KOTA BHARU – Penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah mengajar umat Islam supaya mengatur strategi dan gerak kerja.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, strategi Rasulullah cukup teratur, bagi memastikan kejayaan membentuk kerajaan dan mentadbir mengikut acuan Islam.
“Peristiwa itu mencetuskan momentum besar dalam sejarah perjuangan Rasulullah iaitu pembentukan negara Islam pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada terang-terangan,” katanya dalam perutusan sempena Hijratur-Rasul 1433 Hijrah.
Menurutnya, Pas mendidik rakyat agar mengenali batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa agar tidak berlaku penolakan terhadap perintah ALLAH SWT, menolak cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.
“Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku, namun dalam masa sama, kita menyaksikan runtuhnya nilai agama dan jauhnya manusia daripada ALLAH SWT.
“Kita tidak mahu ber laku penyelewengan dalam pentadbiran seperti mana laporan audit negara yang dibentangkan dengan menyaksikan pelbagai ketirisan sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat, sedangkan kita ada undang-undang untuk menyekat salah laku itu,” katanya.
Misi Pas di dalam gerak kerja politik katanya, berjuang melalui pilihan raya untuk mendapatkan kuasa, sekali gus membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertakwa kepada ALLAH SWT.
Friday, November 25, 2011
Islam mesti ada strategi: Nik Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment