Friday, September 21, 2012

Tahap pemerintahan BN sudah tepu...tiba masa untuk tolak BN

oleh Pak Din Kupang

Berdasarkan perkembangan semasa..adalah hampir mustahil UMNO BN akan kekalkan kemenangan atau setidaknya kekalkan kerusi yang sedia ada dalam GE 13 nanti. Lihat saja dalam GE 12 lepas, kadar swing pengundi bukan Melayu yang tidak seberapa pun telah menyebabkan 5 buah negeri jatuh ke tangan PR..inikan pula jika swing pengundi mencapai 50%~80%.

Jika trend dan situasi serta mood pengundi sekarang berterusan sehingga hari mengundi, UMNO BN tidak syak lagi akan tumbangkan melainkan dengan keajaiban dan helah kotor saja mampu menyelamatkan parti tersebut.

Saya tidak pelik kenapa Mahathir bersuara demikian. Sebenarnya apa yang keluar dari bibir Mahathir bukanlah apa yang sedang bergelora di hati dan fikiran beliau. Mahathir sebenarnya sedang resah sengsara dan kenyataan beliau itu tidak lebih untuk menyedapkan hati sendiri selain memberi keyakinan untuk menyuntik semangat sisa sisa penyokong UMNO BN yang ada agar terus pertahankan parti berkenaan.

Apa yang penting ialah PR harus mempertahankan mood pengundi sekarang atau setidak2nya mendedahkan lagi lebih banyak pekung dan dosa UMNO BN supaya majoriti orang rami sentiasa sedar dan tidak lupa betapa UMNO BN ini tidak lagi berwajah UMNO asal, yang ketara ialah betapa parti yang berkuasa lebih 50 tahun ini telah memporakperandakan sistem kehakiman dn perundangan negara. Mahathirlah yang bertanggung jawab menyusun dan meletakkan individu kepercayaan beliau di kementerian2 penting agar beliau dan UMN BN amnya mudah memanipulasikan undang undang semau hatinya. Dan seperti kata Dato Mat Zain Ibrahim ( bekas pegawai polis tertinggi ), manusia bernama Mahathir ini layak dan wajar diadili di mahkamah. Beliau lah bapa perogol kaharmonian institusi kehakiman di Malaysia.

Mahathir sebenarnya sedang bergelut dengan ketakutan akibat dosa dosa dang angkara durjana yang beliau lakukan sepanjang kekuasaan beliau sebagai PM. UMNO BN kini dipenghujung hayat dan kenyataan bahawa UMNO BN masih mampu menang dalam GE 13 nanti hanyalah "gurindam" penghibur hatinya yang akhir akhir ini kerap dibayangi "jerejak besi" dan "kamar sempit berdinding batu".

Barangkali Anwar saja yang dapat meredakan hati seorang si tua yang kian walang dan gundah gulana ini. Pengalaman Anwar disebalik tirai besi dan bilik sempit berdinding batu itu mungkin dapat meredakan hati seorang negarawan yang kini makin aktif menghina dirinya sendiri.

Allah Maha Besar! Maha Suci Allah. Sebaik baik perancangan manusia..tidak mungkin mampu menandingi perancangan Mu. Kepada Mu kami berserah. Sesungguhnya Engkau Maha Adil & Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment