KUALA LANGAT – Kerajaan Negeri tidak akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh boros menggunakan peruntukan kerajaan untuk mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.
Bagaimanapun menurut beliau, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.
“Saya rasa tidak ada sebab (ambil tindakan terhadap) perbelanjaan itu kerana mengikut tatacara Perbendaharaan. Kalau saudara tengok, boleh jadi dia (Azmin Ali) hendak banding pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai (pejabat), tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment