mamat Serban apa pun tak kata..!!!


Cuba anda semua bandingkan apa yang ada di Bumi Malaysia sekarang ini.. macam-macam Allah swt sedang tunjukkan untuk tatapan kita semua akan kelaku pemerintah yang duduk ada sekarang ini...

Dimana Agama Islam yang mereka sanjung itu sedang diletakan w/pon sudah 50 tahun lebih memerintah Malaysia..???

Tukar segera akta lapuk

PENARI tiang yang ditahan polis enjalani ujian alkohol di Nilai Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini.

Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari.

Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini.

“Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah.

“Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment