Friday, March 30, 2012

Hamidan Buatkan KFA Pening Kepala

oleh: Saiful Azrul Che Lah
(saiful@hijaukuning.com)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/547969_10150699271094906_246271459905_9270404_322995892_n.jpg

Tatkala Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkira-kira untuk menamatkan khidmat penyerang import dari Ghana, Hamidan Mohamed dan menggantikan dengan calon baru, beliau mula mempamerkan belang sebenar beliau. Setelah menjaringkan dua gol ketika perlawanan suku akhir kedua Astro Piala FA menentang T-Team, Hamidan sekali lagi mengulangi skrip yang sama dan juga membantu untuk satu gol jaringan sendiri pemain pertahanan Perak.

Kemenangan yang amat berharga kepada Kedah telah menyaksikan Kedah melonjak tiga anak tangga daripada tangga ke-12 ke tangga ke-9. Walaubagaimanapun, pasukan lain hanya akan beraksi pada malam esok.

Di awal perlawanan, Perak lebih banyak mengatur gerakan tersusun dan pemain Kedah dilihat sedikit kepenatan untuk melalui perlawanan ketiga dalam tempoh enam hari dengan menempuh jarak perjalanan yang cukup memenatkan. Perak beberapa kali mengancam dengan beberapa gerakan terusun tetapi gagal dimanfaatkan oleh pemain mereka terutama sekali penyerang, Lazar Popovic.

Kedah juga mempunyai beberapa peluang tetapi gagal dimanfaatkan dengan sebaiknya namun pada ketika perlawanan separuh masa pertama kelihatan akan berakhir dengan tanpa jaringan, hamidan tampil memecah kebuntuan apabila menguis mudah dengan kaki kiri tandukan ke belakang Sabree Abu hasil sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar.

Sejurus bermula separuh masa kedua, Perak mula mengancam tetapi Khyril Muhymeen lebih mencuri tumpuan apabila cubaan beliau terkena palang pada minit ke-50.

Kedah pada separuh masa kedua mula menguasai perlawanan dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang.

Pada minit ke-78, Hamidan yang melakukan gerakan solo dari tengah padang cuba mengumpan kepada Baddrol Bakhtiar tetapi dipintas oleh Syazwan. Malang bagi Syazwan, pintasan tersebut melambung ke arah gol dan penjaga gol Muda Perak, Khairil Amri teragak-agak untuk menggunakan tangan kerana hantaran oleh rakan sendiri lalu cuba menanduk keluar tetapi gagal untuk memberikan gol kedua buat Kedah.

Tujuh minit berselang, Hamidan mempamerkan taring beliau apabila melakukan sepakan kencang dari jarak kira-kira 35 meter yang terus menerjah ke dalam gawang Perak bagi memastikan kemenangan Ketiga Kedah dalam saingan Astro Liga Super 2012.

Apa yang pasti, peningkatan yang dipamerkan Hamidan telah menjadikan KFA berada dalam satu keadaan sukar untuk melakukan keputusan. Hamidan juga telah dipilih menjadi Pemain Terbaik Perlawanan oleh pihak Astro Arena.

sumber: www.hijaukuning.com

No comments:

Post a Comment