SIK - Seorang penduduk di Kampung Bendang Temingat tidak menyangka gelagat mencurigakan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Wira berwarna hijau, sebenarnya bertujuan mencuri dua lembu miliknya.
Shalizan Aziz, 39, berkata, kejadian kira-kira jam 4 pagi, 23 November lalu itu disedari adik lelakinya, Mohd Yusoff, 32, yang ketika itu bangun dari tidur kerana terdengar bunyi mencurigakan di tepi jalan berhampiran rumahnya.
Menurutnya, Mohd Yusoff terus menghubunginya sebaik melihat dua individu itu cuba melarikan ternakan yang sudah disumpit dengan ubat pelali. Namun hanya seekor sempat dibawa masuk ke dalam kereta dan dilarikan.
“Saya terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati anak lembu jantan baru berusia lapan bulan sudah hilang manakala ibunya, tidak sedarkan diri dengan mulut yang mengeluarkan buih.
“Pagi tadi (semalam) baru dia benar-benar pulih setelah menerima rawatan daripada Jabatan Veterinar, namun saya dapati kaki kanannya masih lemah dan tidak mampu berdiri dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Shalizan berkata, berikutan kejadian itu, laporan dibuat di Balai Polis Sik.
“Adik saya memberitahu bahawa sebelum anak lembu itu diangkut ke dalam kereta berkenaan, kereta sama dilihat berhenti di tepi jalan dengan seorang lelaki mengeluarkan batang paip sepanjang lebih satu meter dan dihalakan ke arah lembu terbabit,” katanya.
Menurutnya, sudah enam tahun dia memelihara lembu namun itu adalah kecurian pertama dialaminya menyebabkan dia kerugian hampir RM2,000.
“Sewaktu memeriksa lembu yang tidak sempat dicuri, saya dapati ada dua jarum suntikan pelali pada kaki kanan ternakan dan bahan bukti itu sudah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut,” katanya. [Sinar Harian]
Saturday, November 26, 2011
nama kata nak mencuri.. macam-macam cara depa buat lanie..!!
Sumpit pelali sebelum curi
Labels:
Jenayah,
Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment