Wednesday, October 10, 2012

Mengapa Nasharuddin Semakin Hampir Kepada Umno?


Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan keputusan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memutuskan hubungan politik mereka dan bukan hubungan silaturrahim dengan bekas timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa yang kini sudah dicop sebagai "jurucakap tidak rasmi" Umno dan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua mereka dengan tegas menolak sebarang tuduhan yang langsung tidak berasas yang dilemparkan Nasharuddin kononnya ada majlis kesyukuran mendoakan Malaysia menjadi sebuah negara beragama Kristian secara rasmi.

Sedangkan majlis yang didakwa Nasharuddin itu sebenarnya sebagai tanda terima kasih kerana DAP berjaya memenangi 12 daripada 15 kerusi DUN yang ditandinginya dalam pilihanraya negeri Sarawak pada April lalu.

Malah, bukan setakat Salahuddin dan Khalid menempelak Nasharuddin tetapi Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat, Hu Pang Chow turut menyelar tuduhan Nasharuddin tanpa memberi fakta dan bukti sebelum mendedahkan perkara yang sudah tentu akan memakan diri sendiri.
Nasharuddin yang juga ahli Majlis Syura PAS berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan PAS sering dilihat ‘taboo’.
Beliau berkata demikian pada seminar dakwah Islamiyyah sebagai tunggak kekuatan umah di PWTC, semalam.
Bagaimanapun, Hu menegaskan jika PAS bergabung dengan Umno ini bermakna parti Islam itu bersekongkol dengan penyalahguna kuasa, rasuah dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno.
“Orang Melayu banyak yang miskin, terlibat dengan jenayah dan gejala sosial. Adakah Nasharuddin mahu PAS terbabit sama?” tanya Hu.
Sebenarnya, polemik terbaru ini menjelaskan bagaimana kumpulan "Kerajaan Perpaduan" yang satu ketika dulu sudah tidak lagi "wujud" nampaknya berkuku kembali dalam PAS.
Salahuddin yang juga dikatakan antara penyokong kuat kumpulan tersebut dulu, kini nampaknya memahami rentak sebahagian besar ahli PAS yang mahukan parti tersebut kekal bersama KEADILAN dan DAP dan menolak sama sekali kerjasama antara parti Islam itu dengan Umno.
Kumpulan yang dikenali sebagai puak "Erdogan" dalam PAS kini hampir mendominasi sebahagian besar kedudukan tertinggi dalam parti itu lantas secara tidak langsung "menyingkirkan" puak pro-Umno itu tersudut tanpa haluan setelah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali dipecat Januari lalu.
Maka tinggallah Nasharuddin dan Timbalan Mursyidul Am, Haron Din mengepalai gerakan tersebut selain disokong beberapa ahli jawatankuasa yang kini bergerak secara senyap.
Dengan kekuatan yang dimiliki Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, kumpulan Kerajaan Perpaduan yang pro-Umno dalam parti itu cuba mensabotaj hajat Mohamad bertanding salah satu kerusi parlimen di Kedah, dipercayai didalangi oleh pimpinan tertinggi parti itu sendiri.

Kehadirannya dalam beberapa pertemuan membabitkan presiden Umno, Najib Altantuya dan terbaru, timbalannya, Muhyiddin Yassin dikatakan sebagai misi "memecah belahkan PAS dari dalam selain diberi imbuhan tertentu" menurut sebuah blog pro-Umno yang mendedahkan butir perbincangan antara mereka berdua, tidak lama dulu.
Pun begitu, isu Nasharuddin sebenarnya sudah tidak relevan lagi dalam PAS dan hanya mengharap belas ihsan Umno menghidupkan sisa-sisa perjuangannya di Bachok yang hampir 85 peratus ahli parti itu mahukan calon tempatan mewakili mereka di parlimen itu kali ini.
Dalam sejarah parti itu sendiri pun, bekas presidennya, Asri Muda pun menyertai Umno walaupun dilihat satu tindakan terbaik ketika itu.

Apalah sangat nak dihairankan sekiranya Nasharuddin pun menurut jejak yang sama kerana pandangannya dan suaranya kini tak ubah seperti "Saifuddin Abdullah atau Khairy Jamaluddin dalam Umno".

Apa lagi Nasharuddin, jadilah anak jantan berani mengumumkan pendirian dan tidak perlu menghancurkan PAS dari dalam kerana parti itu hampir pasti tidak akan memecatnya seperti mana yang diterima Hasan Ali.
JALAN PULANG
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/10/panas-mengapa-nasharuddin-semakin.html

1 comment:

  1. Wlu ustz nasa ni pupunya pngetahuan hl2 islam yg mendlam nmun blia blum ckup trdidek
    ntk mnjdi pemimpin umat.
    Allah skdar mngurniakn ilmu pd bliau namun taufik & hidayah Nya, ilek!
    Jika tidak masakan dia mahu sekongkol dgn parti setan Umat Melayu Naif Otak nya tu?
    Wahai pnyokog2 PAS & para pndokong PR srta rakan2 sekiblat.
    Usah gundah gulana dgn kemelut yg beliau sengaja cipta.
    Usah bercakaran & tduh menudoh wlu klihatan pucuk pimpinan
    parti lambat brtindak memecat beliau!
    Yakini tindakan pcuk pimpinan.
    Mreka pasti mngambil kira ilham & pedoman kurnia dri Allah Subhanawataala..
    Pastinya bukan atas dasar amarah & mgkut nfsu smata!
    Jka mrka meyakini Kitabbullah, pstinya dgn doa srta munajat mrka, mka mreka
    pasti akn dianugrahi ptunjuk2 & jln kbenaran!
    Jihad yg paling besar adlh mlawan nafsu so usah kita brtindak melulu.
    Wlu kkadang menyakitkan jiwa kita namun misi prjuangan jamaah adlah menumbangkan
    regim Be End!
    Usah kita tergelincir dri matlmat itu! Istiqmah dlm prjuangan mnegakan kbenaran wlu
    ianya mnyakitkan!
    Onar ustz nasa hnya secubit dugaan pd kita yg Allah timpakn sbgai btu ujikan ke atas
    hamba2nya yg istqamah & sabar dlm prjuangn.
    Aku yakin pucuk pimpinan Majlis Syura tidak akn mnungu lama
    utk mngambil tindakn kali ni!
    Usah kita brputus asa dgn gelodak yg sengaja diciptakan utk
    mengharubirukan PAS khususnya & PR amnya.
    Ikhlaskn perjuangn mnegakan kedilan demi agama, bangsa
    & tanahnair tercinta!
    Rapatkan saf perjuangan...
    Allahuakbar
    Allahuakbar
    Allahuakbar....

    ReplyDelete