Wednesday, December 5, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Kita tengok FAM double standard dak...jika tak kena memang 'sial' ja FAM nie..!!!!
"Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM mensyaratkan, kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung adalah ditegah. Hanya dua individu ini sahaja yang dibenarkan membuat press statement terutama berkenaan dengan prestasi skuad kebangsaan"
Jadi persoalannya sekarang, adakah FAM akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden I FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang membuat kenyataan secara meluas di media mengarahkan coach Dato Rajagopal memberhentikan eksperimen terhadap skuad AFF Suzuki Cup 2012? Apa bezanya kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden II FAM, Tan Sri Annuar Musa yang mengakibatkan beliau digantung selama 2 tahun oleh FAM?
Tiada niat admin untuk menyebelahi mana2 pihak atau membuat tuduhan itu ini, tapi wajarkah ada DOUBLE STANDARD dalam pentadbiran FAM yang dikenali seantero benua 'amat2 berpengaruh' jika isu ini dilupakan begitu saja? Semua pihak harus sedar dan melihat isu ini dengan penuh keterbukaan...
Saya mohon agar Setiausaha FAM, Dato Azzuddin Ahmad tampil membuat kenyataan...para media pulak janganlah senyap jer, lontarkan persoalan ini kpd FAM seperti apa yang anda semua lakukan ketika TSAM mengeluarkan komen terhadap skuad HARIMAU MALAYA...
Admin Tua Hati Muda
Jadi persoalannya sekarang, adakah FAM akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden I FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang membuat kenyataan secara meluas di media mengarahkan coach Dato Rajagopal memberhentikan eksperimen terhadap skuad AFF Suzuki Cup 2012? Apa bezanya kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden II FAM, Tan Sri Annuar Musa yang mengakibatkan beliau digantung selama 2 tahun oleh FAM?
Tiada niat admin untuk menyebelahi mana2 pihak atau membuat tuduhan itu ini, tapi wajarkah ada DOUBLE STANDARD dalam pentadbiran FAM yang dikenali seantero benua 'amat2 berpengaruh' jika isu ini dilupakan begitu saja? Semua pihak harus sedar dan melihat isu ini dengan penuh keterbukaan...
Saya mohon agar Setiausaha FAM, Dato Azzuddin Ahmad tampil membuat kenyataan...para media pulak janganlah senyap jer, lontarkan persoalan ini kpd FAM seperti apa yang anda semua lakukan ketika TSAM mengeluarkan komen terhadap skuad HARIMAU MALAYA...
Admin Tua Hati Muda
Sunday, April 22, 2012
Rupa-rupanya ada komplot nak perjatuhkan TS Annuar Musa dalam FAM....
Thursday, April 19, 2012
FAM kena perli tahap cipan hari nie.. Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu buat camnie...
Perlu diingatkan, duit serahan ini adalah daripada tindakan susulan secara sukarela rakyat Kelantan dengan melancarkan kempen ' 5 sen untu Azuddin dan 5 sen untuk FAM ' beberapa minggu lepas. Kutipan derma tidak sampai 2jam pun telah mencukupi untuk membayar kos mesyuarat tersebut.
Kadang-kadang untuk mengajar 'orang cerdik' kita perlu gunakan cara yang paling halus dan paling hina untuk mengajarnya. Kalu guno caro lain, tok make saman. Yang pasti FAM lebih hina mengemis duit 10sen dari rakyat Kelantan, malah lebih hina dari peminta sedekah dikaki lima kerana mereka cukup sifat.
Yang penting, anda perlu ingat selagi Kelantan diganggu,dihina, didiskriminasi selagi itulah hidup anda tidak tenteram.
" Anda boleh bunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda tidak boleh membunuh walau 1 pun jiwa anak Kelantan."- Pok Dogo
Saturday, April 14, 2012
Blog KedahLanie kena gantung 2 tahun oleh FAM sebab kutuk depa..!!
Kenapa FAM seperti menghakmilikkan sukan bolasepak seolah olah memang kepunyaan mereka secara ekslusif 100%? Apakah FAM lupa bahawa sumber kewangan mereka juga datang dari rakyat ? Tak kira samada geran tahunan, belanjawan sukan termasuklah pendapatan dari tiket perlawanan dan sebagainya.
Sudah tiba masa untuk badan tersebut dikendalikan oleh individu yang benar benar layak dari segi pengurusan & pentadbiran sukan. Selagi keadaannya masih kekal seperti hari ni, kita tak payah mengharapkan ada sinar dihujung terowong, kedudukan pasukan kebangsaan akan tetap goyah tak kira siapa pun yang menjadi jurulatihnya waima Jose Maurinho sekalipun (silap silap Maurinho pon boleh sasau dengan karenah FAM).
Tapi yang pasti ..Tolong lah berubah atau rakyat Malaysia yang perlu berubah selera dari bolasepak kepada sukan lari dalam guni .. kah kah kah kah
Saturday, April 7, 2012
Tak Payah Nak Tunjuk Baiklah TUANKU.. sebenarnya FAM nie memang sengal pun..!!
Tengku Abdullah simpati nasib Annuar
IMBAS KEMBALI... Tengku Abdullah (kiri) dan Annuar ketika sidang media mesyuarat Exco FAM di Wima FAM pada 2 Januari 2011. |
Saturday, March 31, 2012
FAM buat undang-undang karut...
Merasakan jawatannya selaku orang nombor dua dalam FAM beliau layak untuk membuat kenyataan, Annuar ternyata silap percaturan apabila luahannya itu dianggap sebagai satu kesalahan yang amat besar.
Mungkin akan menerima nasib sama seperti bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM, Annuar nampaknya tidak keseorangan.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online semalam mendapati, rata- rata penyokong bola sepak negara bersetuju dengan kenyataannya mengenai prestasi skuad kebangsaan yang dilihat terumbang ambing lebih-lebih lagi dalam usaha mempertahankan Piala AFF Suzuki 2010. Antaranya termasuklah daripada Rosdan Shafein yang menganggap sifat kurang bijak hanya memakan diri dan merugikan bola sepak negara secara keseluruhannya.
Malah, Azhar Hamzah berkata, jika kritikan akan membawa kebaikan kepada industri bola sepak negara, maka pihak yang dikritik harus menerima kritikan dengan positif.
"Sebarang kritikan dan pendapat mestilah lahir dari pada hasil pemikiran yang profesional dan bukannya daripada emosi yang keterlaluan," katanya yang turut mahukan perubahan dalam arena bola sepak negara lebih-lebih lagi dalam pengurusan badan induk itu sendiri.
Terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pendapat terutama berkaitan kecemerlangan bola sepak negara, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dilihat banyak membawa perubahan kepada persatuan Kelantan itu bagaimanapun enggan menjangka apa bentuk hukuman yang bakal diputuskan.
Turut menyifatkan keputusan mengheretnya ke Jawatankuasa Tatatertib sebagai tidak telus dan dilakukan oleh ‘orang tertentu’ yang membuat keputusan tanpa membincangkan terlebih dahulu di peringkat eksekutif, Annuar mahu FAM realistik dalam menjatuhkan hukuman.
Tidak kira apapun kenyataan mahupun luahan yang dikeluarkan oleh Annuar melalui laman Facebook rasminya, Annuar kini berdepan hukuman berat lebih-lebih lagi Timbalan Presiden, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.
Dituduh melanggar Statut FAM yang mana hanya Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan, nasib Annuar kini ditangan FAM kerana beliau berkemungkinan akan turut kehilangan jawatannya dalam Kafa sekiranya didapati bersalah dan dikenakan hukuman penggantungan.
Akan mengetahui nasibnya pada Rabu ini, Annuar menganggap kehadirannya bukan sebagai tertuduh, sebaliknya melaksanakan tanggung jawab sebagai Timbalan Presiden FAM.
Wednesday, January 11, 2012
PBSNT Vs FAM - Ahmad Said naik angin dengan FAM...
Ahmad Said naik angin
mustapa@kosmo.com.my
| AHMAD SAID ancam saman FAM. |
KONTROVERSI 'surat pekeliling' yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum reda.
Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tampil menyuarakan rasa kesal dan tidak puas hatinya ekoran 'penderitaan' yang dialami pasukan bola sepak Terengganu gara-gara kekeliruan yang timbul dalam surat tersebut.
Dalam nada keras, Ahmad yang juga penyokong No. 1 Terengganu mengemukakan tiga pilihan kepada FAM dengan dua daripada syarat itu ialah meminta badan induk bola sepak negara itu membayar ganti rugi atau membenarkan dua pemain import yang telah ditandatangani Terengganu beraksi dalam Liga Super.
Bagaimanapun, syarat ketiga yang disuarakan Ahmad perlu diambil serius FAM apabila Menteri Besar itu mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).
"Saya mewakili kerajaan negeri yang memberi peruntukan kepada pasukan dan kami telah berbincang dengan peguam berkaitan isu ini.
"Kita nak ingatkan FAM, kalau mereka salah, mereka kena akui dan kita boleh terima. Tetapi kita ada tiga pilihan sebab kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas pasukan Terengganu," tegas Ahmad kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kuala Terengganu semalam.
Jelas Ahmad lagi, tiga pilihan atau syarat itu ialah membenarkan kedua-dua pemain import yang telah didaftar itu bermain dengan Terengganu dalam Liga M serta membayar ganti rugi.
"Situasi paling sukar kemungkinan besar kita akan tarik pasukan Terengganu serta T-Team dan tidak akan bertanding dalam Liga Malaysia," ujarnya lagi.
Ahmad yang melihat sendiri surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu juga menjelaskan, dia tidak takut untuk digantung demi menjaga maruah bola sepak Terengganu.
Katanya, surat pekeliling itu secara jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftar pemain import untuk beraksi dalam Liga M sebelum 9 Januari dan tanpa menyebut satupun perkara berkaitan Piala AFC.
"Nak gantung, gantung la...sebab FAM tidak bersikap profesional. Kita main bola untuk suka-suka dengan liga yang kita ada. Tetapi kalau sudah begini, ia memang tidak adil.
"Kamu (FAM) beri arahan, lepas itu silap dan kemudian kamu salahkan kami. Itu tidak adil namanya. Kecualilah jika mereka ego.
"Sebab itu pasukan Malaysia tidak berkembang sebab ada pegawai-pegawai yang macam ini yang bermain politik. Kita kata kita profesional tetapi sikap tidak profesional," ujarnya.
Jelas beliau lagi, jika perkara ini tidak diselesaikan dengan cara baik, pihaknya juga sedia mengambil tindakan undang-undang berdasarkan surat pekeliling itu.
"Saya nak tengok reaksi selepas kenyataan ini dan apa yang FAM akan buat. Lagipun, kita sudah panjangkan perkara ini ke pihak peguam dan kita ada hak untuk tuntut.
"Kita saman bukan nak dapat kepentingan pun, tapi kerajaan negeri terpaksa tanggung kerugian. Kalau kita nak tunggu pemain import bermain bulan April, buat apa kerajaan negeri nak bayar begitu sahaja," tegasnya lagi.
Sebelum ini, kontroversi membabitkan FAM dan PBSNT bermula apabila Terengganu menandatangani dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil berdasarkan surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM kepada negeri itu.
Bagaimanapun, FAM kemudian mengesahkan yang PBSNT tidak boleh menggunakan khidmat pemain import itu pada awal musim ini memandangkan surat pekeliling itu hanya merujuk kepada kempen Piala AFC dan bukannya Liga M.
Sehari kemudian, FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad kemudian telah memohon maaf ekoran kesilapan teknikal, namun tetap bertegas dua pemain import Terengganu itu tidak boleh beraksi dalam Liga M.
Tuesday, December 20, 2011
Sebut kata Singapura... Kenapakah pimpinan kita lembut lutut.. dari pemerintah sampai ke yang jaga bola...
