Monday, November 28, 2011

Lepas kena ketok baru Kementerian Noh Omaq nak buat kerja...!!!

Selepas Ketua Audit Negara tegoq kenapa dok simpan duit peruntukan kepada petani bari kementerian Noh Omaq kelam kabut nak bagi...:
Tunggakan insentif IPH Mula Dibayar Disember ini
Oleh : MOHD FIRDAUS YON
Tarikh : November 28, 2011

ULU TIRAM - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjelaskan tunggakan pembayaran Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) kepada pesawah berjumlah RM110 juta mulai bulan Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pembayaran insentif IHP yang diumpamakan seperti 'durian runtuh' itu disifatkan sebagai berita baik kepada 73, 291 pesawah di negara ini bermula 4 Disember depan.

Menurutnya, buat permulaannya, kira-kira 1,000 pesawah yang berjaya meningkatkan hasil padi sejak tahun 2007 di Selangor akan menerima bayaran berkenaan secara tiga peringkat.

"Peningkatan hasil padi melebihi satu tan metrik melayakkan pesawah-pesawah ini menerima insentif IHP sebanyak RM650.

"Sekiranya 10 tan metrik, sejumlah RM1,300 nilai insentif tambahan turut diberikan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Projek Penanaan Nanas MD2 Kulim (Malaysia) Berhad di Ladang Ulu Tiram, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abd Aziz Kaprawi dan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Kamaruzzaman Abu Kassim.

Sebelum ini, beliau memberi jaminan kementeriannya akan menjelaskan tunggakan pembayaran insentif IHP kepada pesawah.

Katanya, kerajaan sudah melulus peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta, baru-baru ini, untuk dibayar kepada pesawah yang belum menerima insentif itu.

Noh berkata, tertunggak bayaran insentif sejumlah RM110 juta seperti dilaporkan Ketua Audit Negara 2010 sebenarnya disebabkan pihaknya tidak dapat membuat pembayaran berikutan belum mengenalpasti jumlah sebenar pesawah yang berjaya meningkatkan hasil padi.

Terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara 2010 bahawa kementerian itu masih belum membayar RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah di bawah insentif IHP sejak 2007.

Insentif itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka.



No comments:

Post a Comment