Showing posts with label pak long. Show all posts
Showing posts with label pak long. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Banyaknya muka Najib...

"Salam semua... Pak Long tak tau la pulak bijak atau tidak langkah pelik si Najib neh... sampai naik gelap Lembah Klang ngan gambaq muka Najib yang tetiba jadi "sedia mendengaq". Di LRT la, kat tangga lif pun ada... siap ngan papan iklan besaq lagi... Tak tau la berapa banyak pulak la duit yang hanguih... hadoiihh...
Memang la, lagu yang tak sedap mana pun tapi kalau dok ulang siar kerap-kerap kat radio... lama-lama jadi sedap jugak. Pendengaq akan rasa sesatu yang kurang bila lama tak dengaq... Macam tu la jugak dengan iklan muka si Najib neh... lagi banyak terpasang, tentu dia berharap lagi mesra rakyat ngan warna bibirnya yang merah bak delima merkah tue... haha...

Cuma Pak Long harap punahsihat penasihat Najib kali nie buat sesatu benda yang betoi la... jangan ter'over' sampai rakyat meluat dah la... Moga tercapai hasrat Najib yang sanggup nak jadi pendengaq setia kat rakyat Selangoq tuh...


Neh, Mak Long hang pulak tanya nie Najib oii...
Kalau dah betoi sangat hang nak bela rakyat, pasai apa baru la nie yang hang kalut sangat nak buat iklan tue? Muka hang sampai penuh tivi siang malam tu dok tak cukup-cukup lagi ka tuk tawan hati pengundi? Tak payah la teruk-teruk sangat Najib oii, agak-agak dah laa...

Oh ya, sebelum Pak Long terlupa... Neh pulak iklan yang Pak Long jumpak terpampang kat van masjid kampung Pak Long... Errr... Najib, hang tak mau tumpangkan muka hang sekali kerr... hehe...

Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/

Thursday, May 17, 2012

Polis Malaysia buat apa..nganga ka?

BANGKAI betoi...

Salam semua...

Baru sangat kita sambut hari cikgu, 16 Mei setiap tahun. Maka banyak la kata-kata puitis yang terbit, puji cikgu cikgi meleleh-leleh. Memang banyak sungguh jasa cikgu kat kita. Tanpa terkecuali, semua dari kita ni memang dibesaqkan hasil didikan sorang cikgu, tak kira la cikgu peringkat mana sekalipun. Memang patut sangat la kita puji depa sebagai tanda terima kasih.

Tapi jangan dok salahkan cikgu pulak mengkalu ada dua tiga kerat anak-anak murid depa jadi hantu tanpa tuan. Ca hangpa tengok gambaq bawah nie, anak murid cikgu mana tah la yang buat perangai hodoh nih... bangkai betoi...


Anggota polis Thailand melihat bangkai dua harimau yang diseludup dari Malaysia selepas tertangkapnya dua suspek yang bertindak menyeludup bangkai terbabit di Bangkok, Thailand, Rabu.

Siasatan awal mendapati bangkai itu dirancang untuk diseludup ke pasaran China melalui Thailand, Laos dan Vietnam ekoran harga setiap bangkai haiwan terbabit mencecah 700,000 Bath atau RM70,000. -foto BERNAMA

Pak Long tak terkata apa, Mak Long hang yang tanya ni... Polis kita buat apa sampai biaq Polis Thailand pulak yang tangkap puak-puak pemakan bangkai nih... chiitt...

Wassalam...

Tuesday, March 27, 2012

Eishhhhh.. Awat la Pak Long dok kesian kat UMNO nie..??

Pak Long ni orang kampung yang di besaqkan dalam era segalanya Umno. Umno diterima pasai orang kampung dulu tak banyak songeh macam orang la. Depa malaih nak bertoje pasai-pasai parti nih. Depa pun tak tau dasar parti tu menatang apa. Orang dulu-dulu mudah percaya dan depa pakai percaya ja kat orang yang depa lantik sebagai pemimpin depa.

Asai ada cukup makan, boleh motong ngan turun bendang, tidoq pulak tak kena hujan... dah cukup baguih bagi depa.

Seingat Pak Long walaupun Pak Long ni bukannya ahli Umno... depa lain banyak ngan Umno la... segala yang orang kampung nak, mai dari Umno sampaikan kain pelikat yang dok berebut ngan Mak Long hang tu pun Umno yang bagi... hehe... Depa tak nampak pentingkan tembolok depa ja...

Banyak aktiviti kampung semuanya ada kaitan ngan Umno. Lawan takraw bulat, orang Umno yang urus... Tim bola kampung, puak Umno yang sponsor... Fardhu Ain bawah madrasah, wanita Umno punya usaha... Sejadah madrasah, Umno bahagian yang bagi... Kugiran kampung pun Umno jugak yang sedia... haha... Boleh katakan tak dak yang Umno melainkan Umno belaka. Ada la sejemput puak-puak PAS hujung kampung sebelah rumah Pak Long... yang malu tersipu-sipu... hehe...