PEMINAT HARIMAU MALAYA
Klang, Selangor
SEBUAH pasukan bola sepak Singapura atau mahu dikenali sebagai Lions XII kembali dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia mulai musim 2012 selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menarik diri daripada persaingan di sini sejak 1995.
Pelik juga mengapa FAS sanggup mempertaruhkan sebuah pasukan yang hampir mirip pasukan kebangsaan (kerana di antara pemainnya bertaraf dan berpengalaman aksi senior antarabangsa) ke liga kita? Kenapa baru sekarang mereka sudi datang selepas menjauhi diri selama 17 tahun?
Adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang terhegeh-hegeh mengundang mereka dan membentangkan umpama karpet merah buat lawan dari seberang Tambak Johor ini? Atau setelah 'jiran' itu menyedari dan mengakui kehebatan pasukan kita sejak menjulang Piala Suzuki AFF 2010 dan menjuarai Sukan SEA 2009 dan 2011?
Semakin pelik apabila bermacam-macam pula keistimewaan (atau layak dipanggil konsesi macam konsesi bekalan air mentah kita) yang diberikan FAM sehinggakan masih bersikap 'tidak mengapa' apabila Lions XII memutuskan untuk membariskan lebih ramai pemain berusia 23 tahun ke atas.
Adakah FAS sudah mengumumkan butiran terperinci format Liga Singapura mereka kepada FAM? Saya sebagai peminat tanah air, masih tertanya-tanya adilkah anak buah Ong Kim Swee (skuad bawah 23 tahun kita, Harimau Muda A) dilayan mereka di sana nanti?
Yang peliknya FAS turut dibenarkan menetapkan harga tiket perlawanan Liga M sesuka hati mereka tanpa melibatkan pemantauan FAM. Di mana fungsinya peranan jawatankuasa berkenaan dalam FAM? Siapa tuan rumah atau pengelola pertandingan sebenarnya - FAM atau FAS?
Bukankah tukaran wang asing masih menyebelahi dolar Singapura? Sedarkah FAM betapa untungnya FAS dan republik itu apabila bukan satu atau dua pasukan tempatan yang akan menyeberangi Tambak Johor untuk ke Stadium Jalan Besar? Bagaimana dengan perbelanjaan sampingan mereka ke sana lagi?
Malaysia ada Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dan banyak lagi pasukan yang memiliki ramai penyokong setia. Tetapi Singapura cuma memiliki Lions XII. Berapa keratkah warganya yang sesetia peminat kita untuk mengunjungi Shah Alam, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban, Ipoh dan Alor Setar atau sanggup menaiki penerbangan ke Sabah dan Sarawak?
Khabarnya Lions XII turut dijamin kekal automatik mulai Liga Super 2013 hingga 2016 tidak kira apa pun pencapaiannya apabila musim depan berakhir. Anak tempatan berhempas pulas di tengah padang, alih-alih orang asing yang baru muncul setelah tergamak meninggalkan kita 17 tahun lalu, 'direnjis dengan air mawar' atau dilayan macam tetamu agung.
Terlupakah kita dengan pepatah Melayu, 'buat baik berpada-pada'. Inikah fair play menurut kaca mata FAM? Kerana kononnya taksub untuk mengembalikan nostalgia Selangor-Singapura seperti Piala Malaysia lalu, maka sanggup kita gadaikan yang hak dan yang batil?
Saya meragui kejujuran 'jiran' itu. Pada saya, mereka hanyalah bersifat 'kawan semasa kita senang'. Bagaimana sikap mereka sewaktu kita susah?
Wednesday, December 7, 2011
Sudah-sudah la tu FAM.. habaq aja kata nak bagi PAHANG main Liga Super..!!!
AnakKedah007.blogspot.com
Struktur liga bakal dirombakOleh : INTAN ATHIRAH REBUWANG
Tarikh : December 7, 2011![]()
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang mengkaji untuk mengurangkan bilangan pasukan Liga Super yang kini disertai 14 pasukan negeri dan kelab.
Struktur liga utama bola sepak kebangsaan itu berkemungkinan akan dirombak sekali lagi bagi meningkatkan martabat liga bola sepak negara ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara tersebut berkata, ia masih dalam peringkat perbincangan.
“Kita akan mengurangkan pasukan dan akan dibincang di peringkat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM untuk menentukan perkara tersebut,” katanya.
Untuk rekod, bagi musim ini sebanyak 14 pasukan telah menyertai saingan Liga Super seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Harimau Muda A, Perak, Johor FC, Negeri Sembilan, T-Team, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur dan Pahang serta Perlis sejak pertama kali diperkenalkan pada 2004.
Sementara itu, diminta mengulas lanjut sama ada akan melanjutkan tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi saingan Liga Super 2012 pada 8 Disember, Azzuddin menegaskan FAM tidak akan bertolak ansur kerana tempoh yang diberikan sejak Ogos lalu sepatutnya sudah dipenuhi setiap pasukan.
“FAM telah memberi masa yang cukup kepada setiap pasukan untuk menyediakan segala keperluan yang ditetapkan untuk pendaftaran pasukan,” katanya.
Enggan menunding jari mana-mana pihak, Azzuddin membidas pengurusan pasukan perlu lebih profesional dan sistematik kerana tarikh tersebut telah dimaklumkan lebih awal.“Ini kerana setiap tahun masih masalah yang sama iaitu memohon rayuan untuk lanjutkan tarikh tutup dengan alasan kesuntukan masa,” katanya.
Bagaimanapun katanya, pasukan yang gagal mendaftar sehingga tarikh tutup esok, JKPT akan menasihatkan mereka boleh berbuat demikian pada pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April 2012.
“Kita tidak boleh lanjutkan lagi kerana ia akan menjejaskan persiapan sekretariat untuk penjadualan perlawanan dan lain-lain,” katanya.
Tuesday, November 22, 2011
Tu dia aihh FAM dok buat akai nak bagi Pahang main Liga Super lagi tahun depan..!!

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.
Hamidin memberitahu, skuad bimbingan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.
Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.
Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.
"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.
Monday, October 31, 2011
Jika FAM Bubar
Pada satu hari biasa biasa di mana yang tua sibuk beribadat di rumah mahu masuk syurga, yang separuh tua sibuk di pejabat mahu bayar bil, yang muda tak habis-habis berasmara kerana belum dapat dan yang kanak-kanak semakin obes di hadapan TV dan komputer, muncul satu susuk yang tidak asing lagi di kaca TV. Dengan kepala bersongkok,Sultan Bola ingin membuat satu pengumuman yang penting lagi mendebarkan.
“Beta dengan ini mengisytiharkan Harimau Malaya dilupuskan dan semua liga bola sepak tempatan dibubar dan dihentikan serta-merta. Semua pemain bola sepak boleh balik kampung tanam jagung,” titah Sultan Bola.
Maka terhenti terus pekerjaan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya hairan berkerut-kerut kening tertanya-tanya. Semuanya melopong tak tentu hala. Belum dan 5 minit, semuanya sambung kerja seperti biasa.Yang beribadat - sambung bersila, yang bekerja - sambung menjenguk Facebook, yang berasmara - sambung membelek teman masing-masing dan yang kanak-kanak sambung baring sambil mengunyah.
Pemain-pemain bola sepak yang buat-buat terkejut pula, bagai lembu pulanglah mereka ke kampung halaman masing-masing. Yang mendengar cakap pergilah dia menanam jagung. Yang pandai bercakap mulalah dia cuba-cuba menjual insurans. Dan yang banyak cakap, terus sibuk dia berpersatuan menuntut pampasan itu dan ini akibat tak pernah menyimpan.
Mengikut catatan cerdik pandai sejarah, 25 tahun selepas kejadian 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV', pasukan bola sepak Malaysia bermain hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia. Beberapa bulan selepas itu, Lucius Maximus berjaya menyiapkan penulisan buku Cerita Malaysia Ke Piala Dunia. Ianya menjadi 'best seller' selama 12 bulan berturut-turut di MPH, Kinokuniya, Popular dan beberapa toko buku mamak yang lain.
Itu cerita kalau 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV' untuk umum bola sepak tempatan bubar. Tapi setakat hari ini Sultan Bola sekadar keluar TV untuk umum harga tiket bola RM50 masih murah berbanding harga tiket bola di negara lain. Jadi kita tahu Malaysia memang tidak akan ke Piala Dunia walaupun dalam tempoh 25 tahun lagi.
Atas sebab itu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ditulis, bukan yang sebaliknya. Atas sebab itu jugalah malam ini ramai-ramai kita perlu berbondong ke Rasta TTDI pada jam 8 untuk membeli buku yang berharga RM20 senashkah ini, kerana ianya jauh lebih murah dari harga tiket bola yang dijual FAM.
Siapa yang masih ragu-ragu, masih berkira-kira atau masih belum membudayakan amalan membaca, sila beringat bahawa hanya 50 nashkah terhad buku ini dicetak!
http://sokernet.blogspot.com/2011/10/jika-fam-bubar.html
Saturday, October 29, 2011
FAM jugak yg menang.. BOIKOT sana BOIKOT sini namun penuh jugak stadium tuu w/pon RM50....!!!
FINAL PIALA MALAYSIA - JUARA MALAM INI ADALAH FAM

MALAM ini maka bertemulah dua pasukan terbaik dalam Liga Malaysia, Negeri Sembilan akan bertemu Terengganu di dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Kehangatan perlawanan ini dirasai lebih awal apabila FAM buat kerja menyakitkan hati apabila menaikkan harga tiket kepada RM50. Bayangkan lah sampai ada yang mengodam laman web FAM dengan menukar logo FAM dengan gambar yang menjijikkan serta dengan komen-komen yang begitu kotor ditujukan kepada FAM. Namun, FAM begitu besar kuasanya sehingga teguran Menteri pun tidak dipedulikan.


Diberitakan ada peminat yang tetap akan hadir ke Stadium Shah Alam malam ini dengan hati yang `berbuku' terhadap FAM. Lantaran itu, mereka bercadang untuk memenuhi stadium dengan sepanduk dan banner membantah keegoan FAM. Bayangkan nanti, andainya pasukan yang mereka sokong itu kalah, bertambah `bengkak' hati mereka. FAM peduli apa semua ini, janji `fulus' masuk.
Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah tentu saya mahukan Negeri Sembilan menjadi Juara malam ini walaupun hati kecil saya merasakan Terengganu ada kelebihan. Hanya 90 minit di padang malam ini bakal menentukan siapa Juara. Bagi saya, samada Negeri Sembilan atau Terengganu yang menjadi Juara, Juara dan Hero sebenar adalah FAM yang berjaya mengambil kesempatan `mengisi poket' mereka./wfauzdin.blogspot.com
Wednesday, October 26, 2011
Isu Tiket Final Piala Malaysia - Antara BOLA MALAYSIA dengan BOLA INDONESIA

Sementara baru sejam yang lalu :-
FAM tidak berganjak dari keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.-Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata
Monday, October 24, 2011
Buat Penyokong Ganu & N9 - Jika hangpa rasa hebat ayuhh kita tunjukkan kuasa kita sebagai penonton..!!!
Ringgit Malaysia Lima Puluh
- Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket.
- Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium.
- Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini.
- Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak.
- Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu.
- Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/10/ringgit-malaysia-lima-puluh.html
Sunday, May 1, 2011
Aduhai FAM..patut la dok kena tiauw dengan rakyat Malaysia ....!!
Sekejap BOLEH sekejap TAK BOLEH pemain import...
last nah kalah dengan PAKISTAN & VIETNAM..
itu pun jangan masih dok sangkka terra tang tu laa..
HAMPEH FAM nie...
Dulu nak dengki kat KEDAH punya pasai hangpa sanggup
buat undang2 haramkan pemain import...
lanie bila dah tengok semua dah lingkop habih
hangpa pon terhegeh-hegeh balik bagi
pemain import masuk semula..
cam HAREM jaa kelaku hangpa nie..



