Friday, September 21, 2012

Gempar - Pelakon filem lucah hina Islam....jom demo....


Wajarlah kenyataan Ngeh Koo Ham dihadapi macam lembu gila?
Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Selepas melalui 12 kali PRU, maka inilah kali pertama Umno bertekad akan menggunakan hanya satu persoalan isu dan kepada hanya satu kelompok manusia di negara ini untuk dipengaruhi; dalam mempertahankan kuasanya.

Satu persoalan isu yang dimainkan itu ialah isu racis Melayu. Isu kononnya DAP anti Melayu/Islam, Melayu hilang kuasa, PAS jadi pak turut DAP, kedudukan Melayu dan raja terancam; semuanya berlegar dalam lingkungan persoalan racisme sempit yang satu itu.

Satu kelompok manusia yang jadi sasaran utama mereka pula ialah orang Melayu. Umno seolah-olah tidak peduli lagi akan kelompok minoriti yang lain di negara ini. Bukan kerana mereka menjadi tidak penting bagi BN tetapi barangkali mereka sudah berputus asa untuk memenangi hati kelompok minoriti (tetapi besar jumlah angkanya)  itu.
Jadi media BN saban hari hanya mencanang isu DAP dan ancaman terhadap Melayu. Bersilatlah kiri kanan Umno dalam menuju PRU13 ini semuanya isu racis itu saja yang dipalu. Cakap sepatah mereka DAP, zikir dan wirid pun DAP, tazkiroh DAP, tidur dan mimpi DAP, semuanya serba DAP. Tujuannya untuk menakutkan orang Melayu.

Datuk Mahfuz Omar dengan sinis menamakan agenda menakutkan rakyat ini sebagai Skim Takut 1Malaysia (ST1M).

Apalah besar sangat salah pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham apabila bertanya, apakah (perlu) umat Islam menghabiskan masa dan tenaga untuk itu? Iaitu memberi reaksi belebihan terhadap sebuah filem yang menghina Islam. Orang bodoh akan memahami soalan itu (atau sengaja untuk memahami) dalam maksud yang terpesong iaitu kononnya pemimpin DAP itu juga anti Islam kerana tidak setuju perbuatan umat Islam membantah perbuatan menghina Nabi mereka. Lembam sungguh cara berfikir mereka. Atau mungkin juga mereka cerdik tetapi sengaja mahu melembamkan pemikiran rakyat dengan membesarkan isu seremeh itu.

Koo Ham orang politik yang hidup mati kerjayanya adalah atas sokongan rakyat. Mustahil beliau sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk menghina umat Islam yang merupakan pengundinya sendiri. Persoalan yang dilontarkannya sama seperti pemikiran sebahagian umat Islam dalam dunia ini  yang menganggap isu anti Islam yang tercetus satu demi satu sama ada melalui filem, karikatur, tulisan atau kenyataan adalah merupakan permainan musuh Islam untuk melakukan provokasi supaya umat Islam melatah, mengamuk, hilang rasional dan bertindak keterlaluan kadang-kadang sehingga menyerlahkan sifat ekstrimisme yang boleh merosakkan imej Islam itu sendiri. Jadi, perlukah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk itu semata-mata?

Ulamak muda Umno Sheikh Fathul Bari bekata, tindakan menghina Rasulullah akan terus berlaku. "Kalau kita asyik emosi dan marah, ia tidak memberi apa-apa penyelesaian kerana semangat itu akan surut," ujarnya. Mujur Fathul Bari bukan ahli DAP.

Kata ulamak Umno itu lagi, ketika filem Fitna diterbitkan, berapa ramai umat Islam yang menontonnya tetapi terlalu ramai yang membantah di jalanan. Persoalannya, katanya, berapa ramai yang menjawab persoalan itu?

Fikrah dan aqidah Ngeh Koo Ham dan Fathul Bari memang tidak sama, tetapi persoalan yang dilontarkan sama saja iaitu tenaga dan masa tidak perlu dihabiskan terlalu banyak untuk membantah semata-mata tetapi berikan juga masa untuk perkara lain yang lebih penting dalam menghadapi isu itu supaya umat Islam tidak terperangkap dengan agenda musuh.

Atau kalaupun kenyataan Koo Ham itu masih mahu dianggap sebagai tidak memahami bahawa 'masa dan tenaga' yang diguna untuk menzahirkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW sebagai tidak membazir, bahkan sangat bernilai, maka berikanlah penjelasan sebaik-baiknya kepada seorang bukan Islam yang bertanya itu! Mengapa perlu soalan beliau dihadapi dengan emosi sehingga perlu ada bantahan seluruh negara terhadap isu yang seremeh itu. Bagaimana agaknya Islam mahu dipandang Indah oleh masyarakat bukan Islam kalau setiap persoalan yang ditimbulkan dijawab dengan tindakan panas baran macam lembu gila?

Media talibarut BN yang menggembargemburkan soalan pendek Koo Ham hanya menyepi terhadap kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek yang mengecam calon Muslimat PAS PRK DUN Tenang Normala Sudirman kerana enggan bersalam dengan lelaki. Beliau juga menganggap cadangan melaksanakan hudud di Johor sebagai cadangan gila (hilang akal). Kenyataan itu sama saja biadabnya terhadap Islam dengan pembikin filem Innocence of Muslims.

Umno dan Perkasa hanya menyepi macam syaitan bisu bila MCA hina Islam tetapi melompat macam lembu gila bila pemimpin DAP 'tersebut' perkataan Muslim ketika terbatuk. Hipokrit besar!

1 comment:

  1. Aku tidak hairan dengan tindakan emosional dan berlebih-lebihan (over acting) dari orang Melayu terutama Melayu dari UMNO@APCO@PERKASA@JATI@ ...
    Semasa aku belum memeluk Islam, aku pun menghadapi suasana yang sama apabila berbincang dengan sahabat tentang Islam. Aku ditengking seolah-olah aku musuh beliau semata-mata kerana soalan dan pernyataan yang ditimbul secara logik oleh saya.
    Aku masih pegang pada prinsip iaitu "Tin kosong bunyinya deras". Depa tu nak berlagak seolah-olah depa tu JUARA AGAMA sedangkan orang bukan Islam dapat menilai sejauh mana keikhlasan depa dalam perjuangan memartabatkan Islam.
    Bayangkan bagaimana seseorang yang menyatakan dia tu pejuang Islam tetapi sebaliknya menentang orang yang sedang memberi tazkirah? Begitu juga dengan orang yang mengaku Jaguh Melayu sebaliknya dok kerja mohong kat Melayu, Aniayai Melayu, Memukul orang Melayu, khianat pada hak istimewa Melayu ...
    Apa beza antara Fathul Bari dengan Ngeh Koo Ham? Bagi aku, Ngeh Koo Ham lebih mulia daripada Fathul Bari. Kenapa ya? Sebabnya senang saja. Ngeh Koo Ham cuba menegak keadilan untuk semua tapi Fathul Bari sebaliknya.
    Entahlah. You know I know.

    ReplyDelete