Dahulunya Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin pernah mengeluarkan panggilan 'BERUK' kepada mereka yang menyertai demontrasi jalanan semasa era pemerintahan bapak mertuanya. Pelbagai kecaman dan cacian dilontarkan kepada pedemontrasi sehingga bapak mertuanya sendiri terpaksa mengeluarkan kata-kata keras "Jangan Cabar Saya, Saya Pantang dicabar" dan akibat dari keceluparan itulah UMNO tumbang dan tewas dibeberapa negeri. Khairy pernah juga menyatakan demontrasi ini bukan budaya UMNO. Rentetan dari kekalahan Barisan Nasional itulah kini UMNO sendiri menjadi BERUK JALANAN dan BERUK MAKYEH di beberapa negeri yang mereka tewas. Kini UMNO menjadi penghasut, batu api dan pengadu domba untuk mendapatkan rasa simpati rakyat.
Mansor Ahmad (bersongkok hitam) yang merupakan Jurucakap demontrasi bantah roboh surau di kancut yang dahulunya merupakan buruh di JKR Kedah dan telah berhenti dan kini merupakan seorang kontraktor kelas F yang banyak mengaut keuntungan melalui projek-projek kerajaan di Negeri Kedah semasa era pemerintahan Barisan Nasional.
Saudara Mansor Ahmad bersongkok hitam bersama ADUN Derga (baju kemeja biru) yang konon turut bersama-sama dalam demontarsi membantah. SK banyak mengenali mereka-mereka ini yang konon berjuang untuk rakyat tapi sebenarnya hanyalah untuk kepentingan perut dan temolok masing-masing.
Tiga hari berlangsung Sidang DUN Kedah baru-baru ini tidak ada seorang pun ADUN BN yang bangkitkan isu tersebut sama ada dalam soalan mahupun dalam perbahasan sedangkan semua ADUN diberi peluang berucap.
Begitu jugak sewaktu Exco dan MB menjelaskan secara terperinci isu surau tersebut, tidak ada sekerat pun ADUN BN yang bangun meminta penjelasan walhal MB TIDAK PERNAH tidak memberi laluan kepada ADUN pembangkang yang mahu penjelasan sewaktu beliau tengah berucap.
Sebab mereka semua faham bahawa surau itu di bawah MAIK sebagai pemegang amanah. Majlis fatwa yang dipengerusikan oleh Dato' Mufti telah bermuzakarah sampai la-ik (bahasa Kedah tua bermaksud, halus atau terperinci). MAIK dam majlis fatwa 100 kali lebih alim (berilmu) dari Mat Bashah. Mereka yang buat keputusan membenarkan istibdal yakni pindah wakaf yang tidak mengurangkan manfaat.
Mereka juga tahu bahawa MAIK dan Majlis Fatwa terletak di bawah Tuanku Sultan, kalau masih tak puas hati mereka kena pi mengadap komplen dekat tuanku bukan boleh bahas kat kali lima.
Ada beberapa fakta tak betul yang dimainkan oleh pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan surau, walhal surau pun depa jarang pijak. Pijak masjid pun mungkin setahun dua kali, raja posa dan raya haji.
Jawapan kepada mereka-mereka yang menyertai demontarsi meroboh surau tersebut :Sekarang Mat Bashah yang setakat ini dianggap sebagai bakal MB jika BN memerintah Kedah tolong buat penegasan adakah jika BN menang nanti maka projek Aman Central akan dibatalkan atau Aman Central diteruskan tapi bangunan yang terdapat surau Salihiah itu dikekalkan terperosok di celah-celah Aman Central? Mat Bashah sila beri penjelasan...
1. Kononnya surau kat shopping complex tu adalah 'ganti wakaf'. Sebenarnya ia bukan ganti harta wakaf. Ganti wakaf diserahkan kepada MAIK RM1.48 juta, pi cari tanah wakaf baru dan buat binaan baru untuk manfaat orang Islam.
2. Kononnya surau dibuat pemaju dalam shopping complex, tak bebas jemaah nak buat aktiviti. Itupun tak betul, surau terletak tingkat bawah cuma attach dengan shopping complex. Ada syiar surau, ada kubah, boleh masuk dari luar. 24 jam boleh guna walaupun shopping complex tu tutup. Puak hak buat demo hari tu boleh buat aktiviti masa mana pun.. jangan dok lepak kat kedai kopi, karaoke atau kedai ekog saja.
3. Kononnya surau tu ada nilai sejarah berusia 100 tahun. Ni lagi bohong besar. Surau yang bernilai 100 tahun di atas tapak tu sudah diroboh tahun 2007 masa zaman BN. Masa depa roboh tu awat puak yang hari ni dok bantah senyap sepi tak kata apa pun? Bangunan yang ada tu baru dibina 2007.
4. Kononnya seluruh bangunan yang berusia 4 tahun itu adalah surau. Tak betul jugak, hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain jugak. Tidak ada kampung orang Islam di keliling kelalang surau tu. Hanya ada beberapa rumah dan mereka lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Jemaah hanya beberapa orang di surau waktu Zohor dan Asar. Waktu lain, pagar pun berkunci sebab bangunan tu disewa oleh Takaful Ikhlas. Bangunan tu lebih berfungsi sebagai pejabat Takaful Ikhlas dari sebuah madrasah.
http://siasahkini.blogspot.com/2011/11/ramainya-beruk-jalanan-di-kedah.html
hahaah...jgn risau wahai Pas...saya adalah seorang drpd ahli khariah Salihiah Kanchut itu....
ReplyDeleteini penjelasan saya....
1)madrasah itu sudah kurang pengunjung kerana terletak didlm kawasa pusat Alor Setar...jd mengapa tiba2 ramai yg demo
2)kawasan sekitar adalah majoriti Cina......
3)semua proses sudah disiapkan ..apa yg bising lg
4)hanya berfungsi sbg tempat mesyuarat Khairat ...madrasah juga berfungsi ttp kurang
5)majoriti ahlinya adalah Pas....termasuk saya....yg Umno sikit saja.....ahli Khairat sehingga kini kurang dr 200 org shj.
itulah wahai lang..sungguhpun kamu adalah ahli kariah..nampaknya kamu tak pernah pun bersolat di sana....betul kah...itu rumah Allah ..kamu mesti mempertahankannya...kerana rumah Allah nak dijadikan tapak shopping setan....kamu janganlah mengkhianati agama Islam!
ReplyDelete