Dah bila segala mak neneknya Umno bagi maka ada la orang-orang kampung yang pikiaq tak dak Umno, tak dak la kemajuan. Tak dak Umno, Melayu akan punah ranah baham tanah... apa pun tak boleh. Maklum sajalah Umno ni dah jadi tiang seri pada politik kampung, dah jadi tunjang pada politik tanah ayaq.

Tapi tu dulu... zaman dinasour tunjuk hebat yang dah menjadi sejarah. Umno pun terpaksa berubah ikut masa, terasa jelaih perubahan yang berlaku dalam Umno nih. Tapi perubahan budaya dan etika dalam Umno tu dah makin pelik, depa berubah kot belah kejatuhan dan bukannya kot belah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh Umno untuk kedaulatan rakyat...

Pak Long pun tak nampak dah Umno nak buat camana lagi untuk balik jadi parti yang dihormati rakyat bukan saja oleh orang Melayu tapi jugak dari bangsa-bangsa lain macam dulu kala... Pokok moktan depan rumah, buat menyemak kalau tak berbuah. Dah tua dan sampai masa, boh baja pun tak jadi apa... Pujuk-pujuk dok tak mau jugak, pikiaq senang boh kapak...

Yang sahihnya, Umno jadi serabut camni bukan pasai PAS kuat, tapi kelaku hodoh pemimpin Umno yang rakyat meluat. Depa tak tau nak uruskan kejayaan depa... Masalah mai bila Umno diwariskan pada kutu berahak yang tak berjiwa rakyat sebagai pemimpin. Mak pak depa keluarga bangsawan, anak-anak tak kenai jerit perih rakyat bawahan... Depa sedaq-sedaq dah jadi negarawan, hanya pandai berteriak yang tak ketahuan... Jerit bukan main kuat, tapi rakyat tetap melarat.... Umno di perguna, untuk kepentingan tembolok depa dan keluarga semata-mata...

Maka timbui la kisah-kisah ngeri yang dulu orang kampung tak pikiaq nak jadi. Anak menteri bertunang belasah duit rakyat... Anak menteri pukui orang tetiba kes hilang tak nampak bayang... Beli kapai selam ngan harga mahai nak mampuih... Badan Kehakiman demam sampai la tak kebah-kebah... Sambut harijadi pun rakyat yang sedekah...

Hutang berjuta bagi kat kroni, depa lenyap sunyi sepi... hutang PTPTN bebudak nak mengaji, depa ligan siap ngan nak saman lagi... Ini yang buatkan rakyat menyampah, nampak Umno dah macam pemintak sedekah...

Kesian kan kat Umno nih...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

Tuesday, December 13, 2011

Alahai..Nak Menikah Tergedik-Gedik..Nak Bercerai pun Tergedik-Gedik..

Nak nasihat sikit nih...

Salam semua...

Pak Long ni bukan terer sangat pasai cinta dan kasih sayang nih... haha... Tapi rasa macam nak kena bercakap jugak la pasai Pak Long dah mai martabat semak kepala dah bila tengok bebudak la ni, tak dak seni langsung dalam melayan kasih sayang ngan pasangan depa... haha...

Kawin tak dan inai nak kering elok lagi, dah macam-macam cerita dengaq. Kampung Pak Long dok ni tak la besaq mana sangat pun, sekali-sekala pinggan mangkuk yang depa lawan baling tu melayang jugak mai depan rumah Pak Long ni haa...

Pak Long dulu ni rajin gak la dok nasihatkan anak-anak Pak Long, nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tak lah susah... haha... Cari lah yang sayang kat kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik dimata belum tentu bahagia. Sedap dipandang bukan boleh bagi perut kenyang... Kekayaan bukan diukoq pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukoq pada ketampanan dan keayuan...

Akan sampai satu masa yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Di sinilah kasih sayang memainkan peranan pentingnya. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa jugak supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah dipandang... Yang masam nak di maniskan, inilah cabaran. Cantik tak semestinya luaran. Beralih umoq bukan bermakna hilang seri... tak percaya tanya Mak Long hang... haha...

Seri diri bermula dari hati. Tak kira jantina, hati yang bersih dijanji Tuhan dengan kebahagiaan... jadi, pakat-pakat la serikan hati kita...

Pak Long sedih betoi bila dengaq banyak rumahtangga yang rebah di usia muda... usia kanyiaq. Tu pun lambat siang, mengaku Melayu beragama Islam. Tapi takkan kita nak kata ni budaya Melayu atau ni ajaran Islam kot? Banyak yang kita tengok, memacam cerita dalam berbagai rupa. Ada yang laki dera bini dan ada bini yang lari tinggal laki. Kita kadangkala terlupa dan leka, setiap kita menjunjung Islam dikepala dan menjinjing bangsa disetiap ketika dan langkah...

Pak Long tak berani la nak komen lelebih. Pak Long pun bukan pakar sangat, cuma rasa sikit teruja ja nak bergossip... haha... Maapkan la Pak Long kalau-kalau agak keterlaluan dan dilihat sebagai melangkah ke belakang gatai nak tegoq anak anak di era 1Malaysia ni erti berkasih sayang...

Wassallam...