Asai ada cukup makan, boleh motong ngan turun bendang, tidoq pulak tak kena hujan... dah cukup baguih bagi depa.
Seingat Pak Long walaupun Pak Long ni bukannya ahli Umno... depa lain banyak ngan Umno la... segala yang orang kampung nak, mai dari Umno sampaikan kain pelikat yang dok berebut ngan Mak Long hang tu pun Umno yang bagi... hehe... Depa tak nampak pentingkan tembolok depa ja...
Banyak aktiviti kampung semuanya ada kaitan ngan Umno. Lawan takraw bulat, orang Umno yang urus... Tim bola kampung, puak Umno yang sponsor... Fardhu Ain bawah madrasah, wanita Umno punya usaha... Sejadah madrasah, Umno bahagian yang bagi... Kugiran kampung pun Umno jugak yang sedia... haha... Boleh katakan tak dak yang Umno melainkan Umno belaka. Ada la sejemput puak-puak PAS hujung kampung sebelah rumah Pak Long... yang malu tersipu-sipu... hehe...
Dah bila segala mak neneknya Umno bagi maka ada la orang-orang kampung yang pikiaq tak dak Umno, tak dak la kemajuan. Tak dak Umno, Melayu akan punah ranah baham tanah... apa pun tak boleh. Maklum sajalah Umno ni dah jadi tiang seri pada politik kampung, dah jadi tunjang pada politik tanah ayaq.
Tapi tu dulu... zaman dinasour tunjuk hebat yang dah menjadi sejarah. Umno pun terpaksa berubah ikut masa, terasa jelaih perubahan yang berlaku dalam Umno nih. Tapi perubahan budaya dan etika dalam Umno tu dah makin pelik, depa berubah kot belah kejatuhan dan bukannya kot belah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh Umno untuk kedaulatan rakyat...
Pak Long pun tak nampak dah Umno nak buat camana lagi untuk balik jadi parti yang dihormati rakyat bukan saja oleh orang Melayu tapi jugak dari bangsa-bangsa lain macam dulu kala... Pokok moktan depan rumah, buat menyemak kalau tak berbuah. Dah tua dan sampai masa, boh baja pun tak jadi apa... Pujuk-pujuk dok tak mau jugak, pikiaq senang boh kapak...
Yang sahihnya, Umno jadi serabut camni bukan pasai PAS kuat, tapi kelaku hodoh pemimpin Umno yang rakyat meluat. Depa tak tau nak uruskan kejayaan depa... Masalah mai bila Umno diwariskan pada kutu berahak yang tak berjiwa rakyat sebagai pemimpin. Mak pak depa keluarga bangsawan, anak-anak tak kenai jerit perih rakyat bawahan... Depa sedaq-sedaq dah jadi negarawan, hanya pandai berteriak yang tak ketahuan... Jerit bukan main kuat, tapi rakyat tetap melarat.... Umno di perguna, untuk kepentingan tembolok depa dan keluarga semata-mata...
Maka timbui la kisah-kisah ngeri yang dulu orang kampung tak pikiaq nak jadi. Anak menteri bertunang belasah duit rakyat... Anak menteri pukui orang tetiba kes hilang tak nampak bayang... Beli kapai selam ngan harga mahai nak mampuih... Badan Kehakiman demam sampai la tak kebah-kebah... Sambut harijadi pun rakyat yang sedekah...
Hutang berjuta bagi kat kroni, depa lenyap sunyi sepi... hutang PTPTN bebudak nak mengaji, depa ligan siap ngan nak saman lagi... Ini yang buatkan rakyat menyampah, nampak Umno dah macam pemintak sedekah...
Kesian kan kat Umno nih...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/
kesian noo kat depa ni...huhuhu..tu dia tu dia...hihihihi..
ReplyDeleteNak buat tuduhan memang mudah kerana dalam politik hampa nak emnag kena la buat macam tu. Bagi kami kita boleh lihat siapa yang buat kerja dan siapa yang cakap saja. Bagi semua manusia yang normal, tentunya tiada siapa yang mahu perkara yang tak elok seperti rasuah dan slahguna kuasa. Semuanya terletak kepada sistem yang guna pakai, kalau sistem korup, hasilnya pun akan berleluasalah korupsinya. Malaysia memang punyai sistem check and balance tersendiri untuk membendung penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Nampaknya berjalan dengan baik, kecuali pembangkang saja yang kata tak baik. Kita kena menerima hakikat mana mana negara yang belum maju sememangnya menghadapi masalah pada peringkat ini untuk mengatasi kelemahan yang ada. Tidak mungkin kita capai perfect 100%. Tugas kerajaan menyediakan ruang dan peluang bukannya menjadi kerajaan kebajikan sehingga rakyat malas berusaha.
ReplyDelete