
Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.
Hamidin memberitahu, skuad bimbingan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.
Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.
Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.
"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013," katanya.
No comments:
Post a Comment