Projek tersebut membabitkan kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar dengan kerjasama anak syarikat perbadanan negeri bagi membantu rakyat miskin yang berdaftar dengan e.Sinar.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut mengakui pemberian wang sagu hati berjumlah RM370,000 kepada 263 peserta projek dari daerah ini adalah daripada Felcra.
Katanya, usaha tersebut adalah tindakan susulan kerajaan negeri berhubung kes kecurian balak dan penerokaan tanah secara haram yang tidak membawa faedah.
"Oleh sebab itu, Ladang Sejahtera yang dibangunkan ini adalah sebagai ganti kepada tanaman balak yang dijangka dalam tempoh lima tahun akan memperoleh hasilnya semula," katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran Ladang Sejahtera di Kampung Charuk Kapan, Kupang, di sini, hari ini.
Azizan turut akur dengan kemusnahan persekitaran alam semula jadi dan kadar kecurian balak dan penerokaan kawasan tanah secara individu tidak membawa makna sebaliknya berhasrat memajukan tanah di Hutan Simpan Gunung Inas.
Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang terletak di jajaran banjaran Titiwangsa adalah antara kawasan yang memiliki sistem ekologi terbaik.
Cadangan menanam getah klon balak ini dilihat satu lagi bentuk pembangunan yang cuba ditonjolkan oleh kerajaan negeri atas nama membantu rakyat miskin.
SELAIN 2.. PAKAT2 LA CHECK JALAN2 TAR YG BERLUBANG.. JALAN UTAMA KA, JALAN TAMAN KA, JALAN KG KA.. BYK ORG DOK BERSUNGGUT.
ReplyDelete