Tuesday, November 29, 2011

Mohon SPR, JPN bertindak secara profesional

Dr Ghazali Hasbullah

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS melalui Lajnah Mobilsasi Rakyat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Namun Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka.

Jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno/BN. Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. Bukti yang bagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?

Sehingga kini, SPR telah mengiktiraf kenyataan PAS bahawa wujudnya pengundi hantu. Pengiktirafan itu, yang dibuktikan melalui pendedahan nama-nama meragukan yang bukannya seorang-dua, tetapi sehingga lebih 60,000 nama.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

Namun, sehingga kini, kita menyedari bahawa ini hanyalah tindakan yang sekadar ingin melepaskan jerut ditengkuk bahkan ianya acuh tidak acuh.

Terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan ini membuktikan SPR telus dan benar-benar menegakkan demokrasi di dalam Negara.

Terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan ini membuktikan SPR telus dan benar-benar menegakkan demokrasi di dalam negara.

Nama-nama yang disiarkan, mempunyai rekod alamat tempat tinggal. Mengapakah tiada agensi, baik SPR, mahupun JPN melakukan penjejakan terhadap mereka ini? Ini adalah suatu kesalahan jenayah, kerana memalsukan maklumat diri seseorang warganegara.

Sebelum mereka mendaftar sebagai pengundi, “hantu-hantu” ini perlu mempunyai kad pengenalan yang berasingan supaya dapat didaftar sebagai pengundi kedua (atau berganda). Penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Rekod petugas yang mendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN.

Maka, mengapa petugas-petugas yang mendaftar ini tidak di soal siasat? Bahkan jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkap dan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi negara dan secara lebih jelas, memperjudikan keselamatan negara kita.

Pihak polis perlu menahan “hantu-hantu” ini kerana mereka telah menipu kesemua rakyat negara ini dan memperjudikan keselamatan negara.

Setelah siasatan dibuat, pendedahan siapakah yang merupakan dalang utama ini pendaftaran haram hantu-hantu ini perlu dibuat. Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka di kaca televisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan.

Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salah guna kuasa pihak SPR atau JPN.

Sepatutnya, tindakan diatas perlu dikoordinasikan oleh pihak SPR jika benar-benar ingin melihat demokrasi negara ini menjadi bersih dan adil.

Jika tindakan-tindakan ini tidak diambil, maka ternyata, SPR bahkan JPN memang hendah membela hantu-hantu ini atas sebab-sebab menjaga kepentingan ahli politik dan parti pemerintah. Ini kerana SPR dan JPN adalah dilantik oleh pemerintah BN.

Kami memperingatkan SPR dn JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN serta diri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti.

Salam Maal Hijrah dan salam penghijrahan demokrasi mulia 1433H.

Penulis adalah pengerusi, Lajnah Pekerja dan Professional Muda, Dewan Pemuda PAS

No comments:

Post a Comment