Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB NASIB
Peneroka Felda bagaikan ‘terawang-awang’ dalam kes jika kerajaan me neruskan usaha menyena raikan lagi kepentingan Felda ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) seperti yang dilakukan ke atas Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH).
“Untung nasib timbul, un tung sabut tenggelam” inilah ungkapan yang sesuai jika boleh disamakan dalam kes tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Plantations pula selepas gagal berbuat demikian dalam kes Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF). Faktanya sebelum ini, pelaburan-pelaburan yang dijalankan anak-anak syarikat FGVH seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Felda Global Technologies melalui Twin Rivers Technolgies US (TRT) mencatatkan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010. Kerajaan mempertahankan kononnya penyenaraian tidak akan menjejaskan hak peneroka mahupun hak tanah mereka.
Namun, seperti hujah Pe ngerusi Persatuan Anakanak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mengapa kerajaan dilihat terlalu bersungguh untuk menyenaraikan kepentingan Felda itu di BSKL? Malah, kerajaan sendiri meletakkan tarikh tertentu iaitu Mei atau Jun untuk menyenaraikan kepentingan Felda di Felda Plantations sama ada dibantah atau tidak. Ramai peneroka yang mungkin tidak tahu soal per janjian pajakan di antara Felda Global Ventures dan Felda yang disorokkan.
Pajakan tanah terlibat di mana tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantations berjumlah 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakan Felda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi ke dua, resort-resort Felda, ser ta tanah di mana penyelidikan. Mazlan bimbang de ngan sebarang manipulasi dalam proses itu yang tidak di ketahui peneroka Felda yang akhirnya akan membenarkan sebarang tindakan pihak atasan.
Sementara dalam kes FGVH, ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sendiri akan mendedahkan dakwaan adanya masalah berhubung prestasi semasa syarikat itu dalam pelaburannya. Ia bagi menyangkal jawapan bertulis yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Maslan, yang menyatakan bahawa keuntungan sebelum cukai FGVH pada 2009 dan 2010 adalah RM203 juta dan RM366 juta. Lebih kukuh lagi, peneroka sendiri sebenarnya ‘kurang faham’ apakah po lisi baharu kerajaan ini sebenarnya mampu membawa keuntungan kepada mereka, atau sebenarnya tanah-tanah milik mereka akan tergadai suatu hari nanti. Kerajaan hanya menerang kan secara umum ko nonnya tanah-tanah pene roka tidak akan terjejas.
Tidak keterlaluan boleh disifatkan hajat besar anak kepada pengasas Felda, (Tun Abdul Razak Hussein), Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu membawa Felda ke BSKL sebenarnya ber tentangan dengan hasrat Tun Razak memberi hak tanah kepada rakyat yang miskin. Kata-kata ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) harus men jadi kayu ukur kepada pe neroka di mana Ku Li menyebut, tanah peneroka ba kal tergadai andai penye naraian ini berlaku. Kaedahnya mudah, seperti kata Mazlan, selepas 20 peratus daripada 37 peratus pegangan saham hasil penyenaraian dibuka ke pada syarikat luar, pastinya syarikat luar akan mencari jalan memanipulasi ke adaan bagi mendapatkan sasaran mereka (tanah) untuk dimiliki.
Dalam kes tanah di Felda bagi kes-kes kematian pemilik asal, isu perebutan hak tanah dan pembahagian mendatangkan masalah ke rana Akta GSA memperuntukkan hanya ‘seorang’ penama akan mewarisi hak tanah kebun 10 ekar dan lot rumah. Dalam kemelut begini, Mazlan berani menyimpulkan hampir 85 peratus pe milik tanah berdepan ta waran ‘menggelapkan ma ta’ yang menyebabkan ta nah mereka boleh sahaja menjadi milik asing. “Jika tidak, mengapa sa saran mereka adalah KPF, dan hak Felda untuk disenaraikan ke bursa saham?” tegas Mazlan mempertikai. Dalam urusniaga ini, pe neroka boleh sahaja ditawarkan pada harga yang munasabah dan untung pada satu masa, namun akhirnya akan menyebabkan ta nah mereka ‘lebur’ dek pelaburan.
No comments:
Post a Comment