Wednesday, November 30, 2011

KWSP: TERLALU BESAR PINJAMAN KEPADA KERAJAAN SELAMAT?

Saya tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek di Dewan Rakyat semalam. (The Star, m s 20 30 November 2011).

1. RM 79.4 billion - adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan - seperti disebut oleh Dr. Awang.

Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?

Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai Hutang Kerajaan adalah RM 240 billion!

2. Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik Kerajaan.

3. Berdasarkan jumlah RM 240 billion, ia adalah 52.6% dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 456 billion pada tahun 2011, seperti dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

4. Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55% yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, keselamatan pinjaman ini memerlukan penelitian yang serius.

RM 456 billion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3%.

5. Hanya tinggal 0.7% untuk mencapai tahap 55%!

Melalui Belanjawan defisit tahun ke 15 berturut-turut dengan jumlah RM 45.?? billion, sepatutnya tahap 55% tadi telah dilanggar.

6. Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara;

a. Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6% supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah.

Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6% sepanjang tahun hadapan. Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan hutang KWSP.

b. Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik.

Jumlah RM 918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil

7. Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55%, ia akan mencecah tahap 55% ini pada bila-bila masa dari sekarang.

Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6% pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar.

8. Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan.

9. Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU ke 13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Datuk Seri Najib!

10. Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM 184 billion.

Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai CC minus.

Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55% dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan.

11. Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang.

Termasuk berbelanja besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dll, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Kedua, terus berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit.

12. Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini.

Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada Kerajaan menjadi lebih berharga.

13. Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat!


HUSAM HJ MUSA
NAIB PRESIDEN PAS

30 NOVEMBER 2011

1 comment:

  1. GET PINJAMAN INSTANT ANDA SEKARANG:
    ** Pembiayaan semula
    *Pembaikan rumah
    ** Pinjaman Pelaburan
    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi
    * Pinjaman Antarabangsa.
    CITICORPFINANCE01@GMAIL.COM
    WHATSAPP: + 91-9971176533

    ReplyDelete